Pinky mille crepe cake ala cafe mewah ini hanya guna dua jenis buah sahaja. Buah naga dan buah pisang, yang penting tiada garam atau gula untuk bayi satu tahun. Kalau mama papa pening nak belikan kek hari jadi untuk bayi yang dah cecah umur setahun, apa kata ikuti perkongsian resipi crepe cake puan Athiah yang mudah ni.

PINKY MILLE CREPE 

Sempena birthday Ameena, so, mummy pun konon-konon jadi masterchef selebriti jap duk pkir nk buat kek ape tuk dia..

Opsss…Rupanya lepas msuk peti ais lg sedap.. sungguh-sungguh dia mkn.

Bahan-bahannya

Buah naga
Tepung gandum unbleached
Susu

Sukatan mummy agak-agak je

Blend semua bahan dlm blender smpai lumat.

Kemudian masukkan adunan dalam kuali..Nipis je ye..kalau tebal-tebal nanti jd lempeng pulak

Bahan-bahan untuk filling
1 biji pisang disalai
1 slice buah naga

Hancurkan dua-buah buah smpai consistency yg kita nak.

Crepe tadi potong 4 bahagian , kemudian layerkan lapisan demi lapisan dgn filling td.

Bila da siap layer, kemudian potong lg kepada 2 bahagian sbb nak kasi tebal sikit..baru la nmpk cam kek kan..

Da siap..mummy decorate guna banana & dragon fruit favourite Ameena..simpan dlm peti ais dulu tau..mkn masa sejuk2 sedap..Ameena masa bru siap tak nak makan , bila kuar peti ais sungguh-sungguh dia makan

Sumber: Puan Nur Athiah

 

Tinggalkan Komen