Soalan “kerja apa?” nampak macam biasa, tapi bagi sesetengah orang, ia boleh jadi sesuatu yang berat nak dijawab. Terutama bila orang menilai hanya berdasarkan pekerjaan, kereta, atau penampilan luar.

Menerusi perkongsian Mohd Ezairol Rezan Zainol memilih untuk merendah diri dan mengelak daripada membuka cerita tentang pekerjaannya. Kenapa? Sebab biarpun bergelar seorang jurutebang dia lebih selesa mengelarkan dirinya sebagai ‘drebar’ . Dia sedar, tak semua orang mampu melihat nilai sebenar seseorang di luar status dan harta benda.

Jom ikuti perkongsiannya

Pilot Tak Kisah Pakai Kereta Kecil, Orang Anggap B40

Semalam dalam post bila aku cakap aku kerja drebar, ramai yang tersenyum ingat aku bergurau senda.

Tapi hakikatnya camtulah bila aku ditanya oleh orang yang aku tidak berapa kenali… Siapa dia.

Bila pergi ke majlis kenduri atau open house kawan² aku atau kawan² orang rumah, antara soalan wajib yang selalu ditanya ialah “kamu kerja apa” atau “kamu kerja kat mana”…

Biasanya yang tanya ni pakcik dan makcik tapi kadang² ada juga ahli kariah surau atau masjid yang saja tanya sebab mereka nak berkenalan dengan kita.

Ads

Benda ni normal je bagi aku tapi bagi orang lain mungkin ada yang tak suka sebab rasa tak selesa.

Ada orang, mereka tak suka orang sibuk “busy body” pasal hal depa. Tanya pasal kerja apa atau kerja kat mana pun ‘sometimes’ sangat sensitif bagi mereka.

Bagi Aku yang kerja drebar ni, selalunya aku pun mengelak juga bagi tahu aku ni kerja apa…

Bukan apa, takut orang salah faham dengan kita. Maklumlah, kadang² orang menilai kita dengan pakaian atau kereta yang kita bawa.

Ads

Kalau aku jujur cakap kerja apa, mesti orang akan cakap aku menipu… Sembang tak nak jatuh kata mereka.

Yalah, aku biasanya kalau pergi ke majlis selalunya naik Axia… Kereta kecil ni senang menyelit bila nak parking.

Aku lebih suka “low profile” bila sembang dengan orang yang aku baru kenal sebab bila kita letak diri kita di bawah, baru kita nampak karektor orang yang berbual dengan kita tu camna.


Sesetengah orang bila aku cakap je kerja drebar terus dia berhenti sembang dengan kita… Perbualan terputus serta merta.

Ads

Maka layan la aku blues sorang² kat meja makan menjamu selera sambil tengok “orang kaya” bersembang sesama mereka..

“Woii sekarang duduk kat mana? Wei aku tinggal kat Mont Kiara bro”…Camtulah lebih kurang bunyinya.

Ada sesetengah orang kita ni depa lebih suka melihat pada kereta itu sebagai satu simbol kejayaan.

Sebab itulah ramai orang muda yang tersilap langkah kerana berlumba-lumba nak tunjuk siapa yang lebih berjaya.

Mereka mencari pengiktirafan dan nak tunjukkan kejayaan mereka dari orang² yang mengenali diri mereka.

Dan akhirnya hidup merana sebab sakit kepala dibelenggu hutang yang menyesakkan jiwa. Moga kita semua terselamat dari golongan “Biar Papa Asal Bergaya”…

FB : Mohd Ezairol Rezan Zainol

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI