Siapa yang gemar popia sira sambal yang bersalut ditabur pula kacang, bijan dan bawang goreng? Dengan sos pedas-pedas manis ditambah pula dengan rasa popia yang ranggup memang cukup memberi nikmat setiap kali dimakan.
Nak tahu apa resipi popia sira sedap ini, perkongsian dari Hazirah Zaihan boleh dicuba. Rupanya senang sangat dan kekal ranggup walaupun disalut dengan sos itu. Yang penting tak lembik kulit popianya. Boleh buat untuk menu berbuka atau minum petang lepas ni ya.
Resepi Popia Sira
Inti
Sengkuang (sagat)
Lobak merah (sagat)
Taugeh(kalau suka)
2 sudu Udang geragau
5 ulas bawang putih (kisar halus)
Bahan Sambal
5 ulas bawang putih (kisar halus)
5 sudu cili kisar
1 sudu biji bijan
Sos cili
5-7 sudu gula (ni sy agak2)
Bahan lain
Kulit popia
Bawang goreng
RESIPI MENARIK [Ayam Meraung Cicah Sos Ala Thai, Bahan Perap Simple Je Tapi Serius Sedap, Padu!]
Cara masak
Panaskan minyak tumis udang geragau sebentar lepas tu tumis sekali dengan bawang putih. Dah wangi boleh letak sengkuang dan lobak merah. Perasakan garam gula .Goreng sekejap bagi sekata tutup api. Toskan bagi keluar minyak dan air.
Untuk sambal tumiskan bawang putih sampai wangi masukkan cili kisar. Tumis sampai naik minyak masukkan sos cili dan serbuk perasa (jangan masukkan air). Kacau rata masukkan gula. Tumis sampai berbuih letak bijan kacau-kacau. Tutup api biarkan sejuk.
Bila inti dah sejuk boleh la balut dengan kulit popia. Goreng dengan minyak banyak api sederhana. Jangan terlalu kuat. Siap goreng, sejukkan sebentar.
Last sekali boleh la gaul popia dengan sambal sira tadi. Tabur bawang goreng siap untuk dihidangkan.
Resepi ni saya follow yatiekitchen tapi saya banyak agak-agak je bahannya. Selamat
mencuba.
RESIPI WAJIB CUBA [Biskut Florentine Karamel Crunchy! Penuh Kekacang & Guna Teknik Gaul, Bakar Je]
Kredit: Hazirah Zaihan