Pelakon yang juga menantu kepada Dato’ Siti Nurhaliza, Tya Arifin memuat naik sebuah video di instagramnya. Dalam video tersebut dia bertanya kepada anak lelakinya sama ada memilih Bapak Jokowi atau Bapak Prabowo sebagai presiden baru Indonesia.
Jawapan yang diberikan oleh Arif Jiwa Asyraf sangat mencuit hati ramai yang menonton. Di indonesia berlangsungnya pilihan raya umum pemilihan presiden baru yang disertai oleh Jokowi dan Prabowo.
Rakyat Indonesia mengundi untuk (Pemilu) 2019 bagi memilih presiden untuk negara ketiga terbesar di dunia yang mengamalkan sistem demokrasi ini.
Abang, di Indonesia lagi ada pemilihan presiden, abang Arif pilih bapak jokowi atau bapak Prabowo? Makanan jawab Arif. Pilih apa? Makanan
Jawapan Arif yang sangat lucu dan bersahaja mencuit hati netizen. Rata-rata memuji kecomelannya dan bersetuju dengan pendapat Arif, makan diutamkan!
Jawapan Arif mewakili rakyat gegadis sekalian
Pintar, kalau kakak pun pilih makan
Arif utamakan makan dulu baru dapat fikir mana satu nak pilih
i would choose makanan too
Tya Arifin melalui instagramnya juga memuat naik gambar menunjukkan dia sudah melakukan tanggungjawabnya dengan mengundi sebagai rakyat Indonesia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Varian Baru Covid-19 Bawa Gen Mutasi Yang Senang Menjangkiti Kanak-Kanak Berbanding Varian Dahulu Sasar Orang Dewasa
Varian baharu Covid-19 yang mula menular di Britain membawa gen mutasi yang membolehkan golongan kanak-kanak lebih mudah dijangkiti virus tersebut berbanding varian terdahulu yang menyasarkan orang dewasa.
Dalam sesi taklimat kepada media mengenai isu berkenaan, para saintis Britain dan Kumpulan Penasihat Ancaman Virus Sistem Pernafasan (NERVTAG) yang berjaya mengesan kemunculan varian tersebut memaklumkan virus mutasi itu sudah dominan di selatan Britain dan boleh ‘melumpuhkan negara ini’ jika tidak dikawal segera.
Pengerusi NERVTAG dan pakar penyakit berjangkit Universiti Oxford, Peter Horby berkata, pihaknya yakin varian baharu yang ditemukan itu mempunyai kadar jangkitan lebih tinggi berbanding varian virus sedia ada di United Kingdom (UK).
Anggota NERVTAG dan pakar epidemilogi penyakit berjangkit di Kolej Imperial London, Neil Ferguson menyatakan berdasarkan data yang dikaji, varian baharu tersebut lebih mudah menjangkiti kanak-kanak berbanding orang dewasa.
“Terdapat petunjuk bahawa kanak-kanak lebih mudah dijangkiti varian baharu itu. Biarpun belum melibatkan sebarang kes, namun kita boleh jangkakan berdasarkan data yang dikaji.
“Kami perlu mengumpul lebih banyak data untuk melihat corak penularan varian tersebut,” katanya.
Kenyataan Ferguson turut disokong oleh seorang lagi anggota NERVTAG, Wendy Barclay yang merupakan pakar virologi.
Jelas beliau, antara mutasi varian baharu tersebut termasuk cara ia memasuki sel dalam badan manusia dan golongan kanak-kanak tidak terkecuali untuk dijangkiti sama seperti dewasa.
“Kita jangkakan lebih banyak kanak-kanak akan dijangkiti Covid-19 selepas ini,” ujarnya.
Cetus kekecohan
Penduduk Britain berdepan dengan ‘pengasingan’ selepas kebanyakan negara menutup pintu sempadan dengan negara ini susulan kemunculan varian baharu tersebut. Keadaan itu secara tidak langsung mencetuskan kekecohan termasuk banyak penduduk bimbang mereka akan mengalami kekurangan bekalan makanan.
Puluhan trak terkandas di lebuh raya Britain selepas Eropah menutup pintu sempadannya.
Pemandu trak dari Poland, Stanislaw Olbrich, 55, yang terkandas kira-kira 40 kilometer ke utara Dover memberitahu dia kesal dengan keputusan mengejut yang dilakukan oleh pemimpin Eropah untuk menutup sempadan dengan Britain.
Amaran kekurangan bekalan makanan
Ketika lebuh raya dipenuhi dengan kenderaan yang cuba ‘melarikan diri’ daripada sekatan baharu Covid-19 di Britain, penduduk sudah mula berpusu-pusu ke pasar raya untuk mendapatkan stok makanan.
Rangkaian pasar raya Sainsbury dan Tesco menyatakan kekurangan bekalan makanan dijangka berlaku dalam tempoh beberapa hari akan datang jika trak bekalan terkandas di lebuh raya.
“Antara stok makanan yang bakal mengalami kekurangan termasuk sayur-sayuran, buah-buahan yang kebanyakannya diimport dari Eropah,” kata jurucakap Sainsbury.
Pasaran saham juga terjejas
Kekecohan yang berlaku turut memberi kesan kepada pasaran saham dunia termasuk saham syarikat penerbangan. Syarikat penerbangan British Airways turun sebanyak tujuh peratus manakala Air France KLM kerugian kira-kira tiga peratus, selain mata wang Britain juga turun sehingga 2.5 peratus berbanding dolar.
WHO gesa jangan panik
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan penduduk dunia tidak perlu panik dengan situasi yang berlaku ketika ini dengan menjelaskan varian virus adalah perkara biasa dalam evolusi pandemik.
“Adalah penting untuk kita bersikap telus dengan masyarakat dengan memaklumkan perkara sebenar yang berlaku, terutamanya melibatkan pandemik Covid-19.
“Kejayaan mengesan varian baharu ini adalah satu perkembangan positif dalam sektor kesihatan umum dan usaha Britain untuk menyampaikan penemuan ini kepada penduduk global harus dipuji,” kata Ketua Kecemasan WHO, Mike Ryan. – AGENSI,
Kredit: Utusan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Air Tangan Permaisuri Agong Buat Frontliner. Seperti Masakan Ibu Untuk Anak-Anak
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang terkenal dengan kehandalan memasak dengan pelbagai resepi sentiasa mencuri tumpuan apabila menggunakan air tangannya sendiri dalam menyajikan makanan buat petugas perubatan.
View this post on InstagramA post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on
Dalam entri di instagram airtangan_tunkuazizah, Tunku Azizah dilihat berkongsi pelbagai jenis lauk masakan untuk diagihkan kepada petugas hospital sebagai tanda terima kasih kerana menjadi orang terpenting dalam negara buat masa ini.
Kerja keras mereka sejak beberapa minggu lalu dihargai dengan pemberian air tangan Tunku Azizah sendiri kerana memahami komitmen kerja mereka yang terpaksa bergilir untuk berehat.
Bukan itu saja, yang membuatkan netizen kagum dengan kerabat diraja ini, selain Tunku Azizah, anakandanya Tengku Puteri Afzan juga turun padang membantu untuk membungkus makanan buat barisan hadapan di hospital sambil di bantu petugas lain.
View this post on Instagramchoc chips mini cupcakes for hosp …
A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on
Semua warganet kagum dan rasa bertuah dikurniakan Raja Permaisuri yang prihatin dalam situasi negara sedang berdepan wabak Covid-19.
“Semoga Allah terus merahmati Permaisuri dan seluruh kerabat Tunku” kongsi beberapa pengikutnya yang kini telah mempunyai 252,000 pengikut.
Sejak beberapa hari lalu, laman itu berkongsi aktiviti terkini Tunku Azizah setiap hari memasak menu berlainan sebelum diedarkan kepada petugas perubatan untuk beberapa lokasi berlainan bagi memberi semangat bahawa ramai yang harapkan barisan hadapan ini terus bertahan demi memulihkan semula keadaan negara dari wabak bahaya.
Sumber: IG airtangan_tunkuazizah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Yang Sudi Bantu? RM15,000 Lagi Belum Cukup Untuk Rawatan Noah
Pasangan suami isteri ini masih buntu untuk menyediakan sebanyak RM15,000 lagi bagi mencukupkan RM24,000 keperluan untuk menampung kos rawatan anaknya Noah Ulhaq, berusia dua tahun, yang menghidap penyakit tulang kaki bengkok.
Mohd Nor Hafiz Md Shari, 35, berkata anaknya yang turut menghidap lima komplikasi kesihatan lain iaitu sindrom noonan (kelainan genetik), jantung berlubang, angin pasang, jangkitan kuman dalam paru-paru dan talasemia, memerlukan rawatan lanjut.
Katanya, ketika ini anaknya yang mesra dipanggil Adam itu sedang menerima rawatan secara berperingkat di Hospital Antarabangsa Bumrungrad, Bangkok, Thailand.
“Saya jadi buntu kerana perlu menyediakan sekitar RM24,000 untuk meneruskan rawatan anak di hospital berkenaan di Bangkok.
“Setakat ini, wang terkumpul ada RM9,000 hasil wang simpanan dan bantuan daripada orang ramai dan masih kurang sebanyak RM15,000 lagi untuk menampung keperluan itu.
“Sehingga kini, Noah Ulhaq sudah menjalani rawatan sebanyak tiga kali di hospital berkenaan sejak awal tahun ini apabila doktor melakukan proses menyimen pada kedua-dua kaki anak saya bagi tujuan meluruskan tulang kaki yang bengkok.
“Noah Ulhaq dijadual akan menerima rawatan tiga peringkat lagi di hospital itu termasuk menjalani pembedahan kaki pada hujung bulan ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Nusa Intan Senawang, Seremban.
Mohd Nor Hafiz yang menjalankan perniagaan takoyaki di pasar malam dan tapak karnival berkata, dia dan isteri, Suhaila Suid, 35, tidak mampu menyediakan wang berkenaan kerana ia di luar kemampuannya.
“Saya terpaksa merayu bantuan orang ramai bagi membolehkan proses rawatan dan pembedahan anak tidak tergendala,” katanya.
Menurutnya, pada peringkat awal, anggaran kos rawatan termasuk perjalanan dan penginapan berjumlah sekitar RM33,000, tetapi selepas meneliti semula termasuk proses rawatan enam kali ditetapkan doktor, kos melebihi daripada itu.
Katanya, kadar pertukaran wang asing antara Ringgit Malaysia dengan Baht Thailand turut menjadi faktor pertambahan kos berkenaan.
“Saya dan isteri mengharapkan anak kami yang menghidap penyakit berkenaan sejak lahir, dapat pulih dan berjalan seperti kanak-kanak lain.
“Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi di talian 011-16650548,” katanya.
Sebelum ini kesukaran pasangan suami isteri ini untuk mendapatkan dana bagi rawatan anaknya itu pernah dilaporkan dan menerusi penyiaran kisahnya, orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah tampil membantu meringankan beban mereka.
Cuma kos itu masih belum mencukupi dan berharap ada lagi insan yang prihatin untuk membantu merealisasikan impian Noah untuk kembali sihat seperti kanak-kanak lain.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI