Duduk rumah, dah tak tahu nak buat apa lagi untuk dihidangkan pada anak-anak, ibu boleh cuba buat resipi popia berintikan jejari ketam. Tak susah pun, hanya rebus sekejap jejari ketam, gaul dengan mayonis, siap!
Bila dah goreng, cicah pula dengan sos, sedap sangat. Mesti berebut anak makan sebab tak pedas dan kena selera mereka. Nak tahu penyediaannya macam mana, ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Masliana Ibrahim.
RESEPI POPIA KETAM SALJU
Haa resepi ni saya dapat lebih 20 tahun dulu semasa belajar di Nebraska dari seorang sahabat Vietnam, Huong Le namanya.
Popia ini saya lupa dah dia panggil apa. Crab roll kot naa masa tu. Bila saya makan ni dulu, teringat kampung halaman. Waktu tu kan jauh beribu batu, ada kawan se Asia dengan makanan ringan camni sebenarnya sangat membantu ubat kerinduan hati.
Tapi paling penting, saya happy waktu tu. Sebab crab roll dia sedap. Sekarang saya ubahlah nama yang lebih sinonim sikit dengan ambien Malaysia kita.
Dek bahannya mudah, maka sampai sekarang saya ingat cara buatnya. Ni musim PKP ni layan dengan anak-anak seronok sangat. Memang keriangan bergandalah kata orang.
Sekejap jer habis makan waktu petang. Jom buat sesama, bahan mudah jer.
Bahan-bahan
– 1 paket isi ketam (rasa saya beli paket besar hari tu)
– 3-4 sudu besar mayonis, boleh adjust ikut suka juga
– 3 pokok daun ketumbar
– Sehiris lemon
– Secubit garam
– 1 botol sos masam manis/sis cili Thai pun sedap
– Semangkuk air atau putih telur untuk gam popia
Caranya pun mudah
✅ Rebus isi ketam sampai masak
✅ Perah lemon untuk hilang hanyir isi ketam.
✅ Gaul dengan mayonese, daun ketumbar di potong halus dan garam.
✅ Ambil 1-2 sudu dan bungkus helok macam buat popia. Gamkan tepi popia dengan air atau putih telur.
✅ Panaskan minyak dengan api perlahan sebelum goreng. Part ni sangat kena berhati-hati untuk dapatkan gorengan cantik. Jika api kuat ia boleh rosakkan popia ketam ni like pecah terburai isi dalamnya. Ok siap untuk di hidang seisi keluarga.
Haha ralit duk tulis ni tiba rasa cam nak buat lagi today. Uols selamat mencuba tau.
Kredit: Masliana Ibrahim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!