Ramai ibu bapa tertanya-tanya bila waktu sesuai nak pisahkan tempat tidur anak. Alasan yang selalu diberi anak tak mahu tidur kalau tak ada teman dan risau anak tidur sendirian.
Memang betul jika ibu bapa rasa risau tapi jika dah sampai umur yang sesuai, nak tak nak ibu bapa kena berkeras dan biasakan agar tak timbul perkara lain yang mungkin akan memberi kesan tak elok pada perkembangan anak.
Perkongsian dari Nieza Termizi mengenai bila waktu sesuai pisahkan tempat tidur dan bagaimana nak pastikan ia berjaya boleh ibu bapa praktikkan bermula dari sekarang.
Haritu ada seorang ibu tanya kat group fb, “Perlu ke pisahkan tempat tidur parents dengan anak-anak? Anak saya dah besar masih takut tidur sorang-sorang”
Lepas tu scroll baca komen. Ya allah.. ramainya mak mak belum pisahkan tempat tidur antara ibu bapa dan anak walaupun anak dah masuk sekolah rendah. Bukan sebab tak cukup bilik tapi belum ready, susah, fed up, anak takut, dah terbiasa, tak jadi hal tidur sekali sebab bilik besar dan macam-macam lagi.
Ada lagi parah, mak dah cuba nak pisahkan tempat tidur tapi ayah pulak hati tisu tak sampai hati. Siap angkat anak tidur atas katil sekali. Anak berumur 4-5 tahun.
Rupa-rupanya kesedaran kita untuk pisahkan tempat tidur dengan anak-anak masih rendah.
Ads
Risau sangat bila baca fakta yang didedahkan dan dikongsi di FB. Kanak-kanak tadika mula buat aksi seks dengan kawan sekelas. Bila ditanya puncanya, meniru aksi ibu bapa dalam bilik tidur. Allahuakbar! Kita sangka mereka tidur, tapi sebenarnya memerhati. Please ibu bapa. Tolong la ada common sense.
Ramai parents yang masih tercari-cari cara nak pisahkan tempat tidur dengan anak. Saya nak share sedikit berdasarkan pembacaan dan pengalaman.
1. Kerjasama mak dan ayah
Macam biasa, mak dan ayah kena ada persetujuan bersama sebab usaha ni apa yang penting? Yesss kerjasama! Janganlah ayah nak try, mak pula tak sampai hati. Halahaii..
2. Mulakan dengan tidur di bawah
Untuk bilik yang ada katil, mula-mula kita biasakan anak tidur di bawah. Bukan sama-sama dengan kita di atas katil. Bentang la toto ke, tilam ke dan mula latih mereka tidur. Yes, memang masih dalam bilik yang sama.
Ads
3. Hias bilik anak
Kanak-kanak ni biasanya excited bila ada bilik sendiri. Mungkin kita tak mampu nak deco bilik secantik bilik pameran IKEA. Memadailah kalau kita belikan katil kecil dengan tilam yang dibalut cadar superhero kegemaran mereka. Boleh tampal gambar dan hiasan bersesuaian di dinding.
Masukkan gambar comel mereka dalam frame. Susun baju dalam almari mereka sendiri, rak buku dan meja kecil. Di situlah mereka mula belajar untuk tidak masuk lagi bilik ibu bapa. Beraktiviti di bilik sendiri sampailah waktu tidur.
4. Bed time story
Teman mereka sebelum tidur dengan membaca buku kegemaran. Boleh juga ceritakan kisah nabi, kisah-kisah dalam Al-quran dan kisah pengajaran. Jadikan rutin setiap malam tanpa gagal. Jangan paksa mereka masuk bilik dan tidur sendiri!
Ads
5. Teman mereka tidur kemudian…
Tutuplah lampu dan tidur bersama di bilik mereka. Tapi awas, tidur tidur ayam je. Bila anak dah mula lena, tinggalkan mereka dan kembali ke bilik anda. Keesokan harinya, kejut anak. Bila mereka sedar yang mereka tidur di bilik sendiri, lama kelamaan keyakinan diri mereka untuk tidur sendiri mula meningkat.
Ada juga kes, anak terjaga di tengah malam dan mula mengetuk pintu bilik kita. Jangan benarkan mereka tidur bersama. Again, kembali temani mereka di bilik mereka. Dan kembali semula ke bilik anda selepas mereka lena. Fuhhh..nampak macam complicated semacam kan. Itulah pengorbanan.
6. Didik anak
Ini bab education. Untuk anak yang dah besar dan mula faham, terangkan mengapa kita sudah tidak boleh tidur bersama. Kaitkan dengan agama dan suruhan Allah. Bagi mereka peluang untuk belajar, berfikir dan menerima.
Sebenarnya, usaha ni jadi lebih mudah jika anak-anak dah ada kakak atau abang yang lebih besar. Share room dari kecil, mereka lebih mudah berpisah tempat tidur dengan kita. Jangan lupa juga pisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan yaa..
Memandangkan sekarang ni, semua nak berjimat ramai yang cuba buat sendiri apa yang boleh. Begitu juga dalam bab mendekorasi atau DIY keperluan barangan rumah. Kuncinya hanyalah satu, mesti ada RAJIN sikit.
Bagi suami pula, untuk mengembirakan hati isteri pun tak perlu asyik nak sediakan keperluan yang mahal. Jika boleh buat sendiri untuk kegunaan ahli keluarga, itu dah memadai dan sangat dihargai.
Ok memandangkan sekarang ni, trend troli beroda yang boleh diletakkan keperluan bayi, keperluaan asas dapur atau mainan anak, semestinya ramai isteri teringin nak dapatkannya. Jika nak beli agak mahal tapi sekiranya kreatif boleh sangat buat sendiri.
Hanya bermodalkan tak sampai RM50 dah boleh siapkan troli yang kemas dan elok untuk kegunaan seisi keluarga. Nak tahu macam mana cara dan bahan asasnya, ikuti perkongsian Mohd Hafizallah Ariffin. Bolehlah cuba buat hujung minggu ni ya!
2. Peyambung ‘T’ pipe pvc – rm0.66 sebiji(beli di mr.d.i.y)
(16biji x 0.66 = rm10.56)
3. Pipe pvc – rm1.51 sebatang(beli di mr.d.i.y)
(6batang x 1.51 = 9.06)
4. Bakul sebiji – rm5.56 sebiji (beli di daiso)
(3biji x 5.56 = rm16.71)
5. Roda boleh berpusing 180° – rm2.00 sepasang(beli di kedai eco)
(4biji = rm4.00)
Pipe dan penyambung PVC saya beli di MR DIY order dengan online. Sebab kadang-kadang selalu tiada stok di kedai. Roda pula saya beli di Kedai ECO.
Manakala untuk bakulnya pula beli di Daiso.. Yang ini ikut pilihan masing-masing nak pakai bakul yang patern dan design kesukaan. Kedai ECO pun boleh kalau nak lagi jimat.
Bila dah siap ni, semestinya isteri tersenyum. Mana taknya nak letak apa saja barang pun boleh dan lagi jimat ruang. Yang penting nampak kemas di mata.
**TIP: Jika nak nampak lagi cantik boleh spray dengan warna pilihan. Terpulang pada kreativiti anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi kebiasaan masyarakat kita, apabila isteri bersalin pasti akan dihantar ke rumah orang tua untuk dijaga. Namun bagi sesetengah suami, dia lebih rela menjaga sendiri isteri dalam tempoh berpantang.
Walaupun tidak sepandai isteri dalam urusan rumah, namun lelaki ini tetap mencuba yang terbaik untuk menjaga anak serta isteri dalam tempoh berpantang. Baginya, tak pandai tak apa asalkan ada rasa ingin belajar dan mencuba. Ikuti perkongsian bapa ini
Beginilah rutin harian tuan-tuan masa isteri berpantang.. balik keje cod barang-barang,tengok baju isteri anak tak sempat basuh lagi,kita tolong basuh,tolong jemur & lipatkan.
Tak pandai takpe dik,asal kita buat..salah takpe,kita belajar..tanya isteri dah makan atau belom,kalau belum..boleh kita hidangkan,makan sama-sama..
Jangan hentak kaki bila balik keje tengok makanan takde atas meja..tengok keadaan isteri & anak dulu,tengok keadaan rumah..tengok dalam sinki,ada yang tak sempat isteri buat,anak tak mandi lagi ke kita tolong buatkan, sama2 bertimbang rasa..bukan takut isteri dik,tapi kita hormat diorang..kerana isteri & anak-anak adalah rezeki kita..
Isteri saya berpantang czer,saya memang tak bagi dia buat kerja..suruh berehat banyak-banyak,lain orang lain situasi.. tak sama macam abang jugak dik,ada org keluar gelap,balik gelap untuk cari rezeki,abg alhamdulillah setakat boleh buat abang buat..
Tak kaya takpe dik,asal kita ada usaha..insyaAllah Allah permudahkan urusan kita.
Tanyalah pada mama papa mana sekalipun pastinya merasakan tempoh membesarkan anak-anak adalah waktu yang sukar. Melayan karenah mereka, rajuk mereka dan tidak kurang perangai yang berbeza-beza menjadikan semakin sulit.
Namun semua inilah momen terindah yang seharusnya dikenang oleh mama dan pama. Jangan sekali-kali merungut kerana sampai masalah kita akan merindui detik-detik indah ini.
Perkongsian ayah bernama Ahmad Affzan Abdullah di facebook ini memang sweet. Bercerita ringkas menidurkan ketiga-tiga anaknya ketika masih kecil sudah mampu menjentik rasa hati yang paling dalam. Dengarkan perkongsian ringkasnya. Mama papa kena tiru ni. Jangan merungut!
Momen-momen begini membuatkan aku bersyukur Tuhan memilih aku menjadi seorang ayah.
Saat anak tidur berbantalkan paha, berbantalkan bahu. Sampai bila pun akan dikenang.
Orang lain mungkin rimas, tapi aku suka. Biarlah aku tak bergerak dari situ pun tak apa, asal anak tidur lena. Sambil-sambil itu, akan aku usap rambutnya dan membisikkan doa serta kata-kata cinta di telinga.
Aku masih ingat ketika anakku yang pertama aku dodoikan hingga terlena di tanganku. Jam 3 pagi, setelah puas aku ‘usung’ dari bilik ke ruang tamu, ke dapur, dan kembali ke ruang tamu, namun menangis tak berhenti-henti. Dan pada pukul 8 pagi itu, aku harus kembali segar untuk mengajar.
Ketika di UK, anak aku yang kedua pula sering aku tidurkan di bahu. Dan aku pun terlelap sama, sambil duduk. Begitulah posisi kami tidur sementara menunggu isteriku pulang dari mengajar di sekolah mat saleh yang berdekatan.
2 jam tidur berpelukan begitu, pasti akan aku ingat selamanya.
Anak yang ketiga, aku tidurkan dalam keadaan diri berperang dengan depresi selepas kegagalan PhD dan kematian Abah. Tangisan kamu bergema di serata rumah, tangisan Abi siapa yang tahu. Namun cinta tak pernah kurang.
Anak-anak, kadang-kadang memang kami garang, terlepas melepaskan emosi. Tidak sekali-kali itu bermakna kami benci dan berputus asa menjaga kalian.
Dalam hati, kalianlah hidup kami.
Apa saja yang kami tak sanggup usahakan, asal kalian membesar menjadi manusia berguna kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling.
Tidurlah, nak.
Paha dan bahu kami sentiasa ada untuk kalian bermanja. Sampai masanya, terbanglah semua menunaikan amanah masing-masing sebagai manusia di bumi Tuhan.
Doa kami sentiasa diiringkan. Moga kami dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan sempurna.
Semoga Tuhan reda.
Kredit: Ahmad Affzan Abdullah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.