Ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja untuk anak agar mereka mendapat pendidikan terbaik untuk anak. Inilah yang dilakukan oleh Edry Abdul Halim & isteri untuk sanggup berpindah ke Manchester, United Kingdom bagi memberikan perhatian kepada anaknya Emery yang mengalami autisme.
Dalam perkembangan terbaru, Emery yang kini berusia 11 tahun mengalami Gangguan Spektrum Autisme (autism spectrum disorder) sudah pun memasuki sekolah menengah khas di sana.
Menurut Edry, guru memberitahu anak ketiganya itu juga pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Perkara itu dimaklumkan Edry menerusi posting terbaru di Instagram.
edryabdhalim Syukur Emery dah masuk sekolah menengah khas dengan anak2 istimewa yang lain..Cikgu kata dia bijak dan cepat sesuaikan diri dengan persekitaran..Wishing the best for my dear son ❤️ #manchester#redwood#autism
Penyakit jantung sering terjadi kepada bayi kecil. Ia lazimnya kerana masalah kongenital yang terjadi sejak lahir lagi. Ketahui lebih lanjut mengenai penyakit jantung pada bayi dan anak kecil serta kupasan daripada pakar dalam rancangan TV Pa&Ma Mama papa boleh dapatkan tip lanjut dalam rancangan TV Pa&Ma, 20 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Derita Jantung Si Kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rupanya bukan semua pakaian atau cadar dan comferter yang boleh terus dibasuh begitu sahaja dalam mesin dobi layan diri. Perlu ada panduannya agar barangan anda tidak mudah rosak.
Membasuh comforter atau toto misalnya di dobi layan diri perlu ada caranya yang lebih tepat. Barulah makin berkesan bersihnya dan comforter juga tidak mudah rosak.
Tips mencuci bed comforter/toto/narita cara dobi layan diri:
1. Periksa label pada comforter untuk memastikan ianya sesuai untuk cucian mesin dan suhu air yang dibenarkan.
2. Pastikan tiada bahagian yang terkoyak atau tetas jahitan – ini untuk mengelak bahagian yang terkoyak menjadi lebih besar.
3. Pre-wash – cuci kotoran yang kelihatan (stain) menggunakan cecair pencuci.
4. Masukkan comforter ke dalam mesin basuh.
5. Untuk cucian yang lebih berkesan, guna mesin basuh yang besar dan satu mesin basuh untuk satu comforter.
6. Pilih suhu basuhan mengikut kesuaian fabrik. Untuk pelanggan yang ada masalah alahan, dicadang menggunakan cucian air hangat/panas untuk membunuh hama (dust mite).
7. Masukkan sabun dan pelembut fabrik di inlet masing-masing. Gunakan sabun yang lembut (mild).
8. Selepas selesai cucian, keringkan menggunakan mesin pengering pada suhu yang tinggi (high temperature) atau mengikut kesesuaian fabrik. Suhu pengeringan yang tinggi juga boleh membunuh hama.
9. Untuk pengeringan yang lebih efisien, guna mesin pengering yang besar dan satu mesin pengering untuk satu comforter.
10. Periksa kekeringan comforter sebelum pusingan tamat. Tambah tempoh masa pengeringan mengikut keperluan.
11. Masa pengeringan yang dicadangkan adalah 27 – 30 minit. Pastikan fabrik kering sepenuhnya untuk mengelakkan pertumbuhan kulat.
12. Cara lain adalah dengan menjemur comforter di bawah cahaya matahari yang terik selama beberapa jam untuk mengeringkannya.
Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal antara pasangan suami isteri yang sweet dan masing-masing satu kepala. Memiliki sepasang cahaya mata yang comel buatkan semua netizen geram.
Bagi yang selalu mengikuti perkembangan suami isteri ini, pasti seronok tenngok gelagat Aeril yang selalu menyakat Wawa. Tak kiralah waktu serius atau santai.
Menerusi perkongsian Wawa dalam instagramnya, dia menyatakan perangai anak lelakinya Ahmad Fakharuddin Attar sama dengan Aeril.
“Perangai, cara jalan, muka pun semuanya macam Aeril. Orang kata copy paste.
“Harapnya lepas ni Attar dapat jadi suami dan ayah yang baik macam ayah apabila besar nanti.
“Cuma kalau boleh jangan ikut perangai ayah yang asyik nak menyakat isteri sepanjang masa,” kongsi Wawa.
Nak mendidik anak memang memerlukan ilmu keibubapaan seperti yang dikongsi oleh Dr Sheikh Muszaphar melalui instagramnya di mana anak-anak perlu di didik sejak lahir lagi supaya rutin tersebut menjadi amalan mereka.
Ikuti perkongsian ini.
Keibubapaan sejak Lahir
Ramai yang bertanya kepada saya…
Bayi saya tidak tidur pada waktu malam.
Bayi saya mengamuk.
Bayi saya menangis sepanjang masa
Bayi saya tidak mahu makan
Apa yang saya perlu buat?
Setiap ibu bapa yang sedang menanti cahaya mata haruslah mempunyai pengetahuan tentang keibubapaan.
Ibu bapa harus memahami peristiwa penting bayi, perkembangan otak anak dan tingkah laku mereka pada peringkat umur yang berbeza untuk memudahkan keibubapaan.
Ramai ibu bapa kecewa dan tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas. Sebenarnya, keibubapaan memerlukan perancangan yang betul. Anda perlu mempunyai matlamat jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang untuk anak-anak anda.
Anda perlu mempunyai jangkaan pada Anak anda. Anda perlu tahu bagaimana untuk bertindak balas dengan cara yang betul kepada bayi anda.
Anda perlu memahami personaliti mereka. Dan setiap Kanak-kanak adalah berbeza. Anak anda akan berubah bagaimana anda membesarkannya. Dan sukar jika anak anda sudah melebihi 3 tahun.
Anda perlu memprogram semula pemikiran & tingkah laku mereka dan ia memerlukan masa dan banyak usaha. Tetapi ia boleh dilakukan.
Keibubapaan terbaik dilakukan sejak lahir. Berikut adalah beberapa petua:
1. Besarkan Anak anda dengan penuh kasih sayang dan ketawa
2. Persekitaran yang tenang
3. Mulakan rutin
4. Tidak meninggikan suara di hadapan mereka
5. Ajar mereka tentang disiplin
6. Banyak komunikasi
7. Pelukan & Cium
Ibu bapa harus memimpin melalui teladan.
Bayi sangat memerhati – mereka memerhati setiap tingkah laku anda dan ingin menjadi seperti anda.
Mereka mengamuk kerana sudah terbiasa dengan cara mereka . Mereka tidur lewat kerana kita tidak menguatkuasakan peraturan di dalam rumah. Mereka menjadi gemuk kerana kita tidak mengajar mereka tentang makanan yang sihat.
Hanya anda yang tahu apa yang terbaik untuk Anak anda. Setiap gaya keibubapaan adalah berbeza. Setiap Kanak-kanak adalah berbeza.
Anda tentukan apa yang terbaik untuk keluarga anda. Tetapi untuk melakukan itu, anda perlu tahu apa yang anda lakukan.
Bukan membesarkan mereka secara membuta tuli. Sekurang-kurangnya kita telah melakukan yang terbaik untuk membesarkan anak-anak kita.
Apabila anak-anak kita sudah dewasa, kita tahu kita telah melengkapkan mereka dengan kaedah yang betul untuk berjaya.
Untuk Dunia & Akhirat .
Itu tugas kita sebagai ibu bapa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas melahirkan anak, merawat luka bersalin sememangnya mengerikan ibu yang tengah berpantang. Ada yang takut untuk membuang air kecil dan air besar kerana perasaan resah dan ngeri luka yang masih tidak sembuh.