Mungkin ada dikalangan kita yang teragak-agak nak hantar anak ke play school lebih-lebih lagi anak yang baru berusia 2 tahun ke atas kan?Ada ibu ayah yang terpaksa hantar anak ke preschool / playschool tapi rasa tidak senang hati? Jangan bimbang ibu-ibu semua. Sebenarnya, banyak kebaikan untuk anak anda.

Jadi jangan rasa bersalah, jom baca perkongsian ibu ini yang juga penulis keibubapaan tentang manfaat menghantar anak ke preschool / playschool. Lepas ini pasti anda tidak akan rasa bersalah lagi!


Kenapa ramai yang takut nak hantar anak kat playschool ni? Apa yang dirisaukan sangat bila anak belum tahu ABC 123? Apa yang tak kena bila rutin harian anak hanya penuh dengan bermain?

“Play School Bukan Nak Suruh Belajar, Tapi Untuk Anak Bermain” Ibu Ini Kongsi Kelebihan Yang Anak Akan Dapat

Nak anak cepat sangat pandai membaca mengira mengaji, nak buat apa? Nak anak terus jadi CEO gaji juta-juta ke? Ke sebab tercabar dengan anak jiran sebelah yg dah hafal sifir 68?

I sent Haikal to ONLY playschool dari kecik until he’s 6. No books, no worksheet, no classroom, no homework, no nothing — ONLY MEANINGFUL PLAY.

Masa tu ramai yang kalut cakap nanti Haikal cannot cope with Standard 1 sebab tak biasa dengan suasana belajar.

Well, I pekakkan aje. I just want my son to enjoy his childhood to the fullest.
Dan saya tahu perkembangan emosi hanya berlaku pada 6 tahun pertama.

Berapa ramai parents sekarang yang pening dengan masalah anak panas baran, ganas, tak sabar, pemarah, penakut, tak pandai kawal emosi?

Ini lah puncanya — ANAK TAK DAPAT HAK BERMAIN SECUKUPNYA SEMASA 6 TAHUN PERTAMA.

Asyik dipaksa duduk diam, belajar, duduk diam, belajar, duduk diam, belajar.

Ads

Now, Haikal dah Standard 2. Dan Alhamdulillah dalam exam he always in the Top 3, sangat aktif sukan, aktif chess, aktif hafazan, dan selalu dapat pujian daripada guru-guru tentang his leadership, his empathetic character, his creativity, his good emotional control, etc.

Korang ingat Haikal jadi camtu sebab dia anak Adlil Rajiah ke? NO.

Proses “unlock potensi diri” ni adalah possible untuk SEMUA ANAK.

I never share about Haikal’s school achievements in any of my socmed post sebab taknak parents lain jadikan Haikal as benchmark untuk anak-anak mereka.

Because I strongly believe every child has their own unique superpower. U just have to believe in it and let it unlocked naturally.

And the only way to unlock it is through QUALITY PLAY during the first 6years.

Ads

Biarkan EQ (emotional quotient) mereka berkembang sepenuhnya dulu dan IQ akan hadir dengan sendiri.

Bila main anak gelak, gaduh, gurau, sedih, takut, marah, happy, excited, berkongsi, berkerjasama, berinteraksi, merancang strategi, berfikir, berdikari, berani cuba, semuaaaaaaa ni lah yang membentuk EQ anak.

Tapi bila awal-awal dah paksa anak duduk diam belajar, hafal macam-macam, anak jadi apa?

JADI ROBOT!

Jack Ma pemilik syarikat Alibaba once said “My billion dollar company only has 60 workers. How is that possible? We use robots (artificial intelligence). In 10years time, human beings will lose jobs, because they cannot compete with robots, who can work 24/7 without feeling tired or stressed.”

IQ manusia dah tak diperlukan sangat dah. Sebab semuanya teknologi dah boleh tiru. Tapi apa yang teknologi tak boleh tiru?

Ads

EQ: Empathy, humanity, creativity, love, kindness.

So dear parents, please. Nak anak ada masa depan jadikan anak manusia. Bukan robot.

Manusia yang bijak kawal emosi, berkeyakinan diri, berakhlak, kreatif, hati penuh kasih sayang, penuh kebaikan dan kemanusiaan.

Bila EQ dah dibina sepanjang 6 tahun pertama campak lah kat sekolah mana-mana pun anak akan terbang macam roket, insyaAllah. 😊

Kredit: Adlil Rajiah
Penulis keibubapaan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

“Play School Bukan Nak Suruh Belajar, Tapi Untuk Anak Bermain” Ibu Ini Kongsi Kelebihan Yang Anak Akan Dapat

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI