Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 yang akan berakhir pada 28 April depan akan dilanjutkan lagi untuk tempoh dua minggu sehingga 12 Mei.
Kenyataan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin itu sebagai langkah berjaga-jaga walaupun penurunan kes menunjukkan angka yang positif.
Menurutnya dalam tempoh ini, kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan untuk menentukan langkah seterusnya. Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini.
Ini bermakna, kita mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung, masih tidak
boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya.
“Walau bagaimanapun, jika kes-kes COVID 19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial. Ini untuk membolehkan anda menjalani
kehidupan yang lebih selesa,” jelasnya.
MKN akan rangka satu pelan baru
Majlis Keselamatan Negara sedang merangka satu pelan yang menyeluruh mengenai perkara ini. Dengan kemungkinan pelanjutan tempoh PKP, kerajaan sedang
mengkaji kaedah untuk memulihkan ekonomi, atau revive the economy, secara bertahap.
Ini termasuk merangka Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek dan sederhana bagi memastikan aktiviti ekonomi dapat dibangkitkan semula dengan pantas selepas tempoh PKP berakhir.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk merangka Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang yang menyeluruh. Tumpuan pada masa ini adalah untuk mengenalpasti langkah dan inisiatif yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi jangka pendek dan sederhana, serta mendorong keyakinan rakyat dan pelabur untuk menjana semula ekonomi negara.
Antara inisiatif yang sedang dirangka ialah membina keupayaan dan kemahiran rakyat, menggalakkan perbelanjaan domestik, meningkatkan daya tahan industri termasuk PKS, serta memupuk persekitaran pelaburan yang lebih positif untuk masa hadapan.
Syarikat akan mula beroperasi secara berperingkat
Tambah Muhyiddin, beliau tahu persoalan yang sedang bermain di fikiran rakyat pada masa ini ialah bilakah boleh kembali bekerja, atau kembali memulakan perniagaan atau operasi syarikat masing-masing.
“Saya ingin memberikan sedikit bayangan. Walaupun PKP mungkin akan dilanjutkan lagi selepas ini, syarikat-syarikat dalam sektor-sektor tertentu akan dibenarkan beroperasi, tertakluk kepada pematuhan syarat yang mementingkan keselamatan pekerja, penjarakan sosial dan kebersihan tempat bekerja.
“Pada masa ini pun beberapa sektor ekonomi telah dibuka. Selepas ini, kerajaan akan menimbang untuk membuka beberapa sektor dan subsektor yang lain tertakluk kepada syarat-syarat yang ketat. Ini untuk menjamin syarikat terus berdaya saing dan para pekerja dapat terus bekerja dalam persekitaran yang selamat.
‘Walaupun kelonggaran ini akan diberikan nanti, ingat kita masih belum menang dalam perang menentang COVID 19. Tetapi saya yakin insyaAllah kita akan menang. Yang penting ialah jihad dan istiqamah,” katanya.
Kredit Gambar: Astro Awani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI