Popia Bergedil Isi Meletup, Puas Makan

Share

Kalau sebelum ni, kita buat tauhu bergedil ini kita ganti dengan kulit popia. Rangup kulit popia rasa inti daging memang puas bila makan. Kalau cicah sambal kicap pun sedap kan. Jom cuba resipi ni!

 

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 bungkus kulit popia dipotong dua

300 gram kentang 100 gram daging kisar @ daging burger

Sesudu teh lada sulah

Serbuk perasa

Setangkai daun bawang – hiris

Garam secukupnya bawang goreng

Minyak masak untuk menggoreng kulit popia

bahan salutan:

2 biji telur – dipukul

 

Cara Penyediaan:

1. Rebus kentang sehingga empuk kalau nak goreng dlu pun boleh..goreng nanti begedil tak lembik sangat

2. Setelah sejuk, lenyek kentang sehingga lumat

3. Campurkan kentang yang telah lumat dengan daging kisar, daun bawang dan garam ke dalam mangkuk.

4. Gaul hingga rata. Balut dengan kulit popia..

5. Panaskan minyak dalam kuali.

6. Celur dalam telur dan goreng sehingga masak.

7. Sedia untuk dihidangkan dgn sambal kicap.

 

Mudah je nak buat popia bergedil ni. Sedap makan satu keluarga.

Kredit: Ceksalresepi

Published by
Humaira