Ada sebabnya mengapa ibu hamil dilarang tidur posisi terlentang ketika sedang sarat. Tidur terlentang sebenarnya hanya akan membuatkan ibu tidak selesa bahkan lebih teruk lagi, posisi jenis ini hanya akan memberi kesan kepada ibu dan bayi.
Menurut Dr Muhammad Izzat, posisi yang paling disarankan pada ibu hamil pastinya tidur mengiring. Dan ini penyebab tidur terlentang amat dilarang.
Saya sarankan semua ibu mengandung untuk berbaring secara mengiring bila kehamilan dah mencecah 28 minggu. Why?
Kalau ibu berbaring terlentang pada 3 bulan terakhir kehamilan (bermula 28 minggu), rahim yang besar boleh menekan salur darah utama dan kurangkan pengaliran darah pada rahim dan bekalan oksigen pada bayi akan terjejas.
Nak mengiring kiri atau kanan? Mana-mana boleh. Takda masalah.
Kalau memula tidur tu dah mengiring, tetiba bangun da terlentang. Macam mana?
Normal la tu posisi tidur berubah-ubah kan. Yang paling penting, masa nak berbaring – tak kisah la tidur waktu malam atau taking a nap, perlu mengiring kiri/kanan. Bila bangun tu da terlentang tak mengapa.
Apakah risiko bayi meninggal secara tetiba sekiranya saya baring secara terlentang?
Kajian menunjukkan secara keseluruhan, risiko kematian bayi secara tiba-tiba berlaku dalam 1 dalam 500 kehamilan.
Kajian terbaru telah mengesahkan bila ibu tidur mengiring, risiko bayi mati secara mengejut dalam kandungan ni dapat berkurang 50 peratus.
Saya pasti, tidur terlentang dengan abdomen yang besar tu pun sebabkan ibu tak selesa kan?
So mommies, jom tidur mengiring!
Artikel berkaitan: https://www.majalahpama.my/tidur-pun-tak-lena-asyik-terbangun-ke-tandas-pengalaman-yang-semua-ibu-hamil-akan-rasa/
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)