“Hahahaha plastik kena standby dalam kereta! kalau bukan Wawa yang muntah Aeril! kesian pun ada happy pun ada! rasa kan apa yang ku rasa korang ada pengalaman macam ni tak? suami yang mabuk,” tulisnya.
Ads
Wawa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Wawa memuat naik video Aeril yang dipercayai sedang mabuk di dalam kereta.
Dalam video tersebut, Wawa sempat mengusik suaminya yang didakwa sedang mengidam
Ads
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terhibur dengan gelagat pasangan tersebut.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Mengandung Kali Ketiga Asyik Nak Tidur
Ads
Wawa juga mengakui mengandung kali ketiga ini, dia selalu nak tidur dan baring sepanjang masa berbeza ketika mengandungkan anak pertama dan kedua.
Rasa macam mengandung kali pertama setelah berehat hampir 4 tahun. Walaupun begitu, Wawa akui dia tak mahu layan sangat kerana banyak perkara nak kena selesaikan.
“Kadang-kadang perasaan ni tak boleh layan sangat. Selagi larat dan tak memudaratkan kesihatan buat macam biasa,” jelasnya.
Sumber: ig Wawa Zainal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Macam-macam mitos yang dikhabarkan tentang kesan buruk sakit belakang yang ibu bersalin akan rasa kalau dia ambil suntikan epidural. Entah dari mana sumber tersebut diperolehi, tahu-tahu ramai ibu hamil yang gusar kalau-kalau ‘dipaksa’ untuk terima suntikan tersebut ketika sedang melalui fasa sakit hendak bersalin.
Oleh itu ibu-ibu hamil perlulah mendapatkan info dan maklumat yang sahih dan benar daripada doktor pakar berkenaan pengambilan epidural ketika proses bersalin sebelum membuat andaian yang bukan-bukan. Diharap penerangan daripada Pakar Bius, Dr. Nur Ilyani Bujang dapat memberikan gambaran sebenar tentang siapa ibu hamil yang layak menerima suntikan epidural ini.
Lama saya perhatikan kumpulan mak-mak di facebook page yang banyak dakyah songsang. Makin lama makin mengarut.
Topik yang mereka hangat bincang adalah mengenai epidural. Antara dakyah songsang mereka adalah ‘Doktor bius promote epidural, takut takutkan pesakit kalau tak ambil’
Secara umumnya ADA 3 KUMPULAN IBU YANG MENGAMBIL EPIDURAL
KUMPULAN 1 : IBU DINASIHATKAN MENGAMBIL EPIDURAL ATAS SEBAB PERUBATAN
ibu yang mengandung anak kembar dan dibenarkan bersalin secara vaginal
ibu yang mengandung anak songsang yang dibolehkan bersalin secara vaginal
ibu yang obesiti morbid yang berkemungkinan besar menghadapi masalah sekiranya memerlukan pembiusan separuh badan atau penuh di waktu kecemasan
ibu yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi atau mild to moderate pre-eclampsia yang dibolehkan bersalin secara vagina
KUMPULAN 2 : IBU-IBU YANG DITAWARKAN EPIDURAL SUPAYA BOLEH MELALUI PROSES BERSALIN DENGAN LEBIH SELESA
mana mana ibu yang dijangkakan akan melaui proses bersalin yang lama, akan DITAWARKAN epidural. Ini termasuklah
ibu yang mengandung anak sulung
ibu yang perlu melalui induksi (induction of labour)
ibu yang pernah melalui kelahiran caesarean
ibu yang mempunyai kandungan yang bermasalah
ibu yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kencing manis
KUMPULAN 3 : IBU YANG MEMINTA EPIDURAL KERANA TIDAK MAHU MELALUI KESAKITAN BERSALIN
Mana-mana ibu boleh meminta epidural jika mereka tiada kontraindikasi.
BOLEHKAH JIKA SAYA TIDAK MAHU EPIDURAL KETIKA PROSES BERSALIN?
Jika anda adalah ibu yang tergolong dalam KUMPULAN 1, anda tergolong dalam kumpulan di mana epidural itu memberi manfaat pada diri anda. Jika anda menolak, sudah menjadi tanggungjawab doktor untuk menasihati. Sekiranya anda masih tidak mahu, tidak mengapa. Anda berhak untuk tidak mengambilnya.
Jika anda tergolong dalam kumpulan 2 dan 3, pilihan untuk mengambil epidural adalah di tangan anda sendiri.
APAKAH PILIHAN YANG SAYA ADA SELAIN DARI EPIDURAL?
Anda boleh pilih sama ada untuk :
tidak mahu ubat tahan sakit langsung
suntikan ubat tahan sakit seperti tramadol atau pethidine.
‘patient control analgesia’ di mana sebuah mesin akan memasukkan ubat selaras dengan kemahuan anda (tidak semua tempat ada peralatan ini)
penggunaan gas nitrous oxide
Anda juga boleh mengurangkan rasa sakit dengan cara-cara lain seperti teknik pernafasan, urutan dan aromatherapy.
Suka juga saya ingatkan ibu-ibu bahawa tidak semua hospital mempunyai Jabatan Bius yang mempunyai bilangan kakitangan yang bertanggungjawab untuk memberi pembiusan epidural. Juga diingatkan bahawa ada ibu-ibu yang tidak sesuai untuk ambil pembiusan epidural ini kerana mempunyai kontraindikasi (situasi di mana prosedur itu tidak boleh dilakukan)
Jadi, tiada istilah promosi-promosi epidural umpama jualan murah!
Jika anda mahu pun, kadang kala permintaan anda untuk epidural tidak dapat dipenuhi atas sebab kontraindikasi atau ketiadaan servis tersebut.
Anda juga digalakkan untuk tag ibu-ibu, suami-suami yang mana anda rasa ilmu ini boleh memberi manfaat.
Dr Nur Ilyani Bujang
Pakar Bius
Juga Ibu Yang Pernah Mengambil Epidural Sebanyak 2 kali
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Niena Baharun yang kini sedang menempuhi trimester ketiga kehamilan semakin berdebar. Ia bermakna kandungan akan menjadi lebih sarat dan membesar.
Aktres popular dengan drama Sayangku Kapten Mukhriz & watak antagonis sebagai Husna dalam drama bersiri Jangan Benci Cintaku ini sedang hamil 7 bulan ini telah meminta tip daripada para peminat dan follower di Instagram.
Debaran nak menjadi seorang ibu makin terasa.. InsyaAllah, semoga dipermudahkan semuanya.
Mommies ada nak share tips apa apa untuk persediaan 3rd trimester?
Pergerakan bayi atau janin dalam kandungan pastinya berbeza mengikut trimester. Pada trimester kedua kehamilan, pergerakan bayi dalam kandungan agak sukar untuk dijangkakan.
Pergerakan bayi akan mula berlaku, tetapi dengan pergerakan yang amat minimum. Ada yang merasakan perut mereka seperti sedang ‘berbuih’ atau bergas.
Apabila minggu kehamilan anda semakin meningkat, maka pergerakan ini akan semakin kerap dan semakin kuat. Pergerakan bayi juga akan semakin besar apabila bayi semakin membesar.
Pada trimester ketiga pula, anda mungkin sudah boleh mengenal pasti corak tertentu pergerakan bayi dalam kandungan anda. Berkemungkinan bayi anda akan semakin aktif pada waktu tertentu.
Sebagai contoh, anda mengesan bayi anda semakin aktif bergerak apabila anda bersenam, ketika anda berbaring atau ketika anda memakan sesuatu yang manis.
Anda sepatutnya memberikan perhatian terhadap corak pergerakan bayi ini agar anda boleh mengenal pasti jika terdapat sebarang pengurangan pergerakan kelak.
Doktor mungkin akan menyarankan anda untuk memerhatikan kiraan tendangan bayi untuk melihat sebarang perubahan dalam rutin janin.
Bagaimana untuk mengira tendangan bayi dalam kandungan?
Kongres Pakar Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG) menasihatkan anda menentukan masa yang diperlukan untuk merasakan 10 pergerakan atau tendangan janin.
ACOG mengesyorkan untuk melakukan kiraan ini pada masa yang sama setiap hari, iaitu pada waktu bayi anda paling aktif.
Anda boleh memulakan kiraan tendangan bayi pada minggu ke-28. Bagi kehamilan yang berisiko tinggi, anda boleh memulakan kiraan pada minggu ke-26.
Namun, adalah lebih baik untuk anda duduk dengan kaki ke atas atau baring di sebelah kiri badan semasa melakukan kiraan tendangan. Cuba tetapkan masa dan catat nota setiap kali anda merasakan pergerakan.
Anda juga boleh memuat turun aplikasi pemerhatian janin pada telefon pintar untuk membantu anda menjejaki pergerakan bayi dengan lebih mudah.
Punca bayi kurang gerak di akhir kehamilan?
Ada juga kes di mana bayi kurang gerak di akhir kehamilan. Malah ada yang berpendapat bahawa keadaan ini sesuatu yang normal kerana bayi kurang gerak tanda bersalin hampir tiba.
Perlu diketahui bahawa punca bayi kurang gerak di akhir kehamilan boleh berlaku dengan pelbagai sebab. Ada sebab yang normal dan ada juga faktor yang tidak normal.
Bagi punca yang normal, ia mungkin disebabkan faktor janin yang sedang tidur sewaktu anda membuat kiraan tendangan janin. Antara punca bayi kurang gerak di akhir kehamilan yang berbahaya ialah seperti pertumbuhan bayi yang perlahan, masalah dengan plasenta dan juga masalah bayi terjerut dengan tali pusat.
Oleh itu, anda perlu segera hadir ke hospital untuk doktor melakukan pemeriksaan lanjut sekiranya anda mengesan corak pergerakan bayi yang tidak normal.
Jika anda berasa risau dan mahu meningkatkan atau merangsang pergerakan bayi dalam kandungan, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan.
Antara yang boleh anda cuba ialah:
* Cuba bercakap dengan bayi atau mendengar lagu
* Makan snek atau minum air jus buah-buahan
* Cuba berjalan sedikit di sekeliling rumah atau melakukan senaman ringkas
* Cuba cucuk atau tekan perut anda perlahan-lahan untuk melihat tindak balas bayi dalam kandungan
Jika ia tidak normal seperti biasa, terus berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut!
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...