Kanak-kanak belajar dengan bermain tapi bermain yang macam mana? Pemilihan permainan yang tepat akan membolehkan kanak-kanak mempelajari skill yang sepatutnya.

Banyak skill yang boleh diajarkan melalui bermain seperti:

– Kemahiran berfikir

– Kemahiran menyelesaikan masalah

– Kemahiran motor

– Kemahiran sensori

– Kemahiran bahasa

– Kemahiran sosial

– Kemahiran berkomunikasi

– Keyakinan diri dan banyak lagi sebenarnya.

Pilihan Permainan Penting Untuk Tingkatkan Skill Anak. Tak Semestinya Mainan Mahal ElokMainan yang berbateri memang best sebab kita tak payah berusaha sangat untuk mainan itu bergerak dan hasilkan bunyi.

IKLAN

Tapi mainan yang mampunyai bateri akan menghadkan pembelajaran kanak-kanak sebabnya kanak-kanak hanya perlu lihat sahaja. Tak perlu buat bunyi, tak perlu gerakkan.

Tanpa bateri, kanak-kanak boleh belajar untuk menggerakkan mainan tersebut, seperti menolak, menekan, menarik, dan ini melatih kemahiran motor mereka.

Selain itu, mereka juga boleh buat bunyi seperti, brooomm, meow, pop, mooo dan lain-lain lagi.. ini boleh mnggalakkan mereka melatih kemahiran asas untuk bercakap iaitu buat bunyi dulu… nanti baru sebut perkataan.

Jika dah ada mainan yang ada bateri tak ada masalah.. cabut je bateri ni.. dan main secara manual.

Pilihan Permainan Penting Untuk Tingkatkan Skill Anak. Tak Semestinya Mainan Mahal Elok

Mainan biasa-biasa ni maksudnya kita tak perlukan mainan yang berteknologi tinggi, mainan terkini atau mahal… tapi mainan yang klasik yang kita biasa main boleh banyak membantu kanak-kanak.

Contohnya seperti mainan masak-masak, kereta, set haiwan, blocks, lego, malah barang rumah seperti kusyen, sudu, cawan pun boleh digunakan.

IKLAN

Ini kerana mainan seperti ini adalah jenis ‘open ended’.. maksudnya tiada kesudahan… ianya boleh dimainkan dengan pelbagai cara, bila-bila masa dan selama mana pun yang kita nak.

Contoh: Main kereta

Kereta tak semestinya kita tolak je kan.. kita blh buat naik bukit, turun bukit, letak orang atas kereta, boleh jalan laju/perlahan, boleh berhenti dan lain-lain.

Selain belajar banyak perkataan, kanak-kanak boleh menjadi kreatif dengan berfikir untuk cara bermain yang pelbagai… Kalau anak tak tau anda tunjukkan lah macam mana.

Pilihan Permainan Penting Untuk Tingkatkan Skill Anak. Tak Semestinya Mainan Mahal Elok

Galakkan anak untuk bergerak semasa bermain sebab ia boleh membantu minda mereka lebih aktif untuk berfikir. Tapi bergerak dengan ada hala tuju lah ya..

Tak perlu keluar rumah pun, dalam rumah pun boleh.. anda boleh main panjat kusyen, lalu bawah meja yang dijadikan terowong, duduk bawah selimut, lompat atas mat, dan macam-macam lagi.

IKLAN

Tal perlu spesifik mainan pun untuk buat semua ini.. Dan banyak yang boleh anda ajar seperti:
– Pergerakan dan koordinasi badan
– Boleh belajar berfikir dan selesaikan masalah
– Belajar bahasa spt nama aksi, kedudukan atas, bawah dll

Jadi bergerak bersama sama anak anda. 

Pilihan Permainan Penting Untuk Tingkatkan Skill Anak. Tak Semestinya Mainan Mahal Elok
Memang kanak-kanak sangat gembira bila tengok banyak mainan. Tapi sedikit mainan lebih baik.

Maksudnya bukan tak boleh sediakan banyak mainan pada anak. Tapi keluarkan dan gunakan sedikit saja mainan pada 1 masa.

Jika mainan terlalu banyak, ia sebenarnya akan mengganggu fokus kanak-kanak terutama pada kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk fokus. 

Mereka akan main mainan ni sekejap, lepas tu tukar mainan lain, dan belum sempat habis dah tukar mainan lagi. Jika ini terjadi, macam mana kanak-kanak nak belajar untuk fokus dan kekalkan fokus mereka untuk satu jangkamasa kan.

Jadi keluarkan mainan secara berperingkat adalah lebih baik. Dah habis main, simpan dan keluarkan set yang baru.

Pilihan Permainan Penting Untuk Tingkatkan Skill Anak. Tak Semestinya Mainan Mahal ElokDan yang paling penting sekali adalah bukan mainan itu sendiri.. tapi dengan siapa kanak-kanak itu bermain.

Seperti yang diterangkan di atas, anda boleh gunakan macam-macam sebagai mainan. Pinggan, cawan, kertas, kotak, sudu, bantal, kerusi dan lain-lain pun boleh dijadikan mainan. Anda hanya perlu kreatif dan jadi seperti kanak-kanak. Dalam erti kata lain tak perlu ‘skema’ sangat bila bermain.

Bermain dan berinteraksi dengan anak adalah asas pembelajaran komunikasi yang paling berkesan.

Sumber: Aishah Kassim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI