Setelah sembilan bulan menanti dan melalui tempoh kehamilan yang mencabar, kini pelakon dan pengacara, Scha Alyahya sedang menunggu saat kelahiran cahaya mata keduanya yang dijangka bila-bila masa sahaja.
Menerusi satu hantarannya di instagramnya semalam, Scha memaklumlah yang dia kini sedang menunggu hari melahirkan bayinya.
Malah menerusi sekeping gambar yang dikongsikan Scha, ibu kepada si comel kesayangan ramai, Lara Alana ini mengakui perjalanan kehamilan kali keduanya ini tidak semudah kehamilan mengandungkan Lara.
“InshaAllah baby will pop anytime harapnya..
” Jujurnya saya fikir sudah cukup lakukan semuanya sebelum ini dan saya rasakan sudah bersedia untuk kehamilan kedua saya.
” Pun begitu saya akui kehamilan kali kedua sangat berbeza berbanding sebelumnya.
” Scha tak jangka akan alami keletihan yang melampau dan mahu semua ini berlalu dengan cepat. Alami pedih uli hati dan reflux asid setiap hari membuatkan saya jadi lemah sehingga ke hari ini,” kongsi Scha mengimbau perjalanan kehamilannya keduanya.
Ads
Malah kata Scha lagi, mengandungkan Lara terasa cukup mudah. Dia hanya mengalami alahan di awal kehamilan iaitu di trimester pertama sahaja.
” Tidak seperti kehamilan pertama saya, ia cukup mudah cuma trimester pertama sahaja sedikit mencabar.
“Baby pulak sihat, terbesar pulak dalam perut ni. Tidak ada kehamilan yang serupa tetapi mereka berdua luar biasa dengan cara mereka sendiri,” kongsinya.
Ads
Isteri kepada Awal Ashaari ini juga memohon doa agar kelahirannya dipermudahkan sedikit masa lagi.
Malah menerusi satu entri di instagramnya, Scha juga dilihat sudah mempersiapkan diri dan kelengkapan untuk bayi keduanya.
“Doakan yang terbaik untuk saya & family dan InshaAllah kami akan kongsikan berita gembira pada semua sedikit masa lagi,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Awal, Scha dan Lara kini muncul dalam satu program realiti terbaru Schawal Baby Boom yang bakal bersiaran pada setiap Khamis, jam 9 30 malam di Astro Ria.
Kata Scha melalui petikan terdahulu, ia adalah satu perkongsian mengenai kehidupan mereka serta perjalanan menyambut bayi kedua mereka.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @schalyahya & @awalashaari
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rancangan TV Pa&Ma musim pertama tercalon dalam 13 pencalonan untuk kategori Program Meletop bagi Anugerah Meletop Era 2019.
Musim pertama rancangan ini telah bersiaran pada 12 Jun tahun lalu dan dihoskan oleh pasangan selebriti popular, Eira Syazira dan Azad Jazmin.
Rancangan berdurasi 30 minit ini telah membincangkan topik-topik yang dekat dengan masyarakat berkenaan perkembangan dan kesihatan anak-anak kecil.
Kini rancangan tv Pa&Ma telah memasuki musim ketiga yang dihoskan oleh Shera Aiyob dan Zahiril Adzim manakala untuk musim kedua lalu Sharifah Shahirah dan Ijoy.
Dalam setiap episod sebelum ini Pa&Ma telah berkongsi pelbagai pengalaman dari ibu bapa dan perkongsian tip dari doktor dan pakar yang arif dalam bidang masing-masing untuk memberi nasihat serta input yang positif seiring dengan tagline majalah Pa&Ma iaitu panduan lengkap keibubapaan dan pra-sekolah.
Ibu bapa perlu menyemai kepentingan penjagaan kebersihan dan amalan jarak sosial kepada anak sebelum prasekolah dan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dibuka semula dalam tempoh lebih kurang dua minggu lagi.
Apatah lagi, anak pastinya teruja bertemu kembali rakan yang ‘terpisah’ sejak kira-kira tiga bulan lalu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac, kemudian diteruskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun lepas.
Meskipun, prosedur operasi standard (SOP) terperinci akan dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengelak jangkitan COVID-19, ibu bapa seharusnya berperanan membantu memudahkan tugas guru untuk membiasakan anak mengamalkan normal baharu di institusi pendidikan awal itu.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, mengumumkan pembukaan semula semua prasekolah dan TABIKA bermula 1 Julai ini dengan SOP terperinci dijangka diumumkan KPM dalam masa terdekat.
Ia membabitkan 6,216 prasekolah di bawah KPM; 7,887 prasekolah swasta; 1,781 TABIKA di bawah Kementerian Perpaduan Negara serta 8,530 TABIKA kelolaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Anisa Ahmad, berkata kanak-kanak yang diterap dengan penjagaan kebersihan akan mempraktikkan amalan itu.
“Di tadika memang sudah diajar aspek kebersihan dan anak memang amalkan basuh tangan ikut langkah 20 saat.
“Jika ibu bapa turut bantu terapkan nilai yang sama di rumah, normal baharu akan jadi biasa dan risiko di tadika boleh diatasi kerana anak dah biasa diterapkan dengan amalan kebersihan seperti cara basuh tangan untuk elak jangkitan virus.
“Jadi, mereka lebih mudah faham jika kita (guru) minta lakukan,” katanya kepada Bernama.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap tahun tarikh 16 Mei, tarikh keramat bagi semua guru-guru. Walaupun setiap hari dianggap hari guru, ketibaan bulan Mei seolah-olah ada makna bagi mereka. Bukan mengharapkan hadiah dari anak murid tetapi cukup sekadar ucapan dari anak-anak murid.
Bagaimanapun, keterujaan setiap murid untuk memberikan hadiah sesuatu yang istimewa. Ia bukan paksaan tetapi dari hati suci anak-anak. Bagi yang berkemampuan mungkin tiada masalah namun untuk murid tak berkemampuan pasti terdetik di hati mereka untuk berikan sesuatu dan raikan bersama sebagai menghargai jasa guru.
Perkongsian Tiktok atas akaun zsickseeksix ini sangat menyentuh hati. Disebalik pelbagai hadiah yang diterima, ada sesuatu yang menarik perhatian. Dibungkus dalam plastik merah bila dibuka terdapat sebekas nasi goreng telur .
“Simple tapi sangat bermakna bagi aku. Terima kasih anak muridku,” tulisnya. Tiada kad ucapan mahupun riben sebagai hiasan, hadiah yang diberikan kepada guru tersebut cukup ringkas tetapi bermakna.
Menerusi video berdurasi 19 saat, guru tersebut mengeluarkan sebuah bekas kecil yang mengandungi nasi goreng bersalut telur.
“Bila nampak nasi goreng tu, tiba-tiba rasa sebak. Betapa berusahanya mak dia bangun packing makanan untuk cikgu, hadiah daripada anak dia.
Perkongsian tersebut tular dan rata-rata warganet juga berasa sebak dan memahi kesungguhan ibu murid tersebut yang tetap memberi hadiah walaupun tidak berkemampuan.
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa sayu melihat kesungguhan anak murid dan keluarganya semata-mata untuk meraikan guru.
Pemberian ini dibuat dari hati yang ikhlas dengan membayangkan pelajar berkenaan dibesarkan dari keluarga yang bukan senang.
“Keikhlasan itu penting.”
“Allahu… sungguh kadang-kadang kita tak sangka pemberian yang sebegini sangat dalam isi tersiratnya.” Sebolehnya si ibu tetap nak anak dia ada sesuatu.”
“Semoga adik tu berjaya nanti…walaupun sekadar nasi goreng…dia nak juga bagi hadiah untuk cikgu dia…dia sayang cikgunya..sedih rasa.”
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.