Bila anak mula makanan pejal, pola penyusuan pun berubah. Paling tak selesa bila payudara bengkak.

Bila bayi berusia enam bulan, makanan pelengkap akan dimulakan. Ada bayi yang mempunyai selera makan yang baik & sangat berselera memakan puri buah dan bubur. Ini menyebabkan mereka jadi kurang kerap menyusu sehingga menyebabkan payudara ibu membengkak dan susu perahan (EBM) yang dibekalkan kepada taska/ pengasuh juga tidak dihabiskan seperti sebelum ini.

Pola Penyusuan Anak Berubah Lepas Mula Ambil Makanan Lengkap, Ibu Bimbang Payudara Bengkak, Macam Mana Ni?

APABILA MAKANAN PELENGKAP DIBERIKAN

Menurut pakar laktasi, Rita Rahayu Omar, BSc, CISA, IBCLC & Pengarah Nurturing Concepts Sdn Bhd Apabila bayi membesar dan mula diperkenalkan makanan tambahan apabila mencecah umur 6 bulan, penghasilan susu akan berpadanan dengan permintaan/ pengambilan bayi ketika itu.

Keperluan bayi untuk nutrisi pada peringkat umur enam bulan perlu dilengkapkan dengan pemakanan keluarga.Ini merupakan proses semulajadi. Apabila bayi mengambil lebih makanan maka tidak hairanlah sekiranya permintaan untuk susu juga mungkin berkurangan. Ini secara langsung akan mempengaruhi penghasilan susu ibu

IKLAN

Kajian terkini menunjukkan pengambilan susu ibu tidak berubah mengikut umur atau berat badan bayi antara usia satu hingga enam bulan. Selepas enam bulan, pengambilan susu ibu akan berterusan pada amaun yang sama. Bergantung kepada pengambilan makanan pejal, bayi akan secara beransur-ansur kurang menyusu susu ibu.

Pola Penyusuan Anak Berubah Lepas Mula Ambil Makanan Lengkap, Ibu Bimbang Payudara Bengkak, Macam Mana Ni?

KUANTITI SUSU BERBEZA

Kadang kala, di antara enam bulan dan satu tahun (memandangkan makanan pejal diperkenalkan dan perlahan-lahan meningkat) pengambilan susu bayi akan mula menurun tetapi susu ibu seharusnya terus diberikan kepada bayi kerana ia membekalkan majoriti zat pemakanan bayi sepanjang tahun pertamanya. Oleh sebab terdapat perubahan besar dalam amaun makanan pejal yang diambil bayi sepanjang enam bulan kedua, amaun susu ibu yang diambil juga akan berbeza-beza.

IKLAN

Satu kajian mendapati purata pengambilan susu ibu seseorang bayi adalah 30oz sehari (875 ml/hari; 93% pengambilan keseluruhan) pada usia tujuh  bulan dan 19oz (550ml/sehari; 50% jumlah pengambilan tenaga) di usia 11 hingga 16 bulan.

Beberapa kajian yang mengukur pengambilan susu ibu di kalangan bayi antara 12 bulan dan 24 bulan pula mendapati amaun tipikal ialah14oz hingga 19oz sehari (400ml hingga 550ml sehari). Kajian tersebut melihat pengambilan susu ibu antara 24 bulan dan 36 bulan pula mendapati amaun tipikal ialah 10oz hingga 12oz sehari (300ml hingga 360ml sehari).

Pola Penyusuan Anak Berubah Lepas Mula Ambil Makanan Lengkap, Ibu Bimbang Payudara Bengkak, Macam Mana Ni?
Elakkan over feeding!

PERHATIKAN PETUNJUK BAYI INGIN MENYUSU, ELAK OVER FEEDING

IKLAN

Perlu diingat bahawa amaun susu ibu yang bayi ambil pada waktu tertentu akan berbeza sama seperti amaun makanan dan minuman yang diambil oleh orang dewasa sepanjang hari. Ketahuilah, bayi mungkin tidak minum amaun yang sama di setiap sesi penyusuan. Jadi, perhatikan petunjuk bayi (cues)berbanding hanya menggalakkan dia menghabiskan susu ibu perahan.

Pola Penyusuan Anak Berubah Lepas Mula Ambil Makanan Lengkap, Ibu Bimbang Payudara Bengkak, Macam Mana Ni?

Jika bayi ketara mengambil lebih daripada purata amaun, pertimbangkan kemungkinan bayi diberi terlalu banyak susu ibu perahan (over feeding) sepanjang dia tidak berada bersama puan. Sebagai contoh, cara pemberian susu perahan dengan menggunakan botol yang salah atau puting yang alirannya terlalu laju boleh menyebabkan masalah over feeding.

Pola Penyusuan Anak Berubah Lepas Mula Ambil Makanan Lengkap, Ibu Bimbang Payudara Bengkak, Macam Mana Ni?
Puri adalah makanan yang sering menjadi pilihan ibu bapa untuk diberikan kepada bayi. Campurkan dengan susu ibu jadikan ia lebih sedap untuk bayi.

Jika susu ibu perahan berlebihan, bolehlah mencampurkannya ke dalam bubur nasi atau makanan yang diberikan kepadanya. Bagi mengatasi masalah bengkak payudara pula, anda boleh memerah susu sekadar untuk melegakan bengkak payudara sahaja. Ini kerana apabila payudara tidak dikosongkan sepenuhnya, ia akan berupaya untuk meregulasikan penghasilan susu secara semulajadi.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI