Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.
Perintah ini melibatkan tiga peringkat pelaksanaan seperti berikut:
Pertama, PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Ads
Ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.
Negeri-negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh KKM dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum. KKM akan membuat penilaian risiko secara berterusan bagi memutuskan sama ada pelaksanaan PKP ini akan ditamatkan atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat.
Bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian COVID-19 ini, aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
Ads
Bagaimanapun bagi negeri-negeri di bawah pelaksanaan PKP-P, aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat. Pergerakan rentas negeri adalah TIDAK DIBENARKAN di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga TIDAK DIBENARKAN.
Kredit Foto: Bernama
Sekatan jalan raya mulai Rabu
Ads
Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021.
Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja.
Bagi tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan, HANYA DUA (2) anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama. Mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000.
Kredit Foto: Bernama & Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan cadangan prosedur operasi standard (SOP) mengenai pembukaan taska kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Selasa (hari ini).
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, antara aspek penting yang diberi penekanan dalam SOP tersebut adalah keselamatan kanak-kanak ketika berada di taska.
Kredit Gambar: 123rf
“Selasa akan dibentangkan SOP secara diperhalusi kepada MKN. Apa kita lihat sekarang ini, apabila dibuka kelonggaran kepada dalam sektor ekonomi, ramai ibu bapa menyatakan mereka memerlukan perkhidmatan taska.
“Apa yang penting adalah keselamatan di taska dan kita juga telah memperbaiki ayat contohnya penggunaan isolasi ditukarkan kepada keutamaan kepada anak barisan hadapan terutamanya warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kalau boleh duduk di rumah lebih baik tapi kalau tak ada orang jaga, kita akan khaskan taska di hospital. Kalau taska di hospital tak cukup ruang atau tak ada taska di hospital tertentu, maka kita nasihatkan pengusaha taska untuk memberi keutamaan kepada warga KKM
“Dan SOP supaya pergaulan antara kanak-kanak itu tak terbuka… bererti guru taska kekal dengan satu kumpulan, manakala kumpulan lain dihadkan pergaulan mereka,” katanya pada sidang media harian KKM pada Isnin.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham juga berkata KKM sedang melihat bagaimana mereka boleh meningkatkan taska di hospital-hospital KKM.
Kredit Gambar: Bernama
“Setakat ini di hospital KKM, kita ada 112 taska dan sekarang kita mohon untuk tingkatkan lagi taska di semua hospital kita iaitu 146 hospital.
“Kalau boleh, bila kita dah tingkatkan taska untuk barisan depan staf KKM, kita jangka taska dapat laksanakan dua shif,” ujarnya.
Bagaimanapun tambah Dr Noor Hisham, tarikh taska akan dibenarkan beroperasi masih belum ditetapkan dan akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama MKN.
Anak kepada CEO syarikat penerbangan Air Asia, Tony Fernandes iaitu baby Aliyah Ena Fernandes sudah pun genap usia setahun pada 20 Ogos yang lalu.
Ulang tahun kelahiran baby Aliyah disambut sederhana mengikut adat Korea dengan memakai pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok.
Bukan hanya baby Aliyah yang memakai Hanbok, malah mereka seisi keluarga turut mengenakan Hanbok dengan rona lembut.
Tony Fernandes turut menitipkan ucapan buat puteri keduanya itu.
“Selamat hari jadi kepada anak saya yang super cute smary Aliyah. Here’s to a great life ahead for you.”
Bertemakan putih pink di hari ulang tahunya, baby Aliyah turut disajikan dengan adat khas iaitu aktiviti Doljanchi. Di dalam dulang tersebut ada pelabgai objek seperti bola, microphone, palu kayu hakim dan beberapa objek lain yang melambangkan kerjaya yang bakal di pilih.
Di Korea, hari lahir pertama bayi yang baru lahir dianggap sebagai peristiwa yang sangat penting dengan makna yang signifikan. Orang Korea merujuknya sebagai Doljanchi.
Selain menyanyi ‘selamat hari jadi’ dan meniup lilin, terdapat juga adat khas semasa perayaan Doljanchi di mana mereka menggunakan objek untuk meramal masa depan kanak-kanak itu, yang dipanggil Doljabi (돌잡이).
Sama seperti maksud perkataan, semasa aktiviti doljabi, kanak-kanak akan memilih satu atau dua objek di antara pelbagai pilihan yang masing-masing mewakili makna yang berbeza. Objek yang mereka pilih pertama atau kedua dipercayai sebagai kerjaya masa depan mereka yang ‘kemungkinan’.
Melihat kepada gambar daripada perkongsian Tony di Instagram, baby Aliyah memilih Microphone sambil merenung tajam ke arah bapanya.
Rata-rata cuba meneka kerjaya yang dipilih oleh baby Aliyah di ruangan komen. Ada juga yang tertarik melihat kecomelan baby Aliyah.
Tony Fernandes mendirikan rumah tangga bersama Chloe Kim yang berasal dari Korea Selatan pada Oktober 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aliyah Enan Fernandes (1 tahun). Untuk rekod, perkahwinan terdahulu Tony dikurniakan dua cahaya mata.
Empat termasuk seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 317, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10.50 malam sebelum anggota dan jentera dari Balai Bomba Tapah dengan bantuan dari Balai Gopeng dikejarkan ke lokasi.
Katanya sebaik tiba, pihak bomba mendapati sebanyak tujuh kenderaan terbabit iaitu dua treler, sebuah lori, Perodua Axia dan Myvi, pacuan empat roda jenis Pajero dan Honda Accord dengan keseluruhan 14 mangsa terbabit.
“Tiga yang maut adalah dari pacuan empat roda iaitu seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki, manakala seorang lagi adalah wanita dari Perodua Myvi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Dua lelaki Melayu yang menaiki salah satu treler cedera ringan, begitu juga seorang lelaki Cina yang menaiki Honda Accord cedera ringan.
“Seorang perempuan dewasa Melayu dan seorang lelaki Melayu dari Perodua Myvi cedera parah, serta dua lelaki Melayu dari Perodua Axia cedera ringan,”
Katanya lagi, pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dari Perodua Myvi, Pajero dan Honda Accord menggunakan hydraulic cutter.
Jurucakap itu memaklumkan, identiti kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sementara yang cedera dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan.
Operasi tamat pada pukul 1.48 pagi.
Sumber: Bernama, Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.