Pinggan viral cantik dan bercorak abstrak sememangnya menjadi trend semasa bagi semua ibu-ibu kini. Dengan rekaan coraknya yang cantik, abstrak sekata malah penggunaan warna yang cantik seperti hitam putih juga biru seakan menjadi satu tarikan untuk dijadikan koleksi.
Namun apa yang anda perlu ketahui, penggunaan pinggan cantik dan trend ini sebenarnya kurang baik untuk kita. Bukan itu sahaja malah menurut Public Health Malaysia juga, penggunaan pinggan ini amat tidak wajar digunakan, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak dan ibu hamil. Sebaiknya elakkan!
Adalah lebih baik golongan berisiko ini menggunakan pinggan putih sahaja tanpa sebarang corak. Ini yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia!
Pinggan mangkuk dengan corak berwarna warni dan terang memang cukup menarik. Namun berhati hati, kerana ia mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian.
Bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni.
Ads
Antara ciri ciri pinggan mangkuk yang mungkin mengandungi plumbum adalah:
Pinggan yang dibuat secara tradisional dengan tanah liat. Pinggan dengan corak yang dilukis dan menarik. Permukaan pinggan yang tidak rata, anda dapat rasa corak yang dilukis dengan tangan. Pengilang yang tidak diketahui (bukan jenama yang diketahui). Pinggan dengan pelbagai bentuk.
Pinggan yang selamat adalah:
Pinggan berwarna putih tanpa corak. Corak pinggan di bawah atau luar pinggan.
Ads
Sebaik baiknya, elakkan mengguna pinggan seperti ini, tetapi jika anda masih ingin menggunakannya:
– Elakkan meletakkan makanan panas. – Jangan panaskan atau masuk ke dalam ketuhar atau microwave. – Jangan simpan makanan terlalu lama. – Jangan letak makanan berasid seperti tomato, limau, teh, kopi dan jus buah. – Elakkan basuh dengan sabun, menyental permukaan pinggan dengan dawai kerana ia akan merosakkan permukaan dan menyebabkan bahan plumbum lebih mudah bocor. – Jangan hidangkan untuk kanak kanak dan warga hamil.
Ads
Perkembangan Anak Terbantut
Risiko terbesar pastinya apabila terdedah kepada kebocoran logam berat iaitu plumbum yang dikhuatiri terjadi selepas adanya pemakanan makanan mahupun jenis makanan itu sendiri seperti makanan berasid dan sebagainya. Jadi elakkan.
Bukan itu sahaja malah kebocoran plumbum dan pendedahan plumbum ini akan membuatkan:
* Perkembangan anak terbantut. * Anak-anak yang mengalami masalah dalam pembelajaran. * IQ kanak-kanak menjadi rendah.
Jadi sebaiknya elakkan penggunaan pinggan viral ini dalam kegunaan harian. Ia selamat untuk hiasan tetapi bukan untuk kegunaan harian!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tugas guru bukan setakat mengajar tetapi ada sebahagiannya secara sukarela sanggup membantu anak murid sendiri yang ada masalah. Seperti tindakan seorang guru ini yang tular di media sosial apabila dia bertindak memotong dan membersihkan rambut muridnya yang dipenuhi kutu.
Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok milik guru itu sendiri iaitu @zeraazzahra dan menunjukkan keadaan rambut murid yang dipenuhi kutu. Wajah anak murid tidak ditunjukkan, hanya bahagian belakangnya sahaja yang ada ditunjukkan.
Menerusi video tersebut, kelihatan guru berkenaan bawa anak muridnya keluar kelas dan kemudiannya mula menggunting rambut murid tersebut sedikit demi sedikit.
Guru bernama Zera itu kemudian meminta seorang guru lain membantu menyikat rambut pelajar itu. Sementara itu, dia bertanya kepada pelajar berkenaan sama ada ibunya tahu rambutnya dipenuhi kutu.
“Tahu cikgu, tapi ibu sentiasa sibuk bekerja,” jawab pelajar itu.
Menurut Cikgu Zera, pelajar itu memakai tudung setiap hari di sekolah sehingga menyebabkan rambutnya menjadi lembap dan kutu itu semakin membiak.
Ini juga pengalaman kali pertama Zera mengendalikan pelajar yang mempunyai masalah banyak kutu di rambutnya.
“Semangat anak cantik, cikgu akan terus pantau sampai kamu bebas kutu,” jelas cikgu berkenaan.
Seorang pelajar lelaki, Ahmad Khidir Ahmad Nazri menjadi inspirasi ramai apabila dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Cemerlang ketika majlis penganugerahan di salah sebuah sekolah cina.
Ahmad Khidir yang bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, George Town, Pulau Pinang ini menggondol lima anugerah cemerlang dalam majlis penganugerah itu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh kakak Khidir di laman TikToknya, dia meluahkan rasa bangga kerana adiknya berjaya membolot lima jenis anugerah termasuklah timbalan ketua pengawas, menduduki tempat pertama di kelas dan tingkatan serta terbaik matapelajaran.
Melalui video yang dikongsikan itu, dapat dilihat Khidir merupakan satu-satunya pelajar Melayu yang berulang kali naik ke pentas untuk menerima penghargaan telah membuatkan netizen kagum dengan pencapaiannya.
“So proud of you brother! Fly high and higher,” ujar Fatimah Azzahra ringkas di ruangan kapsyen.
Biarpun terpaksa bersaing dengan masalah bahasa namun ia bukan satu halangan kepada anak muda ini untuk cemerlang.
Malah Khidir menerusi satu sesi temubual di salah satu stesyen radio, meluahkan rasa bangganya atas pencapaian itu.
Ujarnya lagi, idea untuk bersekolah di sekolah Cina merupakan usaha ibu dan kakak sulungnya yang mahu dia menguasai bahasa itu dengan baik dan dia paling bersyukur kerana berjaya merealisasikan impian keduanya dengan baik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah dan berbangga dengan kejayaan Khidir yang secara tidak langsung menaikkan semangat pelajar Melayu untuk berjaya dalam pendidikan.
Dalam pada itu, Khidir berterima kasih kepada orang ramai atas doa yang diberikan dan menyeru kepada pelajar di luar sana untuk belajar bersungguh-sungguh demi membanggakan keluarga serta guru.
“Terima kasih semua orang atas doa dan teguran. Tolong doakan SPM saya terus cemerlang ya! Dan saya doakan calon-calon SPM yang lain berjaya dengan cemerlang juga. Jom kita sama-sama banggakan ibu bapa dan guru,” ujarnya.
Sumber: TikTok @Fatimahazzahra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki Bilal! Itu yang dapat digambarkan apabila anak sulung kepada pasangan selebriti Neelofa dan Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz iaitu Muhammad Bilal telah memperoleh duit raya berjumlah RM14,020.
Ia dikongsikan Neelofa menerusi hantaran video di aplikasi TikTok yang mana dia dan suami mengira duit raya diterima anaknya itu pada sambutan hari raya baru-baru ini.
Menerusi video itu, PU Riz berterima kasih pada semua yang memberi duit raya pada anak mereka.
“Alhamdulillah, jazakallahukhair pada semua yang memberi duit raya pada Muhammad Bilal. Sampai ada juga beri 1000 Dirham. Jadi, Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020. Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” katanya.
Video yang baru dikongsikan Neelofa itu sudah mencecah lebih 700,000 tontonan, hampir 2000 komen dan lebih 6000 perkongsian semula.
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini juga, Neelofa dan PU Riz pertama kali berkongsi gambar mereka sekeluarga di Instagram, namun diletakkan emoji pada wajah anak mereka.
Raya kali ini begitu bermakna sekali buat Neelofa dan PU Riz kerana dapat menyambut bersama Bilal yang kini berusia 3 bulan lebih. Walaupuan sambutan raya kali ini bertiga, pasangan suami isteri ini masih belum berkongsi wajah Bilal buat tatapan umum.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.