Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan. Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4 hingga 5 jam bergantung kepada daya tahan lapar bayi.
Menurut Jururawat, Nur Nabiila Masfuzah atau lebih mesra dipanggil Bel Nawhen yang menjadi salah seorang panel E-Workshop Pa&Ma: A-Z Uruskan Newborn Baby, beliau menjelaskan, tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir.
Pada kebiasaannya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6 hingga 8 jam.
Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bising jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.
Tidur terlentang posisi tidur yang sihat
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah “TIDUR TERLENTANG” dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992.
Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat. Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya. Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
Keselamatan bayi waktu tidur penting
Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai tip urus bayi, boleh tonton video E-Workshop ini:
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)