Sedap, ranggup dan lemak! Popia nestum antara kudapan paling diminati oleh anak-anak kecil selain aneka kerepek yang boleh buat sekali makan susah nak berhenti. Bukan anak saja yang suka, orang dewasa pun bila dah mengunyah sedar-sedar boleh habis sebalang.
Dengan bahan-bahannya yang mudah dan cara buat pun sangat ringkas cukup berbaloi. Beli sebungkus kulit popia pun dah boleh dapat beberapa botol.
ARTIKEL RESIPI MENARIK [Resipi Tat Cadburry, Kulit Rapuh Inti Coklat. Tak Cukup Makan Sebiji Dua!]
Perkongsian resipi Nur Amirah A Bakar ini, kira tak menyesal di cuba dan sangat sesuai untuk semua peringkat usia. Cuma kemanisan itu ikut citarasa masing-masing ya.
Bahan-bahan
- Kulit popia
- Nestum
- Gula kastor
- Horlicks
- Tepung gandum dan air (sedikit) untuk dijadikan gam
Cara-cara membuatnya:
Bahan gam : Tepung gandum dicampur sedikit air. Letak di penjuru popia sebelum gulung.
Potong serong untuk dapatkan saiz kulit popia yang cantik
Blend nestum, horlicks dan gula kastor sekali
Nota: Gambar baru lepas letak popia dlm minyak. Belum kuning. Make sure masak hingga kuning. Boleh rasa popia dah keras bukan lembik.
Tos minyak sekejap sebelum gaul dengan nestum
Sedia untuk di simpan dalam botol dan boleh terus makan!
RESIPI WAJIB CUBA [Agar-Agar Gula Merah Santan Legend, Sukatan Tepat & Lembut, Senangnya Nak Buat!]
Sumber: Nur Amirah A Bakar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI