Tidur meniarap sebenarnya bukan posisi tidur yang sesuai untuk bayi kecil anda. Tetapi ia menjadi satu kebiasaan apabila ramai ibu yang mengiayakan perkara ini kerana berpendapat bayi akan tidur lebih lena.
Perlu diketahui seperti yang dibincangkan dalam zuriat.my jika waktu anda tidak sedar, bayi berisiko untuk mengalami situasi yang sukar dijangka. Antaranya adalah:
Biasanya bayi yang tidur meniarap, kedudukan kepalanya akan berubah-ubah. Tidak mustahil untuk bayi tertutup muka sendiri. Pada umur yang baru sahaja beberapa bulan, tulang mereka masih belum kuat dan tidak berupaya untuk mengangkat kepala semula andai mukanya tersembam.
Apabila tersembam, bayi tidak boleh minta tolong kerana mereka masih belum dapat bercakap. Sekiranya tersembam dan tiada orang terdekat berhampiran dengannya untuk membetulkan kepala, adalah sangat bahaya dan boleh menyukarkan pernafasan.
Apabila bayi tidur meniarap, akan berlaku tekanan di bahagian rahang bayi. Keadaan ini boleh menyempitkan saluran pernafasan dan menyebabkan mereka susah bernafas. Bayi juga boleh mengalami kesukaran untuk bernafas sekiranya mereka tersembam semasa tidur.
Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut sebenarnya adalah nama yang digunakan untuk kes kematian bayi yang berlaku secara tiba-tiba. Bagi kes seperti ini, bayi biasanya tidak menunjukkan tanda sakit ataupun tidak sihat. Bagaimanapun posisi tidur meniarap juga dikaitkan dengan kes kematian seperti ini.
Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut sebenarnya adalah nama yang digunakan untuk kes kematian bayi yang berlaku secara tiba-tiba. Untuk kes sebegini, bayi biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda sakit ataupun tidak sihat. Posisi tidur meniarap juga dikaitkan dengan kes kematian bayi sebegini.
Bagi mengatasi kerisauan berkenaan tidur bayi ini, Akademi Pediatrik Amerika telah mencadangkan posisi tidur telentang sebagai posisi tidur yang terbaik bagi bayi pada tahun 1992. Semenjak posisi tidur telentang dicadangkan, kes kematian bayi secara mengejut (SIDS) direkodkan berkurang sehingga 50%.
Bagi kes-kes bayi tertentu seperti yang mempunyai masalah kecacatan di bahagian kepala ataupun mempunyai risiko pernafasan tersekat disebabkan oleh lidah yang besar, posisi tidur telentang ini dikecualikan.