Ayden Mikael penghias kulit majalah Pa&Ma Mac 2019 ini sungguh comel, buat ramai jatuh hati. Hingga ini menjadi pujaan ramai.

Pelakon cilik Pujaan Hati Kanda ini telah melalui sesi fotografi bersama team Pa&Ma dan cukup sporting memberikan pose menarik. Dengan personaliti easy going, Ayden tidak mudah meragam. Bayi kepada Kim Anna Abdullah & Mohd Zainuddin Azhar ini fotogenik dan suka diagah.

Popular Nama Iqy, Kecomelan Ayden Buat Ramai Jatuh Hati. Hingga Kini Jadi Pujaan Ramai

MEMPUNYAI LEBIH 340 SCENE

“Ketika shooting drama dahulu, Ayden akan mulakan scene seawal pukul 8 pagi. Ayden adalah antara watak utama dan dia mempunyai lebih daripada 340 scene. Memang akan shooting sehari suntuk tetapi Ayden akan diberikan rehat selama 4-5 jam untuk tidur dan sebagainya,” kata ibu Ayden, Kim Anna Abdullah.

Popular Nama Iqy, Kecomelan Ayden Buat Ramai Jatuh Hati. Hingga Kini Jadi Pujaan Ramai

AKSI COMEL MUDAH DIRAKAM

Semasa sesi fotografi, aksi comel Ayden mudah dirakamkan. Ayden terpesona dengan setting studio yang telah disusun oleh team Pa&Ma. Tema kali ini ialah alam semula jadi atau back to nature dengan daun-daun kering dan segar serta bunga-bungaan. Khemah teepee daripada Gojes Tent menghidupkan suasana latar setting ini.

Ayden seperti bayi yang lain, penuh dengan sifat ingin tahu kerap juga menyentuh daun-daun kering dan batang kayu yang dijadikan props. Namun apabila diberikan bunga untuk dipegang, dia enggan pula. Kata team ketika itu, Ayden bukan Mat Bunga!

IKLAN

AYDEN TENANG & TIDAK MENANGIS

Bapa Ayden berkongsi momen sewaktu mula-mula menatap wajah Ayden selepas lahir. Dia pun tidak sangka betapa tenangnya si kecil ini. “Masa lahir dulu kita pun kagum dengan dia. Doktor panggil, masa tu memang bising bila ramai baby menangis. Saya pun tengok dan dengar suasana bisingnya keadaan di nursery di hospital.

“Saya tengok seorang baby diam dan tenang. Saya kata dalam hati bertuahnya ibu bapa baby ni, untunglah dapat anak macam tu. Kemudian doktor beritahu ini anak saya (Ayden). Saya memang terkejut dan tak sangka,” kata daddy Ayden.

Popular Nama Iqy, Kecomelan Ayden Buat Ramai Jatuh Hati. Hingga Kini Jadi Pujaan Ramai

RASA SAYU BILA DENGAR AZAN

Bapanya juga turut imbas kembali saat mengazankan Ayden. “Masa azankan masa baru dilahirkan, senyuman dia lain macam. Masa saya azankan dia senyum, kemudian dia menangis. Sehingga kini Ayden kalau dengar azan dan lagu-lagu nasyid, dia mudah sedih,” kata daddy dan mummy Ayden.

IKLAN

AYDEN MUDAH DIJAGA

Ayden disifatkan bayi yang baik. Ibunya mengakui walau pun sakit perut dia tidak menangis, merengek dan mengamuk. Masa kena injection pun tak menangis. Dalam usianya kini, dia hanya pernah demam sekali sahaja iaitu selepas suntikan imunisasi imunisasi (double injection). Suhunya naik hingga 39°C ketika itu.

TIADA MASALAH TRAVEL JAUH

Mummy & daddy Ayden akui Ayden travel partner yang baik. “Ayden ok kalau dibawa travel. Setakat ni kami dah bawa dia ke Pulau Pinang, dia tidak kisah perjalanan jauh. Asalkan makan semua cukup, dia main & tidur,” kata Kim Anna.

LIMAU MAKANAN KEGEMARAN AYDEN

IKLAN

Ayden suka makan buah limau. Pada usia 9 bulan, ibunya berkata Ayden sudah tidak sukakan makanan bayi seperti puri kecuali puri buah-buahan. Untuk menggantikan makanan berbentuk puri, ibunya memberikan Ayden roti, kraker bayi dan sebagainya. Dia dalam proses transisi dan kata ibunya, dia telah memberikan Ayden makanan yang dimakan keluarga seperti nasi putih.

“Kena banyak try & error. Nasib baik badan dia OK. Kadangkala kita kasihankan dia lapar. Tapi dia lebih minat makanan yang bukan makanan bayi,” kata Kim Anna.

Popular Nama Iqy, Kecomelan Ayden Buat Ramai Jatuh Hati. Hingga Kini Jadi Pujaan Ramai

PERANCANGAN & KEJUTAN
Buat masa ini (ketika temuramah dilakukan) tiada drama baru Ayden. Ayden bagaimana pun telah memperolehi tawaran peragaan.

Ibu ini juga mengakui memang terkejut dengan life baru si anak. “Bila berjalan di mall, mereka akan menegur “ Eh Iqy”. Ramai yang memanggilnya Iqy. Nama Iqy melekat.

“Nak keluar sekarang kena bersiap. Kalau rasa tak perlu kami tak keluar. Kalau nak keluar, kena bersiap betul-betul. Sebab kalau berjalan mesti ada yang tegur.  Sebelum berlakon pun ramai yang menegur Ayden,” kata Kim Anna.

5 FAKTA TENTANG AYDEN MIKAEL

  1. Mempunyai darah kacukan Chinese, Vietnamese & Cambodian dari ibu manakala Indonesia & Portugal dari sebelah bapa.
  2. Ibu minum air kelapa muda tanpa gula dan ais setiap masa mengandung bermula dari kandungan 7 bulan.
  3. Ayden dilahirkan pada minggu 40 minggu menerusi caeserean pada 10 April 2018.
  4. Berat semasa lahir ialah 3.18kg
  5. Tidur mesti peluk dan suasana senyap.

Jangan lupa dapatkan majalah Pa&Ma edisi Mac 2019 yang akan berada di pasaran tidak lama lagi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai si cilik ini.

Popular Nama Iqy, Kecomelan Ayden Buat Ramai Jatuh Hati. Hingga Kini Jadi Pujaan Ramai

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI