Pelan rumah memanjang yang sekali dengan ruang tamu dan ruang makan agak terhad untuk menghiasnya. Tambah pula bila ada anak kecil, pemilihan perabot mestilah yang paling simple. Ini untuk memberi keselesaan pada anak.
Bagi yang anggap rumah kecil susah nak menghias, tanggapan itu salah. Selagi anda kreatif dan pandai menyusun atur perabot, ruang dalam rumah akan nampak cantik. Tak perlu pun beli barang yang mahal. Asalkan anda kreatif je.
Seperti idea yang dikongsikan oleh Rah Mat yang membuat room divider untuk menunaikan permintaan isterinya sangat simple tapi hasilnya cukup puas hati.
Jadi bagi anda yang mempunyai rumah jenis memanjang tetapi ingin memisahkan ruang tamu dan ruang makan, idea ini sangat berguna. Cara untuk membuatnya pun senang. Asalkan ada kerajinan.
Room divider permintaan isteri, kita buat dan kita hiaskan, cantik tak?
IKLAN
Bahan-bahannya:
Wallpaper foam
Daun hiasan
Skru untuk C Channel (semua beli kat Kedai Eco, C Channel beli di hardware.)
* Balut keliling guna wallpaper brick foam yang tebal, menutupi bahagian yang tajam.
IKLAN
* Untuk gantung bracket TV, saya alas dengan kayu disebelah dalam.
Mungkin anda tertanya-tanya berapa kos penyediaan untuk buat room divider ini, jumlah keseluruhannya hanyalah RM100. Sangat jimat kan lagi-lagi dalam keadaan sekarang ni. Benda murah tak apa, janji hasilnya terbaik.
Menurut Rah Mat lagi, dia cukup berterima kasih pada orang ramai yang komen dan beri cadangan selepas menyiapkan room divider ini. Jadi selepas dapat cadangan itu, telah buat sedikit penambahbaikkan.
IKLAN
Antaranya telah cat putih di bahagian bawah dan wayar televisyen telah disorok. Ramai juga yang risau sebab tajam besi tu, saya dah ambil langkah keselamatan dengan membalut wallpaper foam pada keseluruhan besi tu supaya tiada bahagian yang tajam. Sekarang inilah hasilnya!
Boleh jadikan pemisah antara ruang tamu dan ruang menonton televisyen anak-anak. Sekurang-kurangnya dapatlah sikit privasi walaupun ruang dalam rumah tak luas.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Hari ni buat apa? Ke tidur je?”… “Anak dah tidur tu, pergi la buat apa yang patut. Kemas dapur ke, sapu rumah ke”.
Ini antara dialog yang biasa tapi jika selalu sangat keluar dari mulut pasangan, kadang terguris juga hati.
Menjadi suri rumah sepenuh masa ini adalah keputusan dari persetujuan suami dan isteri. Apabila seorang suami sudah membenarkan isteri menjadi suri rumah sepenuh masa yang sebelum itu mempunyai kerjaya, si suami perlu redha dengan kelebihan serta kekurangan yang terhasil dari keputusan itu.
Ramai yang tidak faham apa yang dilalui oleh seorang suri rumah. Dari permulaan menjadi suri rumah dengan kehilangan punca pendapatan sendiri, sehinggalah waktu mempunyai anak yang ramai. Suri rumah ini tidak sama dengan orang bekerja. Kita bekerja dengan gaji beribu, mereka bekerja tanpa gaji sebanyak itu.
Jangan kira penat anda seorang sahaja. Celik sahaja mata isteri tu, dia sudah mula bekerja. Malah, tengah tidur pun anak masih ganggu nak menyusu bagai. Isteri suri rumah ni menyediakan semua benda yang anda terlepas pandang.
Bilik tidur siap teratur, cadar bantal semua. Baju kerja siap bergosok. Seluar dalam siap bersih. Kasut siap tersusun. Rumah siap kemas. Lauk siap masak. Dapur siap bersih. Anak siap bersih mandi dan pakai baju, yang pergi sekolah dah ke sekolah, yang di rumah sudah siap berpakaian. Semuanya siap makan dan tidak kelaparan. Baju kotor siap berbasuh dan tandas siap bercuci bersih.
Yang kita nampak itu hanya yang “siap”. Kita buta akan prosesnya. Itu sebab ramai yang masih tak berpuas hati dengan isteri suri rumah. Masih ada yang rasa tidak adil. Kerana kita tak buka mata. Semua yang dah siap itu ada orang siapkan, iaitu isteri kita. Ada beberapa kerja yang perlu dilakukan sebelum siapnya semua benda itu.
Anak yang siap makan prosesnya bermula dari menyediakan bahan mentah untuk masak lagi. Kemudian baru proses masak tu, menghidang, memberi makan, mengemas dan membasuh. Itu baru satu benda pun dah banyak prosesnya. Kalau dicampur dengan benda lain, memang tersangat sibuk. Siapa yang buat semua tu? Isteri la.
Jadi, tolong buang segala tanggapan negatif mengenai isteri sendiri. Jangan ada perasaan tidak puas hati apabila anda perlu bangun pagi dan isteri masih lagi tidur. Kerana apabila anda tidur tadi, dia berjaga menguruskan anak tanpa anda sedar. Dan apabila anda ke tempat kerja, dia juga bekerja di rumah, bukan hanya tidur sahaja seharian.
Tanggapan yang tidak baik ini bukan hanya hadir dari suami sendiri, tetapi mentua juga. Ada juga mentua yang merasakan menantunya pemalas hanya kerana melihat menantunya tidur tengahari atau pada petang hari. Sedangkan mentua juga sepatutnya tahu yang sebelum dia tidur, banyak urusan telah dia selesaikan dahulu.
Akhir sekali, bayangkan anda berada di satu tempat dan sibuk buat kerja dan terperap sahaja di rumah. Boleh jadi gila tahu tak? Hati isteri itu akan mati dengan kepenatan, kebosanan dan rutin harian. Itu sebabnya penting untuk suami menjaga emosi isteri dan membawa isteri keluar dari rumah untuk menyegarkan semula fizikal dan mental mereka.
Mula ubah mentaliti kita, mula cakna akan keperluan serta kesihatan emosi isteri. Tanya bagaimana keadaannya, tanya apa yang diperlukannya dan bukannya mempertikaikan apa yang dibuatnya di rumah. Kenapa? Kerana orang di hadapan kita itu ialah isteri kita dan bukannya orang suruhan atau orang gaji.
Kepada para isteri yang dilayan sebegini, anda perlu cakap dengan suami apa yang anda rasa. Suami perlu tahu. Kadang kala, mereka bukan semuanya kejam, ada yang terlepas pandang walaupun bertahun-tahun lamanya terlepas itu. Jangan berdiam diri. Anda bukan orang gaji, anda adalah isteri.
Sambutan Hari Guru yang disambut setiap tahun pada 16 Mei ini pastinya membuatkan anak-anak kita teruja. Mana tidaknya, kesemuanya berlumba-lumba untuk memberikan hadiah kepada guru-guru kesayangan mereka.
Perkongsian ibu ini, Rafeana Kahan menerusi akaun Tik Tok, fina_rk nampak cukup menarik dan ringkas. Dengan kos tidak sampai RM100, hadiah tersedia cantik buat kesemua guru-guru yang mengajar anaknya. Memang cute!
“Assalamualaikum. Selamat pagi. Semalam sis Fina & anak-anak buat DIY hadiah hari guru.
“Memandangkan Raisha mau hadiah kan semua 11 orang guru yang ajar dia so mummy kena kreatif sikit la kan.
“Bila tengok komen di Tik Tok ramai cikgu minta hadiah pen & maker so apa lagi mummy pun bawa la Raisha shopping di DIY,” kongsinya di kapsyen.
Menurut perkongsian ibu ini, kos yang diperuntukkan untuk kesemua hadiah tidaklah terlalu banyak iaitu tidak melebihi RM100.
“Semua yang saya beli tu total dalam RM74. Boleh buat dalam 11-12 botol hadiah untuk cikgu,” ujarnya berkongsi.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengajar serta menggalakkan anak-anak memberus gigi bukan lah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Salah satu penyebabnya adalah kerana mereka masih belum faham tentang kepentingan memberus gigi. Selalunya ia merupakan satu cabaran kerana anak-anak hanya bermotivasi untuk melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan sahaja. Ada ibubapa yang menggunakan kaedah memujuk, dan tidak kurang juga ada yang menggunakan ugutan dalam menangani masalah ini.
Terdapat beberapa tip yang boleh dipraktikkan untuk menggalakkan anak-anak memberus gigi:-
Mula Seawal Mungkin
Rutin penjagaan gigi dan gusi seharusnya diperkenalkan dan dimulakan seawal sebelum tumbuhnya gigi susu.
Sebelum tumbuhnya gigi susu, bersihkan gusi anak-anak menggunakan tuala atau kain bersih yang dibasahkan dan dibalut pada jari.
Berus jari untuk bayi yang dibuat khas daripada getah juga boleh digunakan untuk membersihkan gusi.
Mula membersih dan memberus gigi apabila gigi susu yang pertama telah tumbuh. Lap dan bersihkan gigi tersebut setiap hari menggunakan tuala atau kain basah yang bersih.
Apabila anak-anak telah selesa dengan rutin pembersihan tersebut, kenalkan beliau dengan berus gigi dan galakkan anak-anak untuk memegang sendiri bahagian pemegang berus gigi tersebut, semasa anda memberus giginya.
Berus gigi bersama mereka
Anak-anak suka meniru segala perbuatan ibubapa atau adik-beradiknya. Duduk berhadapan dengan mereka dan berus gigi bersama-sama. Semasa anda memberus gigi anda, tunjukkan padanya yang anda sangat seronok memberus gigi, agar anak anda akan berasa teruja untuk memberus gigi juga.
Pastikan anak-anak memegang berus gigi mereka sendiri and dapat melihat dengan jelas apa yang anda lakukan dengan berus gigi.
Jadikan rutin
Berikan penekanan bahawa memberus gigi adalah satu rutin harian yang wajib, iaitu pada waktu pagi dan malam.
Peruntukkan masa yang sesuai dimana anak-anak anda tidak terlalu letih, supaya aktiviti memberus gigi tersebut menjadi mudah untuk anda dan anak anda.
Jadikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang ringkas dan mudah. Sebagai permulaan, tidak perlu menekankan kepentingan memberus gigi selama 2 minit.
Masa bersama keluarga
Cuba dapatkan semua ahli keluarga untuk memberus gigi bersama sebagai satu aktiviti keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari, atau pun sekali seminggu semasa hujung minggu.
Biarkan anak-anak bermain dengan berus gigi mereka dan biarkan mereka memberus “gigi” patung mainan kegemaran mereka, ataupun mereka juga boleh memberus gigi anda.
Jadikan suasana memberus gigi itu sebagai satu aktiviti keluarga yang menyeronokkan.
Mainkan muzik / Nyanyikan lagu
Main kan lagu atau muzik kegemaran anak-anak semasa mereka dan anda memberus gigi.
Cipta satu lagu mengenai “memberus gigi” dan nyanyikan bersama mereka semasa mereka memberus gigi sendiri, atau pun semasa anda memberus gigi mereka.
Sekiranya mereka berhenti memberus gigi, hentikan muzik tersebut atau berhenti menyanyi. Beritahu mereka bahawa lagu dan muzik hanya akan dimainkan atau dinyanyikan apabila mereka memberus gigi semula.
Lokasi memberus gigi
Memberus gigi tidak semestinya dilakukan hanya di dalam bilik air atau bilik mandi.
Biarkan anak-anak anda memberus gigi semasa mereka menonton rancangan televisyen kegemaran mereka di ruang tamu (perlu diawasi!).
Memberus gigi juga boleh dilakukan di bilik makan atau dapur, dengan membiarkan anak duduk di kerusi dan anda berdiri dibelakang kerusi tersebut untuk membantu anak memberus gigi.
Pilihan berus gigi yang menarik
Beri peluang kepada anak anda untuk memilih sendiri berus gigi, sebagai contohnya berus gigi bermotif kartun atau hero kegemaran mereka.
Apabila anak-anak diberi peluang begini, mereka akan merasa bahawa diri mereka mempunyai kawalan kemampuan dan keperluan.
Pilihan ubat gigi berperisa kegemaran anak-anak
Gunakan sebarang jenis ubat gigi kanak-kanak yang disukai mereka dan juga mempunyai perisa yang digemari.
Biarkan anak-anak memilih pelbagai jenis ubat gigi kanak-kanak berperisa dan cuba setiap perisa semasa memberus gigi agar mereka dapat memilih perisa kesukaan mereka.
Boleh juga gunakan pelbagai perisa ubat gigi kanak-kanak secara bertukar-tukar mengikut giliran.
Walaubagaimanapun, pastikan hanya meletakkan ubat gigi bersaiz kacang pis di atas berus gigi, terutama jika menggunakan ubat gigi berfluorida dan anak-anak tidak pandai berkumur atau meludah dengan sempurna.
Beri anak-anak penghargaan
Anak-anak boleh diberi motivasi mengenai kepentingan memberus gigi dengan memberikan mereka penghargaan setiap kali mereka memberus gigi.
Buat satu carta untuk mereka menandakan aktiviti memberus gigi setiap kali ia dilaksanakan dengan baik atau sebaliknya.
Berikan penghargaan setiap kali mereka berjaya memberus gigi dengan baik, seperti membeli dan bermain dengan permainan kesukaan mereka atau membacakan mereka cerita dari buku kegemaran mereka.
Selalunya, penghargaan lisan seperti pujian adalah memadai.
Tidak kira bagaimana anda menangani masalah ini, jangan menganggap ia sesuatu yang mudah dan jangan mengharapkan kesempurnaan.
Peranan ibubapa mendidik anak-anak dan menerapkan keberanian dan semangan kesukarelaan adalah suatu tugas yang penting. Seorang juara adalah diasuh dengan pemikiran dan minda juara.
Saksikan kisah “Hero Cilik” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 29 Julai, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara #AstroRia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!