Ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja untuk anak agar mereka mendapat pendidikan terbaik untuk anak. Inilah yang dilakukan oleh Edry Abdul Halim & isteri untuk sanggup berpindah ke Manchester, United Kingdom bagi memberikan perhatian kepada anaknya Emery yang mengalami autisme.
Dalam perkembangan terbaru, Emery yang kini berusia 11 tahun mengalami Gangguan Spektrum Autisme (autism spectrum disorder) sudah pun memasuki sekolah menengah khas di sana.
Menurut Edry, guru memberitahu anak ketiganya itu juga pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Perkara itu dimaklumkan Edry menerusi posting terbaru di Instagram.
edryabdhalim Syukur Emery dah masuk sekolah menengah khas dengan anak2 istimewa yang lain..Cikgu kata dia bijak dan cepat sesuaikan diri dengan persekitaran..Wishing the best for my dear son ❤️ #manchester #redwood #autism
Netizen terinspirasi dengan pengorbanan penyanyi dan komposer ini serta keluarganya.
Sumber: edryabdhalim
Penyakit jantung sering terjadi kepada bayi kecil. Ia lazimnya kerana masalah kongenital yang terjadi sejak lahir lagi. Ketahui lebih lanjut mengenai penyakit jantung pada bayi dan anak kecil serta kupasan daripada pakar dalam rancangan TV Pa&Ma Mama papa boleh dapatkan tip lanjut dalam rancangan TV Pa&Ma, 20 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Derita Jantung Si Kecil.