Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 yang akan berakhir pada 28 April depan akan dilanjutkan lagi untuk tempoh dua minggu sehingga 12 Mei.
Kenyataan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin itu sebagai langkah berjaga-jaga walaupun penurunan kes menunjukkan angka yang positif.
Menurutnya dalam tempoh ini, kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan untuk menentukan langkah seterusnya. Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini.
Ini bermakna, kita mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung, masih tidak
boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya.
“Walau bagaimanapun, jika kes-kes COVID 19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial. Ini untuk membolehkan anda menjalani
kehidupan yang lebih selesa,” jelasnya.
MKN akan rangka satu pelan baru
Ads
Majlis Keselamatan Negara sedang merangka satu pelan yang menyeluruh mengenai perkara ini. Dengan kemungkinan pelanjutan tempoh PKP, kerajaan sedang
mengkaji kaedah untuk memulihkan ekonomi, atau revive the economy, secara bertahap.
Ini termasuk merangka Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek dan sederhana bagi memastikan aktiviti ekonomi dapat dibangkitkan semula dengan pantas selepas tempoh PKP berakhir.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk merangka Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang yang menyeluruh. Tumpuan pada masa ini adalah untuk mengenalpasti langkah dan inisiatif yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi jangka pendek dan sederhana, serta mendorong keyakinan rakyat dan pelabur untuk menjana semula ekonomi negara.
Antara inisiatif yang sedang dirangka ialah membina keupayaan dan kemahiran rakyat, menggalakkan perbelanjaan domestik, meningkatkan daya tahan industri termasuk PKS, serta memupuk persekitaran pelaburan yang lebih positif untuk masa hadapan.
Ads
Syarikat akan mula beroperasi secara berperingkat
Tambah Muhyiddin, beliau tahu persoalan yang sedang bermain di fikiran rakyat pada masa ini ialah bilakah boleh kembali bekerja, atau kembali memulakan perniagaan atau operasi syarikat masing-masing.
Ads
“Saya ingin memberikan sedikit bayangan. Walaupun PKP mungkin akan dilanjutkan lagi selepas ini, syarikat-syarikat dalam sektor-sektor tertentu akan dibenarkan beroperasi, tertakluk kepada pematuhan syarat yang mementingkan keselamatan pekerja, penjarakan sosial dan kebersihan tempat bekerja.
“Pada masa ini pun beberapa sektor ekonomi telah dibuka. Selepas ini, kerajaan akan menimbang untuk membuka beberapa sektor dan subsektor yang lain tertakluk kepada syarat-syarat yang ketat. Ini untuk menjamin syarikat terus berdaya saing dan para pekerja dapat terus bekerja dalam persekitaran yang selamat.
‘Walaupun kelonggaran ini akan diberikan nanti, ingat kita masih belum menang dalam perang menentang COVID 19. Tetapi saya yakin insyaAllah kita akan menang. Yang penting ialah jihad dan istiqamah,” katanya.
Kredit Gambar: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Blogger dan Instafamous, Cik Epal telah berkongsi tentang rezeki di instagram beliau. Dia memuat naik gambar bersama keluarga dan menjelaskan rezeki sebenar bukan sahaja dari segi duit malah rezeki itu luas dan perlu dilihat dengan konteks yang lebih besar.
Rezeki bukan datang dari segi duit sahaja. Kalau konsep rezeki kita nampak dari segi wang sahaja, confirm kita tak kan pernah rasa cukup sebab duit ni infinity. Tak kan pernah habis.
Rezeki juga kalau ada: – Akal yg cerdas – Kesihatan yang baik – Sihat tubuh badan – Suami/family/mertua/anak yang baik
Dan macam2 lagi. Konteks rezeki ni luas. Kalau kita bersyukur dengan apa yang kita ada, Allah memang dah janji akan bagi kita lebih lagi. Cuma kita je kena usaha
Rata-rata bersetuju dengan pendapat Cik Epal. Netizen turut berkongsi pengalaman mendapat rezeki dalam bentuk selain duit.
Sebagai ibu bapa anak autisme, sudah pasti akan berlaku banyak dugaan dan rintangan yang dihadapi sepanjang membesarkan mereka. Namun begitu, ia mungkin akan lebih menyenangkan dan menenangkan ibu bapa jika individu luar mengetahui perkara yang sepatutnya anda tahu mengenai anak autisme.
Ikuti artikel ini untuk mengetahui 7 perkara ibu bapa anak autisme mahu anda tahu.
#1. Spektrum autisme adalah luas dan pelbagai
Ibu bapa anak autisme sangat mahu anda tahu bahawa setiap anak autisme boleh didiagnosis dengan spektrum yang berbeza mengikut individu. Ini bermakna keadaan dan kondisi setiap kanak-kanak autisme mungkin sedikit berbeza sesama mereka. Oleh itu, jangan pula anda bersikap stereotaip dan mengganggap bahawa autisme itu adalah sejenis kondisi mental yang sama sahaja.
#2. Anak autisme juga memerlukan kasih sayang
Ya, anak autisme juga berhak dan sangat memerlukan kasih sayang daripada setiap individu yang berada di sekeliling mereka. Oleh itu, anda sebagai individu luar tidak seharusnya mengabaikan mereka jika anak autisme ini berinteraksi dengan anda. Sebaiknya, tunjukkan kepada mereka lebih kasih sayang, kesabaran dan perhatian yang lebih setiap kali bersemuka dengan mereka.
#3. Anda tidak perlu kekok dengan anak autisme
Sehubungan dengan itu, anda juga tidak perlu kekok dengan mereka. Jangan sesekali melayan mereka berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Walaupun mungkin cara mereka agak tersendiri, mereka sebenarnya masih sama seperti kanak-kanak biasa dan anda tidak perlu menganggap mereka sebagai pelik kerana ia hanya akan mendatangkan rasa tidak selesa pada mereka.
#4. Anak autisme mungkin akan berkelakuan pelik
Ini merupakan perkara yang ibu bapa mereka sendiri tidak boleh kawal. Anak autisme mungkin akan menjerit dan membuat bunyi-bunyi pelik ketika berada di sekitar anda. Meskipun ia mungkin agak mengganggu anda, jangan sesekali mengecam mereka dan memandang mereka dengan pelik. Ia sebenarnya merupakan antara cara untuk mereka meluahkan apa yang mereka mahu kepada ibu bapa mereka.
#5. Jangan pula anda mengecam ibu bapa anak autisme
Hanya kerana kelakuan pelik yang dibuat oleh anak autisme, jangan pula anda mengecam ibu bapa mereka. Bukan ibu bapa tidak mahu menjaga atau membiarkan mereka terlepas, tetapi anak autisme masih merupakan seorang kanak-kanak yang biasa dan sangat memerlukan masa untuk bermain dan berekreasi. Sebaiknya, berikan sokongan dan galakan malahan bantuan, jika boleh, kepada ibu bapa mereka.
#6. Anak autisme sebenarnya sangat pintar
Ketahuilah bahawa anak autisme ini sebenarnya sangat pintar! Mereka cenderung untuk mempunyai bakat tersendiri yang belum tentu dimiliki oleh kanak-kanak normal. Hakikatnya, anak autisme ini sebenarnya adalah pintar, cuma pemikiran mereka yang agak sedikit berbeza daripada kanak-kanak lain.
#7. Terima anak autisme seadanya mereka
Meskipun anak autisme dianggap tidak normal pada pandangan mata individu luar, mereka masih merupakan anugerah yang tidak ternilai buat ibu bapanya. Oleh itu, anda perlu terima dengan hati yang terbuka akan keberadaan anak autisme ini seadanya mereka.
Melalui proses kehamilan dan akhirnya bersalin sendirian, menguji ketabahan pengacara, Dayah Bakar yang terpaksa berjauhan dengan suami yang bertugas di luar negara.
Selepas 377 hari tidak bersua, Dayah dan suami, Muhammad Hanif Hamidi yang juga pegawai tentera berpangkat kapten berpangkalan di Canberra, Australia, akhirnya bertemu pada awal bulan Januari, 2021. Itulah saat pertama kalinya Dayah memperkenalkan permata hati mereka, Achbar Muhammad Fahri, berusia lima bulan ketika itu kepada suaminya.
Dayah turut memuatnaik foto keluarga kecilnya dengan ucapan selamat menyambut bulan ramadan buat semua muslim. Dia merasakan ramadan kali ini lengkap kerana dapat menjalani ibadah berpuasa bersama suami tercinta dan anakndanya. Sebelum ini mereka tidak dapat bersama akibat halangan Covid-19 yang teruk ketika itu.
Salam Ramadhan 🤍
Alhamdulillah diberikan peluang untuk menjalani ibadah puasa tahun ini . Tahun lepas, Fahri masih dalam perut , dan tarawikh berjemaah dengan family di Malaysia .( masa tu tak sangka pula baby suka cabut socks sebelah 😂)
Tahun ni Allah bagi rezeki dapat berpuasa bertiga 🤍🤍🤍
Dayah turut meminta pendapat peminat dan warga maya tentang apa amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan puasa. Dia turut berkongsi #Ramadhangoals yang ingin dicapainya dalam bulan mulia ini.
Jom kita sama-sama manfaatkan bulan istimewa ni dengar 1001 kebaikan . So, Dayah buka space di ruang comment, kongsi #Ramadhangoals atau share apa2 amalan / nak improve yang kita boleh buat di bulan Ramadhan . Collect pahala sama2 jom ? 😊
Dayah : Nak solat awal waktu , revise bacaan solat , 1 hadith everyday and share it , sedekah everyday walaupun sedikit , random act of kindness ❤️
Salam Ramadhan.
Dayah dan anak akan menetap di Canberra, selama setahun. Dayah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hanif pada Jun 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Achbar Muhammad Fahri 8 bulan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas guru yang sebelum ini tular kerana semangat juangnya melawan tiga jenis kanser, Nassry Mardee Ismail, 45 atau lebih dikenali sebagai Cikgu E, disahkan...