Kehamilan yang sarat membuatkan ibu hamil merasa sukar untuk lelap pada malam hari. Kesukaran paling utama pastinya, mencari-cari posisi yang tepat agar tubuh merasa lebih selesa sambil memikirkan bayi di dalam kandungan.
Inilah yang menjadi masalah kepada ibu hamil. Sememangnya memilih untuk tidur dengan posisi yang selesa agar tubuh disokong sepenuhnya perlu namun ibu hamil juga terpaksa memikirkan apakah posisi yang tepat agar tidak memudaratkan bayi di dalam kandungan.
Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, posisi tidur ibu hamil perlu tepat agar ibu dan bayi merasa selesa malah paling utama selamat bagi kedua-duanya. Ini yang dikongsikan olehnya.
Posisi tidur ibu mengandung salah satu sebab bayi mati secara mengejut dalam kandungan. Betul ke?
Mesti tak ada orang bagitahu pasal benda ni kan. Saya nak cerita sikit. Posisi tidur ibu mengandung ni macam-macam jenis. Yang biasa diamalkan adalah tidur secara terlentang dengan perut yang besar tu kan?
Ada kajian klinikal menyatakan bahawa posisi tidur terlentang ni mengganggu peredaran darah kembali ke jantung disebabkan rahim yang makin membesar. Makin besar rahim tu makin kuat tekanan yang diberikan kepada salur darah ( inferior vena cava ). Konsepnya lagi banyak pulangan darah ke jantung, lagi kuat daya mengepaman jantung ke seluruh bahagian badan termasuk la darah yang sampai ke rahim seterusnya ke placenta/uri.
Dengan baring terlentang ni, kurang darah sampai dan pulang ke jantung, maka daya pengepaman jantung kurang dan kurangnya darah sampai ke organ organ penting.
Posisi tidur yang dicadangkan adalah dengan tidur mengiring kiri ( left lateral ). Kajian telah membuktikan untuk ibu yang tidur mengiring pada umur kehamilan lebih 20 minggu pengepaman jantung ( ejection fraction ) meningkat sebanyak 8 %.
Untuk ibu yang 32 minggu, dengan tidur keadaan mengiring kiri, pengepaman jantung ( ejection fraction ) naik sebanyak 11% . Atau dalam erti kata lain, makin kurang tekanan rahim yang besar itu diberikan pada salur darah belakang rahim ( inferior vena cava ) lagi bagus darah yang akan dipulangkan ke jantung.
Telah disimpulkan bahawa ibu yang tidur terlentang, meningkatkan risiko bayi dalam kandungan meninggal secara tiba-tiba sebanyak 3.7 kali ( tanpa ada faktor-faktor penyebab lain menyebabkan bayi mati secara tiba-tiba ).
Posisi tidur mengiring kiri lebih-lebih lagi pada usia kandungan trimester ketiga ( ataupun perut dah besar ) dapat mengurangkan risiko bayi mati mengejut dalam kandungan sebanyak 9%. Banyak tu!
Kalau Allah dah kata, kehamilan tu takat tu ja, apa daya sekalipun baby tu akan meninggal gak kan? Tapi ni adalah sesuatu yang boleh diikhtiarkan untuk mengurangkan kejadian bayi mati secara mengejut dalam kandungan.
Mak buyung, tidur bogel ke separa bogel ke tu takpe, cuma sebaiknya jangan tidur terlentang. Mengiring kiri bila nak tidur or berbaring k?
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents