Kematian merupakan satu kepastian bagi setiap insan yang bernyawa. Selepas sehari anak meninggal dunia, ibu pula menyusul ‘pergi’ menghadap sang pencipta.
Yusnieta Mohd Lawi, 40, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu pada jam 6.30 pagi sehari selepas anaknya, Nur Iezarra Abd Talib, 9 tahun menghembuskan nafas yang terakhir semalam akibat sawan.
Sebelun ini, Yusnieta Mohd Lawi ditemukan tidak mampu bergerak bersama anaknya yang tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap di rumahnya di Kampung Gual To’Deh, di sini yang sedang dilanda banjir pada Selasa. Yusnieta Mohd Lawi tidak mampu bergerak dipercayai akibat terkena serangan angin Ahmar
Abang mangsa, Muhammad Denish Alfi Abd Talib, 14, berkata terdahulu adiknya itu mengadu sakit di bahagian belakang leher dan menangis teruk, tengah malam
NAIK LORI KE HOSPITAL
Ads
Kedua-dua mereka dibawa menggunakan lori tanah keluar dari kawasan banjir setinggi meter 0.9 hingga 1.5 meter di kampung itu untuk ke hospital.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed mengesahkan kematian Yusnieta kerana strok.
“Ibu kanak-kanak ini meninggal dunia ketika menerima rawatan di HRPZ II.
“Nur Lezarra Zaliefa yang meninggal dunia sebelum ini disahkan oleh pihak hospital akibat paru-paru berair,” katanya.
Ads
Sementara itu, adik ipar Yusnieta, Norshazlina Jantan, 32, berkata, dia mengetahui berita sedih itu melalui anak sulung Yusnieta, Muhammad Denish Alfi Ald Talib, 14.
Katanya, sejak dibawa ke hospital, mereka sekeluarga keresahan kerana dimaklumkan keadaan Yusnieta tidak stabil.
Hanya suami Yusnieta, Abd Talib Abdullah, 42, bersama anak sulung mereka, Muhammad Denish Alfi Ald Talib, 14, berada di hospital.
Ads
Sebelum ini, jenazah Nur lezarra selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gual To’Deh di sini, kelmarin selepas selesai dibedah siasat.
“Jenazah Yusnieta juga akan dikebumikan di tanah perkuburan sama,” katanya.
Terdahulu, seorang remaja dilaporkan melalui detik cemas apabila mendapati adiknya tidak sedarkan diri di kediaman mereka yang dilanda banjir, manakala ibunya diserang angin ahmar susulan tangan kiri tidak dapat digerakkan.
Dia segera memaklumkan kepada bapa bagi mendapatkan bantuan dari penduduk kampung agar memaklumkan kepada pihak berkuasa untuk membawa kedua-duanya ke hospital dalam kadar segera.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang isteri dan ibu sama sekali tak menyangka akan berkongsi tarikh lahir yang sama dengan dua anak perempuannya. Nurfahtiha Tahir juga menganggap ini adalah kebetulan dan rezeki Allah.
Dua orang puteri kesayangannya iaitu Aisyah Safiyyah Ahmad Shukri, 4, dan Alessya Sumayyah Ahamad Shukri, 1, dilahirkan pada tarikh hari jadinya iaitu pada 11 September.
Menerusi laporan mStar, Nurfahtiha atau lebih mesra disapa Tia meluahkan rasa syukur apabila dia diberi rezeki dan gembira dengan persamaaan tersebut memandangkan mudah untuk menyambut hari lahir bersama dua orang anaknya itu.
“Buat masa ni, saya ada dua anak saja. Si kakak lahir pada pukul 10.45 pagi manakala adiknya jam 5.45 petang, kedua-duanya pada 11 September.
“Memang saya seronok dapat sambut birthday bersama dengan dua anak, dan saya rasa special sebab tak ramai orang dalam dunia ni dapat momen dua anak sama tarikh lahir dengan ibu mereka,” katanya.
Menceritakan kembali pengalamannya, Tia mendedahkan pernah bergurau dengan suaminya untuk mendapatkan hari lahir yang sama bersama anak-anak.
Jelasnya lagi, suaminya telah membuat perancangan tarikh anak mereka dilahirkan dan ketika hamil, suaminya itu sering bercakap dengan bayi dalam kandungan supaya ‘keluar’ pada 11 September.
“Kisahnya, saya dan suami pernah sembang bergurau nak anak lahir sama birthday dengan saya. Sebabnya masa tarikh kahwin kami dulu, saya sebenarnya nak buat pada tarikh birthday saya tapi tak dapat sebab clash dengan tarikh kahwin abang kepada suami.
“Suami yang rancang agak-agak tarikh anak ‘keluar’ sebab anak pertama due date 12 September 2018 dan anak kedua pula 9 September 2021.
“Tapi sebelum masing-masing lahir, suami yang banyak bercakap dengan anak dalam perut supaya keluar pada 11 September. Dengan keluarga pun dia beriya cakap macam tu. Orang cakap masin mulutlah,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, ibu yang berusia 29 tahun itu memaklumkan ada segelintir individu yang tidak percaya tarikh lahir dua orang anaknya itu adalah sama sepertinya sehinggakan dia terpaksa menunjukkan kad pengenalan dua orang puterinya itu untuk membuktikan.
Apa yang menghiburkan hati Tia, ramai yang bergurau dengannya dan menyatakan suaminya itu pandai ‘setting’ masa untuk anaknya lahir pada tarikh yang diidamkan oleh mereka berdua.
Apabila suami isteri masing-masing sibuk dengan urusan harian sehingga tidak sempat untuk memanjakan antara satu sama lain, ketika itulah wujudnya ketegangan dalam rumah tangga. Sesibuk mana sekalipun anda dan pasangan, carilah masa dan ruang untuk saling mendengar dan menghabiskan masa bersama-sama. Apabila isteri mahupun suami mempunyai masalah dan tidak berkongsi dengan pasangan, ia membuatkan anda menjadi tertekan dan emosi juga mudah terusik.
Sekiranya tidak mempunyai masa untuk melakukan banyak aktiviti bersama sekalipun, sekurang-kurangnya ambillah beberapa minit untuk fokus pada pasangan anda. Paling penting, CIUMLAH PASANGAN ANDA! Bercium bukan sahaja untuk membangkitkan keghairahan tetapi ia sebenarnya tabiat yang menenangkan.
Sebuah kajian di Amerika Syarikat mendapati sekiranya suami memberikan ciuman kepada isteri sebelum keluar ke pejabat pada setiap pagi, ia akan membantu memanjangkan jangka hayat suami sebanyak lima tahun berbanding mereka yang tidak melakukannya.
Di sini, Pa&Ma kongsikan lebih banyak manfaat apabila anda saling bercium dengan pasangan. Ada sesetengah kebaikannya sangat tidak disangka. Penulis buku The Sex Contract and Anatomy of Love, Profesor Dr Helen dari Univerisiti Rutgers, New Jersey mengatakan ciuman dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang. Jika suami atau isteri anda ada mesyuarat atau pembentangan kertas kerja di pejabat, sebaiknya hadiahkan mereka dengan ciuman. Ia dapat menjadi booster kepada keyakinan mereka dan membantunya kekal positif sepanjang hari.
Yang ini menarik! Sebuah kajian dari Profesor Dr Bryant Stamford dari Univerisiti Louisville mendapati ciuman membantu membakar dua hingga tiga kalori untuk setiap satu minit. Tabiat bercium dengan pasangan juga membantu menggandakan kadar metabolisme seseorang. Bercium (dengan penuh kasih sayang) yang dilakukan selama 20 saat setiap kali dapat menurunkan berat badan.
Apabila anda mendapati pasangan kelihatan tegang dan serabut, berilah ciuma mesra kepadanya. Ia dapat membuatkan fikiran menjadi tenang dan mengurangkan stres yang ada. Dengan memberi ciuman kepada suami atau isteri dan anak-anak ia dapat mengurangkan rembesan hormon kortisol yang merangsang tekanan. Selain itu, bercium juga boleh menjadi senaman muka kerana ketika bercium anda menggunakan 30 otot wajah. Ini dapat membantu menganjalkan kulit wajah secara semula jadi.
Bercium juga baik untuk kesihatan jantung. Menerusi ciuman, anda akan meningkatkan aliran adrenalin yang membantu jantung mengepam darah dengan lebih efektif ke seluruh tubuh. Untuk anda yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, bercium dapat membantu meredakannya.
Ciuman sebenarnya dapat mengelak anda dari terkena sakit perut, kerana tekanan membuatkan perut stres sekaligus membuatkannya ‘meragam’. Dengan bercium, sejenis antibiotik semula jadi akan dihasilkan dalam air lir dan di dalamnya mengandungi agen anestetik yang berupaya membantu meredakan kesakitan yang dirasakan.
Sekiranya anda melihat pasangan dalam kebimbangan, peluklah mereka dan berikan ciuman pada pipinya. Ciuman mampu meningkatkan penghasilan hormon oxytoxin yang dapat menenangkan dan memberi efek selesa kepada seseorang. Endorfin yang dihasilkan melalui ciuman pula adalah 200 kali ganda lebih baik dari morfin.
Maka dengan itu, usahlah berkira-kira untuk memberikan ciuman mesra kepada pasangan. Suami atau isteri akan sangat menghargainya jika anda mencium mereka dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Tak perlu banyak, dengan satu ciuman sekurang-kurangnya setiap hari dapat membantu anda menjadi lebih positif dan sihat untuk mengharungi hari-hari anda.
Kejadian yang meruntun jiwa buat ibu ayah yang kehilangan anak tersayang. Begitulah yang berlaku apabila suasana petang yang tenang di Sungai Kaabah, Kampung Kelaweh, Machang bertukar menjadi detik ngeri yang takkan dilupakan.
Tawa riang empat sepupu yang sedang bermain lastik bertukar menjadi jeritan cemas, apabila seekor lembu tiba-tiba mengejar mereka tanpa henti. Nafas tercungap-cungap, kaki kecil itu berlari sekuat hati sehingga ke tebing sungai.
Air sungai yang kelihatan tenang itu akhirnya menjadi saksi tragedi. Dalam usaha menyelamatkan diri, keempat-empat mereka terjatuh ke dalam arus. Tiga berjaya berpaut pada pokok, namun seorang daripadanya Muhammad Anaqi Syamin Azmi, pelajar Tahun Satu berusia tujuh tahun hilang dibawa deras air.
“Saya dimaklumkan, bapa kepada kanak-kanak lain cuba selamatkan mereka walaupun dia baru pulih daripada kemalangan. Tapi Anaqi… tak kelihatan.”
“Yang lain terselamat sebab ada yang berpaut pada dahan, kepala masih nampak masa ditarik,” kata Siti Maizatul Azla Musa, kerani yang bekerja dengan ibu mangsa.
Panggilan kecemasan dibuat. Pasukan bomba bergegas ke lokasi, menyelam dan mencari dalam sungai yang keruh itu. Di celah doa dan tangisan, akhirnya tubuh kecil Anaqi ditemui tidak bernyawa, hanya 0.5 meter dari tempat dia terjatuh.
Anak kedua daripada empat beradik ini dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat, meninggalkan keluarganya dalam pilu yang tak terungkap.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.