Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan 10 Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali mengingatkan rakyat, fasa PKPP bukanlah tempoh untuk rakyat melupakan wabak Covid-19 ini.
Dalam perutusan khas beliau mengenai perkembangan terkini PKPP ini, beliau berpuas hati dengan perancangan dan langkah yang diambil oleh pihak kerajaan namun sedikit risau dengan sikap segelintir rakyat yang seakan lupa wabak ini masih ada.
Kredit Gambar: Sinar Harian
PKP mungkin akan dilaksanakan jika kes meningkat
Muhyiddin mengingatkan masyarakat jangan terlalu alpa kerana sekiranya PKP terpaksa dikuatkuasakan semula, antara impaknya termasuklah unjuran pertumbuhan KDNK yang dijangka pada tahun 2021 mungkin tidak akan tercapai.
Perniagaan terpaksa ditutup semula dan kadar pengangguran di tahap 5.3 peratus bagi bulan Mei 2020 boleh meningkat secara mendadak. Ini adalah suatu keadaan yang mesti kita elakkan.
Pakailah pelitup muka
Ads
Jadi, apa yang mesti kita buat? Seperti yang saya telah sebutkan sebelum ini, kejayaan kita memerangi COVID-19 dalam fasa pemulihan ini adalah bergantung kepada diri kita sendiri. Ia bergantung kepada kesedaran kita, sikap kita dan amalan kita.
Amalan kebiasaan baharu atau new normal mesti kita teruskan. Jangan kerana
kes-kes COVID-19 semakin berkurangan, kita tidak lagi memakai pelitup muka di
tempat awam. Pakai lah. Jangan tak pakai.
Teruskan penjarakan sosial
Penjarakan sosial juga mesti diteruskan. Pastikan jarak anda sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain. Elak tempat yang sesak dan sempit. Sentiasa
beringat untuk elakkan sentuhan badan.
Ads
Saya selalu berpesan supaya saudara-saudari semua elakkan berjabat tangan.
Saya tengok sekarang dah ada yang bukan sahaja berjabat tangan, malah berpeluk
ketika berjumpa sahabat-handai dan sanak-saudara.
Kerajaan juga sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam. Perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan.
Setiap individu kena main peranan jadi frontliners
Ads
Dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP ini, setiap individu, keluarga dan komuniti adalah petugas barisan hadapan atau frontliners. Ahli keluarga dan anggota masyarakat mestilah sentiasa nasihat-menasihati dan ingat mengingati antara satu sama lain.
Ibu bapa mesti sentiasa ingatkan anak-anak supaya sentiasa memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah. Ingatkan mereka supaya jaga penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan, elakkan tempat sesak, jangan berjabat tangan dan lain-lain. Ingatkan mereka setiap hari. Tak mengapalah kalau dikata berleter pun kerana ini amat penting. Ini kerana kita semua sayangkan keluarga kita.
Kredit Gambar: Sinar Harian
Kita baru sahaja melihat kesan positif daripada tindakan tegas kerajaan dan disiplin rakyat yang tinggi semasa tempoh PKP dilaksanakan. Ekonomi negara kita telah mula rancak kembali dan kita juga telah dapat menikmati semula kehidupan kita dengan mengamalkan kebiasaan baharu.
Namun, jangan kita lalai dan alpa. Saya nak mengingatkan sekali lagi pandemik COVID-19 masih belum berakhir. Jadi sama-samalah kita beristiqamah dalam mengekalkan kejayaan kita melawan wabak COVID-19.
Kredit Gambar: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang tahu keprihatinan Ustaz Ebit Lew membantu golongan yang memerlukan dalam keadaan negara yang diuji dengan musibah yang sangat besar. Namun perjuangannya ini benar-benar buatkan ramai yang tersentuh hati dan berterima kasih padanya.
Walaupun ada yang tak senang dengan perkongsiannya membantu pihak yang memerlukan, Ustaz Ebit sentiasa berfikiran positif keran dia percaya Allah sentiasa ada.
Menurut Ustaz Ebit apa yang dilakukan sekarang ini sebagai tanda terima kasih Allah kerana memberi rezeki tak putus sebelum ini. Walaupun dia pernah melalui saat susah semua itu memberi kekuatan padanya untuk terus melakukan kerja dakwah ini dengan penuh lapang dada.
Masa saya susah Allah tempat saya mengadu
Pohon doa semua yer..nak rehat dulu. Orang tanya saya kenapa ustaz buat semua ini. Syukur semuanya kerana Allah. Cuma nak Allah sayang. Allah sayang. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.
Dulu-dulu saya susah. Kadang ada orang selit rm2 dalam poket. Rasa happy sangat. Selalu lapar dan susah. Satu hari Allah beri rezeki saya mencurah-curah. Duit gaji pertama saya beri pada mak ayah saya. Setiap bulan saya beri pada mak semuanya di kampung. Mak ingat saya ada duit lain. Dulu selalu tidur masjid jer. Saya selalu menangis bila lapar tapi saya doa hidayah. Menangis kuat-kuat dalam doa minta hidayah. Best menangis dalam doa. Nikmat rasanya. Ubat bila sedih dan penat. Mak selalu cakap dulu ada orang sayang kita,sekarang giliran kita sayang orang lain. Takper orang buat kita, jangan kita buat orang.
Duit beli susu anak pun selalu tak ada. Alhamdulillah isteri faham
Masa kahwin pun susah. Duit beli susu anak pun selalu takde. Kasihan bidadari saya. Betul-betul susah. Terima kaseh bidadariku.
Satu hari Allah beri rezeki. Perniagaan Restoren Paramount Coffee House mencurah-curah rezeki. Dapat buka 3 cawangan. Tidaklah banyak tapi dah terlebih untuk saya. Banyak sangat dah saya rasa. Saya tulis 9 buah buku motivasi kekeluargaan dan doa-doa. Syukur semua buku tu laris bertahun-tahun. Ada buku walau dah 4 tahun masih dalam top 10 best seller. Begitu juga butik Jubah saya elews Design. Laku jer jubah. Begitu juga program Training Motivation dan seminar yang saya adakan. Boleh kata setiap hari ada program seminar. 3hari jer rehat duduk rumah dalam sebulan. Saya mula melabur sedikit sebanyak sana sini. Kini pun 56 kakitangan tetap saya semuanya cuti bergaji lagi.
Dari dulu suka kerja khidmat masyarakat
Saya dari dulu buat kerja khidmat masyakat ini dari umur 12 tahun kerja dakwah dan khidmat masyarakat masuk pedalaman menyebarkan kasih sayang dan mengajak kepada kebaikan dan Jamu orang makan. Sabtu Ahad dan cuti sekolah tak pernah duduk rumah. Cuti sekolah sebulan duduk di pedalaman, hutan,gunung ya ng ada manusia. Berkongsi rezeki dan nasihat yang baik. Seronok masa tu baru benar-benar belajar Islam,solat dan akhlak Nabi saw. Menangis jer dengar cerita Nabi saw. Akhlak dan baiknya Nabi saw. Nabi saw nak semua manusia bahagia dan berjaya. Nabi benar-benar merasai setiap kesusahan orang lain.
Beberapa tahun ini lebih aktif dengan anak jalanan,club malam,anak muda motor, dan semua jenis golongan yang orang anggap teruk. Mereka cuma anak baik yang rindukan kasih sayang dan nasihat yang baik. Gembira buat semua tu. Itulah cita-cita saya semenjak kecil nak belajar akhlak Nabi saw. Cinta sayang pada Nabi saw. Nak sambung usaha Nabi saw.
Semuanya berkat doa mak
Saat covid 19 ini pula betul-betul buat saya sebak risau. Rasa inilah waktunya gunakan sebanyak mungkin rezeki dan tenaga yang Allah beri pada saya. Diri,harta,masa semuanya milik Allah. Mungkin cuma sekali ini peluang Allah beri pada saya. Siapa tahukan. Syukur ramai juga kawan-kawan dari merata tempat bersama saya dengan doa, sokongan, tenaga dan juga wang ringgit. Dari pelbagai bangsa dan agama. Kita semua sebuah keluarga. Biarlah kita semua menjadi sebuah keluarga da satu hati ini akan menarik rahmat Allah. Semoga Allah terima semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah seluruh alam. Semoga Allah angkat covid 19 ini.
Terima kaseh Allah. Berkat doa arwah mak yang saya cintai. Rindu dekat mak sangat. Rindu ayah dekat kampung lamanya tak jumpa. Bidadari saya dan mertua saya. Bidadari saya kini sentiasa ada bersama saya. I love u bidadariku sayang. Rindu anak-anak dekat rumah. Kasihan diaorang. Doa adik beradik dan doa semua sahabat di media ini. Sampai sekarang bila ada kebaikan selalu fikir ini mesti doa mak. Doa sesiapa yang baik. Jika sedih atau penat saya niatkan pahalanya untuk arwah mak yang saya rindui dan sayangi. Terima kaseh semua guru-guru saya yang selalu doakan saya
“Jangan minum AIS ketika sedang berdiet nanti akan menyebabkan lemak membeku dalam badan sebab tu susah nak kurus”?
“Minuman panas akan membantu mencairkan lemak. Senang sikit nak turun berat”?
Dialog ini antara yang selalu diperkatakan dalam masyarakat kita sedangkan jika diikutkan ais tak bersalah pun. Cumanya cara pengambilan makanan dan minuman oleh seseorang itu yang menyumbang kepada masalah penyakit lain.
Minuman berais tak menyebabkan lemak membeku. Minuman berais tak menyebabkan berat badan susah nak turun. Minuman berais tak menyebabkan obesiti.
Ais tidak bekukan lemak. Áir panas tidak cairkan lemak! Kandungan lemak tetap akan SAMA walaupun minum air panas atau ais beku.
Kedua. Ambil Tahu
Minuman berais selain air kosong bila ditambahkan gula atau lemak, itu akan meningkatkan jumlah pengambilan kalori kita. Bila kalori berlebihan, ia akan menjadi lemak dan seterusnya menyebabkan masalah berat badan dan obesiti.
Ketiga. Jangan salah faham
Minuman berais tidak menyebabkan lemak membeku atau menggumpal di dalam usus. Letak ais dalam mulut pun dah cair..belum sempat smpai perut macamana boleh beku? Ais sendiri dah mencair dan berubah suhu di dalam mulut. Tidak ada istilah lemak menggumpal selepas minum ais. Suhu AIS akan beradaptasi mengikut kesesuaian tubuh badan kita disebabkan oleh sistem thermoregulation yang mengawal suhu mengikut suhu badan.
Keempat. Sentiasa ingat
Lemak yang dimakan akan dicernakan oleh enzim lipase kepada bentuk yang lebih kecil terlebih dahulu sebelum diserap oleh usus kecil. Jika lemak menggumpal selepas minum ais, bagaimana lemak tersebut dapat diserap oleh usus sebab saiz partikelnya terlalu besar.
Jadi, minum air berais tidak menggemukkan. Yang penting minuman ais kosong. Kalau minuman ais berGULA dan berLEMAK seperti minuman berperisa, teh atau kopi ais, minuman coklat, minuman berkarbonat, teh boba dan sebagainya, tak kiralah panas atau sejuk atau berais, itu sebenarnya yang boleh menternak lemak dalam badan dengan jayanya!
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa dan guru disaran untuk tidak menekan anak-anak secara keterlaluan dalam perihal pelajaran kerana dibimbangi boleh memberi kesan psikologi kepada anak tersebut.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah, perkara itu dibimbangi akan menyebabkan anak itu mengalami tekanan atau depresi sehingga membawa kepada kejadian lebih buruk.
Baginda bertitah, anak-anak hanya melalui zaman kanak-kanak sekali dan ada masanya perlu diberikan masa untuk bermain dan menikmati masa gembira, dengan pengawasan daripada ibu bapa dan dibantu oleh guru.
“Biar mereka bermain supaya bila sudah dewasa, dia (anak) mempunyai kenangan pernah berbuat begini, begitu… tidaklah dia teringat asyik kena belajar atau menghafal sahaja.
“Begitu juga kalau saya asyik bawa pulang homework (kerja sekolah), Bah (ayahanda Seri Paduka, Almarhum Sultan Iskandar) akan bertanya bila saya hendak meluangkan masa berborak dengan Bah kerana asyik belajar sahaja,” titah Seri Paduka.
Raja Permaisuri Agong bertitah demikian semasa berucap pada Majlis Apresiasi Pendidikan Kali ke-16 Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Azizah di Indera Mahkota yang turut dihadiri isteri Menteri Besar Pahang, Datin Seri Burhah Mohammed dan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus.
Tunku Azizah sambil tersenyum ke arah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah yang berada di hadapan baginda bertitah semasa kecil, anakanda bongsu itu sesekali, ada bertanya jika dibenarkan untuk tidak ke sekolah pada hari tertentu.
Ibu bapa juga walaupun sibuk, tambah Seri Paduka perlu sentiasa memantau pergerakan anak dan mengambil tahu rakan terdekat anak supaya mereka tidak berasa tersisih dan membawa haluan sendiri tanpa bimbingan, selain perlu mengawasi penggunaan media sosial anak.
“Walaupun anak saya bermain Twitter dan Instagram, saya tetap pantau mereka. Mereka pun kadang-kadang beritahu saya ada orang kacau (di laman sosial) dan saya beritahu untuk block (sekat) orang tersebut.
“Anak-anak kena faham supaya jangan mudah terpengaruh dengan orang dalam internet. Itu juga adalah peranan ibu bapa dan guru supaya mereka tahu ada unsur bahaya dalam laman sosial seperti ini,” titah Seri Paduka. – Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa yang dinanti telah tiba! Harga emas sedang meningkat, menandakan peluang terbaik untuk menambah koleksi barang kemas atau melabur untuk masa depan. Bagi yang...