Gara-gara salah faham info yang tular di media sosial sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, orang ramai terlebih dahulu membeli stok makanan dalam kadar yang banyak berbanding biasa.
Makanan yang menjadi tumpuan ialah makanan dalam tin, tepung, beras dan mi segera di dapati telah habis dijual. Malah orang ramai lebih dari kebiasaannya kelihatan sedang beratur panjang untuk membayar.
Berdasarkan gambar yang di muat naik di Facebook, ramai pengguna yang mengambil kesempatan memborong keperluan asas seperti tisu dan makan segera bagi membuat stok selama berada di rumah. Orang ramai dilihat membanjiri pusat beli-belah di sekitar tempat tinggal mereka.
Bahan mentah masakan seperti ayam, nugget segera turut diborong pengguna yang panik dengan keadaan gelombang wabak Covid-19 ini. Tidak terkecuali, roti-roti habis diborong. Sikap berbelanja dalam keadaan panik ini tidak wajar berlaku kerana Malaysia belum lagi sampai tahap perintah berkurung.
Bagaimanapun dalam kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat dinasihatkan jangan terlalu panik dan cemas untuk membeli barang keperluan makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Ini kerana pasaraya, pasar awam, kedai runcit, farmasi dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian tidak ditutup.
Beliau memberi jaminan bekalan bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka, adalah mencukupi.
“Saya merayu kepada saudara-saudari agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga, masyarakat dan negara kita,” katanya dalam perutusan khas mengenai kawalan penularan COVID-19.
Selan itu, Perdana Menteri turut menasihatkan semua rakyat supaya tidak panik, jangan cemas dan sentiasa tenang sepanjang langkah sekatan yang dilaksanakan kerajaan.
Beliau yakin langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan kerajaan mampu menyekat penularan wabak dalam masa terdekat.
“Kita telah melihat beberapa negara yang mengambil langkah yang agak drastik untuk mengawal penularan wabak ini seperti negara China yang telah menunjukkan penurunan mendadak kes-kes jangkitan COVID-19,” katanya.
Kredit Gambar: Facebook
Sumber: OB & Berita Harian