Jika sebelum ni viral tauhu bergedil, apa kata kali ni cuba pula buat popia bergedil untuk minum petang di rumah. Maklumlah anak-anak semua ada kat rumah, maka ibu pun mulalah nak fikir macam-macam menu untuk kenyangkan perut anak.

Resipi popia bergedil ni lebih kurang sama je nak buat dengan tauhu bergedil. Inti yang sama cuma kulit luarnya saja berbeza. Jika tauhu kita gunakan tauhu goreng yang siap dijual tu, cuma untuk popia bergedil ni, guna kulit popia biasa je.

Istimewa popia bergedil ni, dia lebih ranggup dan sedap dicicah dengan sambal kicap. Letak inti ayam atau daging kisar, lagilah bertambah kesedapannya.

Berikut resipi yang dikongsikan oleh Noraini Othman dan bolehlah cuba buat untuk minum petang.

Popia Bergedil Ranggup Penuh Inti. Dicicah Sambal Kicap, Cukup Padu!

RESEPI POPIA BERGEDIL

Bahan-Bahan:

Ads

•Ubi kentang digoreng dan dilenyek sampai lembut
•Daun Sup/bawang dihiris halus
•Isi ayam digoreng+garam sikit dan digunting halus
•Bawang goreng
•Bawang putih digoreng dan ditumbuk
•Lada cili / merah ikutla rentak rasa uolls

Popia Bergedil Ranggup Penuh Inti. Dicicah Sambal Kicap, Cukup Padu!

Cara-Cara:

1) Masukkan bahan-bahan semua tadi + lada sulah sikit dan gaulkan sampai sebati sehingga sekata.

Ads

Popia Bergedil Ranggup Penuh Inti. Dicicah Sambal Kicap, Cukup Padu!

2) Ambil kulit popiah kecil lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulunglah bergedil bersama kulit popia tadi. (kalau tak lekat letak air di mana bahagian yang tak lekat tu ya)

Popia Bergedil Ranggup Penuh Inti. Dicicah Sambal Kicap, Cukup Padu!

Ads

3) Panaskan api seperti biasa sebelum digoreng

4) Pukul 3 biji telur dalam mangkuk lain dan ambil bergedil popia tadi dan celupkan bergedil tadi dan terus masuk kuali untuk digoreng.

Popia Bergedil Ranggup Penuh Inti. Dicicah Sambal Kicap, Cukup Padu!

5) Nampak kekuningan terus angkat dan bolehlah hidang dan taburlah sikit daun sup
Selamat mencuba semua.

Kredit : Noraini Othman

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI