Dalam tempoh PKP ni, bosan juga kalau duduk rumah saja. Anak-anak paling terkesan, nak dibawa keluar ke taman tak boleh. Main dalam rumah pun ruangnya terhad. Kasihan juga tengok anak-anak mati kutu tak ada benda nak dibuat.
Memikirkan hal itu, Zul Mus ada berkongsi DIY membuat kolam renang sendiri di rumah. Jika anda tinggal di rumah teres, sesuai sangat untuk cuba. Dari perkongsiannya itu, nampaknya tidak sukar untuk dibuat.
Tutdia… Siap dh…
PKP lajak lg 2 mngu pnya pasai abah hampa diy kolam bg kt hampa mandi…. 🤣🤣🤣
Maaf na Iwan Watie sy tiru idea tuan …
20mm PVC pipe class 7 = 4btg
20mm PVC tee = 36biji
20mm PVC elbow = 8biji
canvas 12ft X 10ft
Gam pipe PVC
Cable tie
Alatan tangan
Kos keseluruhan rm130 – rm160…
Harga ikut hardware tmpt masing²…
Pa&Ma sempat bertanyakan kepada Zul bagaimana dia mendapat idea untuk membuat kolam renang ini untuk anak-anaknya:
“Saya mendapat idea ini dari seorang rakan di sebuah grup DIY di Facebook. Memandangkan tempoh PKP dilanjutkan jadi saya tercari-cari idea yang menarik untuk anak-anak dapat luangkan masa tanpa rasa bosan. Saya daparkan semua barang di kedai hardware, mujurlah sudah ada kedai yang dibuka. Jadi saya keluar sebentar untuk beli barang dan terus balik ke rumah.
Saya faham anak-anak yang berempat tu bosan duduk di rumah. Nak main dalam rumah pun sudah kering idea. Jadi saya nekad untuk buat kolam renang ni, kebetulan caranya juga tidak susah sangat. Untuk kolam renang yang saya buat ni, kosnya lebih kurang RM130-160 sahaja, sebenarnya bergantung kepada harga yang dijual di kedai hardware itu juga.
Anak-anak dan isteri saya sangat seronok bila tengok saya buat kolam ni. Masing-masing teruja nak berendam. Bila tengok anak-anak happy, rasa berbaloi sangat saya luangkan sedikit masa untuk buat kolam ni. Saya ambil masa lebih kurang 5-6 jam untuk siapkan keseluruhan kolam ini.”