Sebut fun fair kebanyakan kanak-kanak akan teruja. Bukan apa mereka membayangkan pelbagai permainan ada di situ dan semestinya dapat bermain dengan seronok. Namun malang tidak berbau bagi seorang kanak-kanak berusia 4 tahun apabila terjatuh dari ferris wheel yang sedang dinaikinya.
Menerusi World of Buzz (WOB), keseronokan seorang kanak-kanak perempuan ini menjadi mimpi ngeri buatnya dan ahli keluarga apabila ferris wheel yang dinaikinya seorang diri tiba-tiba terbuka pintunya hingga dia terjatuh ke bawah.
Naik ferris wheel seorang diri
Menurut WOB seperti dipetik dari portal Sin Chew Daily, kemalangan ngeri itu berlaku di sebuah fun fair di Hutan Melintang, Perak beberapa hari lalu.
Katanya, kejadian berlaku apabila budak perempuan berusia 4 tahun itu dikatakan menaiki ferris wheel tersebut secara berseorangan tanpa ditemani penjaga. Apa yang lebih menyedihkan, kanak-kanak malang itu telah terjatuh dari ketinggian bangunan dua tingkat. Ngerinya!
Ads
Pintu ferris wheel tak ditutup dengan betul
Budak perempuan yang dikenali sebagai Zou Leying itu dipercayai masuk ke dalam ferris wheel itu dalam keadaan pintu yang tidak ditutup dengan betul. Malang buatnya apabila permainan itu didakwa gagal dihentikan oleh pekerja yang bertugas dan tetap bergerak ke atas.
Namun ketika compartment yang dinaiki Zou sampai ke puncak, pintu tersebut tiba-tiba terbuka lalu menyebabkan dia terjatuh.
Ads
Pengunjung gagal ‘tangkap’ Zou
Menurut salah seorang ahli keluarga Zou, beberapa pengunjung yang melihat kejadian itu cuba menangkap anak buahnya dari bawah namun gagal.
Akibatnya, Zou mengalami kecederaan patah kaki selain luka di bahagian muka dan tangan.
Ads
Alat kawalan dah lama
Sementara itu, pengurus fun fair ini berkata pekerjanya yang sedang mengendalikan permainan tersebut pada waktu itu telah cuba untuk menghentikannya apabila mendapati kanak-kanak itu menaikinya secara berseorangan. Namun, ia gagal dilakukan kerana alat kawalan ferris wheel itu sudah lama dan juga berkarat.
Susulan daripada kejadian, ibu kepada kanak-kanak itu dikatakan sudah membuat laporan kepada pihak polis kerana kegagalan pihak pengurusan menjaga kualiti permainan mereka serta keselamatan pengunjung.
Baru berusia 10 tahun, namun kanak-kanak lelaki ini sangat gigih berusaha untuk menjual air mangga bagi mendapatkan permainan idamannya, Sony PlayStation 4 (PS4).
Kakak kepada Danish Izzudin iaitu Sally berkongsi kisah kegigihan adiknya sehingga menjadi viral dan mendapat perhatian warga Net.
Memetik laporan Mstar, Sally memberitahu bahawa adiknya memang mengimpikan permainan PS4 sejak dari tahun lepas lagi.
“Sebenarnya dari tahun lepas adik nak ps4, tapi mak kata kena dapat nombor satu dalam peperiksaan, tapi tak dapat.
“Jadi mak saya pula berniaga jeruk mangga. Ayah bagi cadangan supaya adik jual jus mangga. Adik memang gembira, dia kata lagi cepat sikit dia dapat PS4,” Ujarnya.
Sally bersyukur kerana perniagaan adiknya itu diterima positif setelah tular di Twitter.
Menurutnya lagi pemermintaan bertambah selepas postingnya viral di Twitter sehingga ada pembeli dari kuar selangor sanggup membeli.
adik i umur 10 tahun start berniaga Pure Manggo Juice sebab nak beli ps4 so tadi i tolong carikan dia customer lepastu customer ni order 6 botol, tengokla adik i now terus senyum lebar dah, siapa nak order boleh dm i okie hehe thank you!!🥰🥰🥰 pic.twitter.com/FoPAgczj1S
Dia sekeluarga yang menetap di Puchong berkata buat masa ini dia hanya membuat jualan secara Cash On Delivery sahaja (COD) dan Alhamdulillah lebih 100 botol sehari terjual.
Menurutnya lagi, dia terharu kerana ramai rakyat Malaysia yang baik dan menyokong perniagaan adiknya walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB).
Bukan mudah nak buat anak kekal fokus selepas dia terpaksa menunggu untuk melakukan sesuatu. Anak kecil ni mudah terganggu, bila ada perkara lain yang menarik perhatian dia, mulalah tak mahu beri kerjasama. Apa yang dirancang, semuanya tak jadi macam kita mahu.
Begitulah yang terjadi pada ibu ini apabila anak perempuannya mula hilang fokus dan susah beri kerjasama ketika sesi fotografi untuk membuat passport. Melalui akaun Tiktok ameeraazmann, dapat dilihat kanak-kanak perempuan tersebut menunggu giliran untuk mengambil gambar.
“Struggle juga ye nak buat passport budak kecik 😂.”
Menurut si ibu, pada awalnya si anak teruja untuk bergambar bila melihat kanak-kanak lain turut melakukannya. Mungkin ada yang kena, kemudiannya si anak dah mula tak memberi kerjasama.
Ketika diminta untuk senyum semasa bergambar, kanak-kanak perempuan tersebut bergaya sehingga senget kepalanya. Dek kerana anaknya mulai tak fokus, si ibu cuma menarik perhatian anak dengan membenarkannya menonton kartun sebentar sebelum pegawai imigresen bertugas mengeluarkan mainan.
Mainan tersebut digoyang-goyangkan di hadapan kanak-kanak tersebut untuk memastikan dia bersedia untuk bergambar.
Perkongsian ibu ini sememangnya mendapat perhatian warganet. Antara komen yang ada;
Akhirnya passport dapat juga disiapkan walaupun hasilnya gambar kanak-kanak tersebut tidak memandang kamera dan wajahnya masam. Alahai dik, awak memang comel lah!
Empat termasuk seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 317, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10.50 malam sebelum anggota dan jentera dari Balai Bomba Tapah dengan bantuan dari Balai Gopeng dikejarkan ke lokasi.
Katanya sebaik tiba, pihak bomba mendapati sebanyak tujuh kenderaan terbabit iaitu dua treler, sebuah lori, Perodua Axia dan Myvi, pacuan empat roda jenis Pajero dan Honda Accord dengan keseluruhan 14 mangsa terbabit.
“Tiga yang maut adalah dari pacuan empat roda iaitu seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki, manakala seorang lagi adalah wanita dari Perodua Myvi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Dua lelaki Melayu yang menaiki salah satu treler cedera ringan, begitu juga seorang lelaki Cina yang menaiki Honda Accord cedera ringan.
“Seorang perempuan dewasa Melayu dan seorang lelaki Melayu dari Perodua Myvi cedera parah, serta dua lelaki Melayu dari Perodua Axia cedera ringan,”
Katanya lagi, pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dari Perodua Myvi, Pajero dan Honda Accord menggunakan hydraulic cutter.
Jurucakap itu memaklumkan, identiti kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sementara yang cedera dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan.
Operasi tamat pada pukul 1.48 pagi.
Sumber: Bernama, Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpaksa bertugas ke luar negara di ketika masih menyusukan bayi memang memeningkan kepala. Jangan bazirkan waktu dan reziki yang diberi, sebaliknya simpan dan bawa balik sahaja susu perahan itu pada anak.