Polis Minta Orang Ramai Berhati-Hati. Scammer Rancang Curi Duit Akaun 2 KWSP

Share

Semakin hebat teknologi, banyak pula kes jenayah yang berleluasa berlaku. Salah satunya adalah sindiket penipuan serta kecurian wang simpanan dalam bank. dengan mudah, tanpa perlu bertemu pun tahu-tahu duit simpanan kita boleh dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, pihak polis meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati dan peka akan kes seperti ini. Artikel penuh diambil dari SINAR HARIAN.

Polis meminta orang ramai supaya waspada dengan taktik sindiket penipuan melibatkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari akaun dua seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Wajib Baca: [Petugas Hospital Tak Cukup PPE, Anak Yatim & Asnaf RPWP Sehingga 3,000 Mask Sehari]

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, pihaknya sentiasa memantau berhubung perkara terbabit.

“Setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung kes berkenaan tetapi polis berharap dengan adanya amaran awal menerusi media cetak dan media elektronik, ia berupaya mencegah kejadian sebegini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Selepas pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung peluang membuat permohonan i-Lestari daripada akaun dua KWSP sehingga 30 April bagi pengeluaran bermula Mei, difahamkan wujudnya sindiket yang menghantar mesej, panggilan telefon serta mencipta laman sesawang palsu.

Mohd Zakaria berkata, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati.

“Masyarakat perlu berhati-hati dan tidak berurusan dengan individu yang mewakili kelompok atau persatuan. Jangan beri sebarang data yang boleh dimanipulasi oleh penipu (scammer).

Wajib Baca: [70 Wanita Hamil & 10 Kanak-Kanak Malaysia Dibawa Pulang Dari Singapura]

“Kita sedang kesan perkara ini menerusi polis bahagian Jenayah Siber dan Multimedia daripada mana puncanya dan ambil tindakan tegas supaya rakyat tidak dimanipulasi,” katanya.

Published by
Emy H