Anak-anak teringin nak makan pizza, apa kata mama buat je pizza ekspres ni. Tak perlu nak sediakan doh dan uli tetapi hanya gunakan roti saja dan diletakkan inti kegemaran anak-anak.
Rasanya pun sedap dan nak buat sangat mudah. Hanya susun je, letak sos kesukaan dan inti apa yang anda inginkan, terus boleh bakar dan makan panas-panas.
Sesuai sangat untuk buat makan pagi atau minum petang jika anak-anak teringin. Modalnya pun tak lah mahal. Jika modal beli barang RM20 boleh buat pizza ekspres ni banyak loyang dan anak pun puas makan.
Berikut resipi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali untuk anda cuba buat di rumah.
Pizza Ringkas
Bahan-bahan:
– Roti
– Sos Spaggeti
– Sosej
– Cendawan
– Cheese
– Mayonis dan Sos Cili
*cendawan dan sosej direbus dulu
Cara-cara membuatnya:
Susun roti dalam loyang ikut saiz yang anda nak. Tak ada loyang empat segi bulat pun boleh.
Sapu sos bolognese di atas permukaan roti.
Taburkan sosej dan cendawan yang direbus
Letakkan mayonis dan sos ikut kesukaan anda
Taburkan cheese mozarella untuk rasa yang lebih padu
Bakar sehingga cheese mencair
Pizza roti ekspres yang dah siap bakar. Boleh potong dan hidangkan
Kredit: Zaky Mat Ali
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)