Ibu yang sedang mengalami masalah uri di bawah atau plasenta previa memerlukan rehat yang secukupnya. Tidur yang cukup antara yang disyorkan. Pun begitu jom ketahui, posisi tidur bagaimana yang disyorkan untuk ibu hamil dengan plasenta previa.
Plasenta atau uri adalah satu struktur yang berkembang di dalam rahim sepanjang tempoh kehamilan berlangsung. Plasenta ini bersambung dengan bayi melalui tali pusat.
Uri berfungsi membekalkan oksigen dan nutrisi selain mengeluarkan bahan buangan daripada bayi dalam kandungan.
Dalam kebanyakan kehamilan, plasenta akan melekat pada bahagian atas atau sisi rahim.
Manakala situasi uri bawah pula berlaku apabila plasenta menutup sebahagian atau keseluruhan serviks ibu – merupakan saluran keluar untuk rahim.
Jenis-jenis uri bawah:
Previa lengkap – Bukaan serviks ditutup sepenuhnya
Previa separa – Sebahagian daripada serviks ditutup dengan uri
Previa sisi – Memanjang hanya ke tepi serviks
Bagi wanita dengan isu mengandung uri bawah, anda mungkin akan mengalami pendarahan sepanjang kehamilan dan juga semasa bersalin.
Doktor biasanya akan menyarankan untuk anda mengelakkan aktiviti yang mungkin menyebabkan kontraksi seperti melakukan hubungan seks atau menggunakan tampon.
Di samping itu, anda juga akan dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan risiko pendarahan seperti berlari, mencangkung dan melompat.
Jika keadaan plasenta previa ini tidak sembuh, anda mungkin akan bersalin melalui pembedahan.
Risiko komplikasi uri bawah
Terdapat beberapa risiko komplikasi serius yang boleh berlaku kepada wanita hamil dengan masalah plasenta previa ini, antaranya:
* Pendarahan utama atau hemorrhage kepada ibu
* Kejutan akibat kehilangan darah
* Tekanan pada janin akibat kekurangan oksigen
* Kelahiran pramatang
* Risiko kesihatan kepada bayi – jika dilahirkan pramatang
* Bersalin caesarean kecemasan
* Histerektomi (buang rahim) – jika plasenta gagal keluar daripada lapisan rahim
* Kehilangan darah pada bayi
* Spektrum plasenta akreta – plasenta tumbuh ke dalam atau melalui dinding rahim. Risiko pendarahan yang tinggi semasa mengandung atau semasa dan selepas bersalin
* Kematian
Posisi tidur ibu hamil
Berikut antara posisi yang disarankan buat wanita hamil dengan masalah uri bawah:
1. Berbaring mengiring
Wanita hamil dengan plasenta previa sangat dinasihatkan untuk tidur berbaring mengiring ke kiri. Kedudukan dipercayai dapat mengurangkan tekanan pada rahim supaya aliran darah dan nutrien untuk janin serta plasenta lebih lancar. Di samping itu, mengiring ke kiri tidak akan memberi tekanan kepada jantung.
2. Tidur dengan sokongan
Satu lagi posisi tidur untuk wanita hamil dengan plasenta previa ialah berbaring dengan meletakkan bantal sebagai sokongan.
Letakkan beberapa bantal di kepala dan belakang badan supaya kedudukannya seperti separuh duduk. kedudukan ini boleh membuatkan ibu hamil berasa lebih selesa.
Bukan itu sahaja, posisi separuh duduk juga boleh mengurangkan risiko mengalami pedih ulu hati pada waktu malam.
Menarik: Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua Timang Bayi Lelaki/
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Hello Doktor