Wanita melalui proses kelahiran perlulah mempunyai rehat dan menjaga kesihatan dengan baik sepanjang tempoh berpantang. Ini penting supaya ibu tidak dijangkiti demam dan tidak memudaratkan pada anak yang baru dilahirkan.
Namun bagi ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan anak dan dijangkiti demam, sebaiknya mendapatkan rawatan segera. Postpartum fever menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad boleh berlaku sekurang-kurangnya 2 hari dalam tempoh 10 hari selepas melahirkan bayi.
Menurut Dr Zubaidi juga ia perlu dirawat dengan segera kerana lambat mendapatkan rawatan boleh juga menyebabkan kematian. Menurut doktor ini juga ia biasanya berlaku kerana jangkitan kuman.
DEMAM SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
Masalah demam di kalangan wanita yang baru melahirkan anak(dalam berpantang) sama ada melalui kaedah yang normal (melalui faraj) atau secara pembedahan Caesarean, biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman.
Wanita yang tinggal di kawasan yang jauh dari pusat kesihatan, selalunya lambat mendapat rawatan sehingga boleh menyebabkan kematian. Oleh itu mereka harus mendapatkan rawatan segera.
Demam sebegini dikenali sebagai “Postpartum Fever”, apabila suhu badan yang melebihi 38.0°C dan sekurang-kurangnya berlaku 2 hari dalam tempoh 10 hari selepas melahirkan bayi.
Punca utama demam seperti ini ialah disebabkan oleh jangkitan kuman pada luka episiotomy. Jahitan pada luka ini akan terbuka sebelum ia benar-benar sembuh. Kadang kala terdapat takungan nanah pada luka dan menyebabkan rasa bengkak dan sakit pada sekitar permukaan faraj.
Wanita yang menjalani pembedahan caeserean pula mengalami jangkitan kuman pada jahitan pada abdomen mereka.
Selain itu, demam selepas melahirkan anak ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada rahem, terutama apabila terdapat sisa uri yang tertinggal dalam rahem. Wanita seperti ini akan berasa demam, sakit di bahagian abdomen, mengeluarkan darah nifas yang berbau busuk dan berketul-ketul, dan tempuh nifas menjadi panjang.
Punca yang ketiga ialah jangkitan kuman pada pundi air kencing. Semasa proses melahirkan anak berlaku, pundi air kencing menjadi terhimpit dan tercedera, terutama apabila kepala bayi yang keluar itu agak besar.
Jangkitan kuman pada pundi kencing menyebabkan wanita ini akan mengalami rasa pedih ketika membuang air kecil.
Bagi wanita yang mengalami demam selepas melahirkan anak, supaya mendapatkan pemeriksaan doktor bagi menentukan punca demam itu. Selain itu saya mencadangkan agar mendapat rehat secukupnya, memperbanyakkan minum air sekurang-kurangnya 2L dan memilih pemakanan yang seimbang.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guna Barang Dapur Je Buat Spray Bersihkan Rumah, Tak Payah Beli-Beli Produk!
Sekarang ni macam-macam jenis virus ada. Anak pula mudah sangat jatuh sakit terutamanya yang kecil. Bial dijangkiti demam atau selesema, lambat pula nak baik. Sebab itulah, ibu semua sangat menitikberatkan soal kebersihan.
Kalau boleh, nakkan tahap kebersihan di rumah tip-top! Sebolehnya kalau ada sebarang produk pembersihan, pasti mahu dibeli. Kadang-kadang risau pula kalau ada bahan berbahaya dalam produk yang dibeli.
Artikel Menarik: [“Kita Nak Pergi Bulan Ke?”. Satu Flight Tergelak Dengar Soalan ‘Luar Kotak’ Adik Ni!]
Sebenarnya ada petua lama yang boleh digunakan untuk hasilkan sendiri seburan yang boleh membersih dan mengharumkan rumah. petua berguna ini telah dikongsikan oleh Yatie Emra menerusi laman Facebook.
UPDATE SPRAY SERBAGUNA💖
Alang² baru lepas buat stok baru, hari ni saya nak update sikit pasal spray semut/spray serbaguna yang pernah saya share dulu.
🔴Semut🐜
=========
Sebelum ni ada yang pernah komen katanya semut api tak mati. Kat rumah saya takde semut api jenis besar, so memang tak leh nak komen la. Ada semut api jenis kecil je & 2-3 jenis semut lain kat rumah saya semuanya mati bila kena spray.
Kebetulan masa saya balik ke rumah mak (sebelum PKP lagi), banyak betul semut api masuk rumah dari pintu dapur. Anak pun asyik kena gigit jer. Semut ni bersarang kat pokok rambutan kat laman rumah. Pantang ada makanan tumpah² sikit, berduyun² masuk rumah.. Ada 2 jenis semut api lak tu, jenis yang sederhana & 1 lagi saiznya lebih besar (kecik sikit dari kerengga). Semuanya mati jer bila kena spray. Untuk elak lebih banyak lagi scout semut ni buat jalan masuk rumah, saya spraykan pada lantai pintu dapur secara konsisten. Alhamdulillah, dah makin kurang semut yang masuk ke rumah..
Kat rumah, biasanya saya buat sukatan yang banyak. Tapi masa kat rumah mak tu, saya buatkan penanda (sukat sesiap) paras cuka & paras air pada botol spray. Lepas tu cuma tambah sabun & kayu manis je. So next time, dah tak perlu dah sukat satu-satu lagi..
Artikel Menarik: [Dah Besar Dia Tak Peluk Cium Dah. Ayah Ni Kongsi Cara Buat Anak Rasa ‘Dekat’ Dengan Kita!]
🟠Hilangkan Manis Gula🍹
=====================
Tiap kali lepas guna kordial, saya suka semburkan spray serbaguna ni pada penutupnya. Kemudian baru basuh macam biasa. Buat macam ni, insyaAllah takde semut hurung penutup botol kordial dah.
🟡Bersihkan Mainan🪀
==================
Biasanya mainan anak yang tak boleh dibasuh (elektronik, dll), saya gunakan spray serbaguna dengan haruman kulit lemon. Selain bau yang harum, minyak pati dalam kulit lemon ni bertindak hapuskan kuman gak. Gunakan spray ni jer, takde bahan kimia & selamat untuk anak²😊
🟢Spray Fabrik/Langsir/Sofa🛋
=========================
Lepas memasak, boleh gunakan je spray serbaguna ni kat langsir/sofa untuk hilangkan bau²an tak best yang melekat. Kalau ada famili member yang tak sihat, bagus gak kalau gunakan spray dengan haruman herba macam cengkih/bunga lawang atau gabungan kedua²nya. Aroma dari herba² ni ada kesan terapeutik.. Tapi jangan lak guna bau kayu manis pada langsir cerah sebab larutan tu berwarna bila dah terendam lama, takut nanti jadi tompok² lak.
🔵Spray Bahagian Dalam Kasut👟
============================
Yang ada masalah kasut berbau akibat kuat berpeluh atau kasut lembap lepas hujan, boleh gak gunakan spray ni & biarkan kering. Untuk kasut yang berbau kuat, lebih elok lagi gunakan spray serbaguna dengan haruman kulit lemon ataupun cengkih untuk hapuskan kuman/kulat.
🟣Simpan Dalam Travel Bottle🧴
========================
Ha, tip ni sebenarnya berguna sebelum PKP jer.. Hehe.. Yela, sekarang mane boleh keluar & makan² kat luar. Tapi saya kongsikan jugak, supaya orang² yang perlu bekerja masih boleh manfaatkan.. Saya selalu standby spray ni dalam botol kecil & simpan dalam beg untuk
1) Basuh sudu & garfu bila makan kat luar. Almaklum ler, saya hanya bawak sudu & garfu spare untuk anak jer. Mak bapak dia memang guna yg kat kedai jer. Tapi selalu sudu kat foodcourt ni tak bersih & kena basuh sekali lagi sebelum guna.. Guna spray ni mudah jer nak tanggalkan saki baki minyak yang melekat kat sudu/garfu tu.. Kemudian bilas sebelum guna. 😊
Artikel Menarik: [Wanita Hamil Menangis Teringin Roti Buaya, Ibu Mentua Usaha Buatkan. Seronok Bila Dapat!]
2) Spraykan pada kepala paip sebelum korang basuh tangan sebab selalunya paip kat sinki/toilet memang kotor sangat..
3) Kalau korang terpaksa gunakan tandas awam & seat kotor sangat, boleh basahkan sikit tisu, spray cuka ni pada tisu & lap seat. Jangan SPRAY secara DIRECT yer, supaya tak terpercik kotoran kat spray tu.. Biarkan kejap sebelum bilas. Saya pernah gunakan toilet di hospital & kebetulan toilet yang kosong ada kesan darah pada seat.. Nak tggu toilet lain, kemain ramai yang beratur.. Nak tak nak terpaksa guna jugak lepas bersihkan.. Yela, tak tahu orang gi hospital tu sakit ape.. Nayer jer kang kot ade penyakit berjangkit. Sesetengah penyakit boleh berjangkit dari darah tau (bbv), incase ade luka² kat kulit yang kita tak perasan😅
💐VARIASIKAN BAU HARUMAN SPRAY
*****************************************
1 perkara yang saya suka tentang spray ni, resipi yang sama tapi korang boleh buat pelbagai bau/haruman. Bagi orang yang berkemampuan, bolehlah gunakan essential oil (boleh gak beli yang murah kt shoppee/lazada). Tapi tak semestinya perlu beli pun.. Boleh gunakan bahan² dari dapur je.. Ni antara variasi haruman yang saya suka buat.
🌟KULIT LIMAU NIPIS/PURUT/KASTURI
=================================
Sebaik²nya direndam sekurang²nya 2-3 hari untuk aromanya melarut. Aroma kulit limau purut paling segar & tahan lama.. Kalau mak² rasa moody² tu masa mengemas, gunakan aroma kulit limau nipis/purut ni sebab esen dalam limau ni boleh improve mood tau.. 😉
🍋KULIT LEMON
===============
Sebaik²nya direndam sekurang²nya 2-3 hari untuk aromanya melarut. Makin lama direndam, kulit lemon akan jadi pucat sebab aroma & warna dah turun.. Bau segar & berfungsi membunuh kuman gak.
🍊KULIT OREN
=============
Sebaik²nya direndam sekurang²nya 2-3 hari untuk aromanya melarut. Kulit oren ni lepas
terendam seminggu++, akan bertindakbalas dengan cuka. Baunya akan jadi masam macam jeruk kulit limau. Bau pun terliur rasa.. Hahah😅
🍀KAYU MANIS + KULIT OREN
=========================
Antara haruman favourite saya ni sebab wangi.. Bau macam produk bakeri lak.. Hehe.. Tapi kulit oren tu perlu direndam sekurang² 2-3 hari untuk aromanya melarut.
🌳KAYU MANIS
=============
Gunakan saiz kecil/sikit jer, sebab selepas 24 jam, bau & warna dari kulit kayu ni akan melarut. Lagi besar saiz kayu manis, makin pekat warnanya. Spray ni kalau ditambah kayu manis, lagi kuatkan fungsi dia dalam menghalau semut tau..
🌿CENGKIH/BUNGA LAWANG
========================
Saya jarang buat cengkih/bunga lawang ni sebab kena guna banyak sikit untuk dapatkan aroma tu.. Tapi cengkih ni antara bahan wajib saya guna bila ada yang tak sihat kat rumah, nak² bila batuk/selesema..
Untuk buat spray serbaguna ni, macam biasa gak.. saya gunakan 1 bahagian cuka, 5 bahagian air & sabun pencuci pinggan sikit.
Kalau nak tengok resipi secara details boleh tengok post lama kat sini:
Dan jugak kegunaan lain kat sini:
#tipdantrik
#diysprayserbaguna
#sprayserbaguna
#spraycuka
#yatieimra
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebab Dia Take Over 100% Jaga Aslan,” Kaka Azraff Seronok Jalani Pantang, Syukur Ada Suami Banyak Membantu.
Seronok menjalani tempoh berpantang, penyanyi Kaka Azraff mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada suaminya Adam Azriff yang banyak membantu terutama dalam menguruskan anak sulung mereka Aslan.
Melahirkan anak kedua mereka yang diberi nama Aryan pada 22 Februari lalu, pemilik nama Noor Atiqa Noor Azraff ini berkongsi keadaan dirinya menerusi akaun Instagram setelah 22 hari berpantang.
Dalam perkongsiannya itu, Kaka memuat naik sekeping gambar bersama dua anaknya. Dengan keletah comel Aslan, Kaka memaklumkan perjalanan pantangnya yang seronok. Selain menzahirkan ucapan terima kasih buat suaminya kerana menjaga anak sulung mereka.
“Pantang day 22 for my 2nd child who was born on 22.2.2022.
“Tengok lah anak no 1 tu. So cheeky! Geram sangat dgn perangai dia sekarang.
“Masih dengan uniform pantang hehe. So far, my pantang journey best! Thank you
@lycmotherchild and also thank you to my husband @helloadamazriff sbb dia take over 100% jaga Aslan,” kongsi Kaka
Untuk rekod, Kaka mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 14 Disember 2018. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Aslan dua tahun yang lalu. 22 Feb yang lalu, Kaka selamat menimang cahaya mata kedua yang diberi nama Aryan.
Sumber: Instagram Kaka Azraff
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikan, Ayam, Daging, Telur, Makanan Laut Semua Boleh Diambil Ketika Pantang. Doktor Terangkan Pantang Bukan Satu Beban
Kadang-kadang kita risau dengan pengambilan makanan ketika berpantang. Orang melayu memang kaya dengan adat berpantang. Tapi sebenarnya ada makanan yang boleh dimakan ketika berpantang yang dulunya dianggap berbisa dan tak bagus untuk ibu berpantang. Ikuti perkongsian doktor ini tentang makanan dalam pantang.
STATUS PASAL MAKAN MINUM DALAM PANTANG LEPAS BERSALIN
Macam biasa, tulisan saya memang panjang. Ambil masa baca dan hadam.
Tahniah untuk suami yang sudi meringankan tulang dan membantu isteri yang dalam pantang selepas bersalin. Bab pantang ni kalau di FB, nama saya antara doktor yang mesti kena seru oleh netizen.
Saya pernah menulis yang sebenarnya pantang ni benda yang bukan satu beban pun. Tapi ia jadi batu yang mesti galas dan bata yang mesti dipikul dek segala pantang larang ciptaan dan rekaan adat dan budaya yang langsung tidak berasas.
Bab makan dalam pantang lepas bersalin ialah topik yang suka sangat diperbesarkan oleh orang kita. Ni dah jadi macam hidup untuk makan, dan bukan makan untuk kelangsungan hidup.
Badan kita ni tetap sama. Tak kiralah sebelum mengandung, semasa hamil dan selepas bersalin. Tidak berubah. Kita bukan makhluk asing. Tak ada transformasi yang berlaku selepas 44 hari kita berpantang lepas bersalin. Tu fakta. Tak ada kena mengena dengan ‘antibodi orang lain-lain la’ bagai. Kalau tak tahu pun apa maksud antibodi, antigen, sel darah putih, radang dan bahan kimia yang dalam sistem pertahanan tubuh, tolong jangan guna ikut suka hati, sebab nanti kalian nampak dangkal walaupun kalian kononnya nak tunjuk bijak.
KKM dah keluarkan garis panduan pinggan sihat Malaysia seperti yang saya tunjukkan dalam gambar. Kecuali lah, ada arahan tertentu oleh doktor dan pegawai dietetik, kita sepatutnya amalkan cara makan ni SEPANJANG HAYAT. Untuk 1 hidangan:
1. Suku pinggan karbohidrat
2. Suku pinggan protein
3. Separuh pinggan sayur dan buah
Tu asasnya. Senang kan? KKM bagi saranan cara makan ni bukan saja petik dari langit ya. Ni adalah berdasarkan kajian saintifik.
Makanan yang dimasak dengan kaedah rebus, kukus, singgang, sup, dan bakar memang cara yang sihat . Menumis dengan minyak yang sikit tu lebih baik dari menggoreng. Yang tu semua orang tahu. Dan ia seharusnya menjadi pilihan kita SEPANJANG HAYAT. Bukan hanya dalam pantang selepas bersalin. Tak ada makna la 44 hari saja makan beria cara macam saya sebut, habis pantang terus pergi cari mekdogol dan kepci. Tu menipu diri sendiri namanya.
Makanan yang bersantan, dalam masak lemak dan kari tu kalorinya tinggi. Jadi, kenalah kurangkan makanan macam tu. Tu pun kena amalkan SEPANJANG HAYAT.
Masa dalam pantang, tak kiralah lepas bersalin ke, lepas pembedahan ke, atau lepas patah riuk tulang ke, selalu kan kena makan masakan yang tawar. Kurang manis dan kurang masin. Tu betul. Masalahnya, orang kita makan macam tu dalam pantang saja. Habis pantang? Melantak segala tak ingat dunia. Padahal makanan kurang garam dan gula tu kena amalkan SEPANJANG HAYAT.
Karbohidrat penting sebagai sumber tenaga penting. Tak boleh diketepikan dalam diet. Mesti ada. Tak kisahlah nasi ke, mee ke, bihun ke, roti ke, pasta ke, bijirin ke. Cuma kena jaga porsi.
Protein juga sangat penting dalam diet. Bila dalam pantang, ada fahaman menghalang atau menghad pengambilan protein atas alasan nanti luka menjadi gatal, atau bernanah bagai, itu adalah SANGAT SALAH.
Frasa ikan tu bisa la, tajam la tu datang dari mana? Memang la bisa kalau makan ikan buntal. Boleh mati ya. Tajam la kalau makan ikan tak buang tulang. Tercekik wei.
Protein menjadi asas untuk
1. Pertahanan tubuh
2. Pembentukan otot, tulang, kulit dan darah
3. Penghasilan enzim, vitamin dan hormon dalam badan
Kalau setakat makan ikan kering atau ikan bilis dalam pantang, mana ada protein pun. Yang ada hanyalah garam semata-mata. Macam mana nak sembuh cepat? TAK CUKUP ZAT TU!
Ikan, ayam, daging, telur dan makanan laut tu semua boleh diambil dalam pantang. Susu tu penting untuk keperluan kalsium, kena ambil 1000mg sehari.
Kalau sebelum ni tak ada alahan pada protein tertentu, jadi lepas bersalin pun sama lah. Ingat, saya kata, badan kita tak berubah pun. Tak kiralah bersalin secara normal atau Caesarean sekali pun. SAMA SAJA. Luka jadi bernanah sebab ada jangkitan kuman dan mesti dirawat oleh doktor. Bukan dengan pantang makan yang hujungnya mudarat.
TAK WUJUD SAYUR ATAU BUAH SEJUK ATAU ANGIN. Tolonglah jangan dok perturunkan ilmu sesat tu pada setiap generasi. Pelbagaikan sayur dan buah tu. Untuk satu hari, pastikan makan 2 jenis buah dan 3 jenis sayur. Lagi banyak jenis dan warna sayur dan buah, lagi bagus.
Sayur dan buah tak boleh tak ada dalam diet sebab:
1. Sumber serat yang tinggi – maka tak adalah sembelit yang boleh menyebabkan buasir.
Serat bagi rasa kenyang, maka nafsu makan dapat dikawal.
Serat tu kurangkan penyerapan kolesterol dalam darah. Serat juga bekalkan kandungan tenaga yang rendah sebab ia ada gula semulajadi.
2. Sumber vitamin dan mineral tertentu bergantung pada jenis.
3. Merendahkan risiko penyakit jantung, obesiti, kencing manis dan kanser.
Yang penting, jaga kuantiti. Kalau makan rambutan pun dah 1kg, memang melampau la. Apa pun yang disumbat dalam mulut tu, tolong la JANGAN BERLEBIHAN.
Gunakan rempah ratus dan herba yang ada di sekeliling kita dengan kadar yang sederhana untuk tambah perisa dalam masakan. Halia, kunyit, lengkuas, serai, halba, lada hitam bagai tu ada kandungan phytonutrien yang berguna pada badan kita. Tapi tak perlu pun sampai kena minum air rebusan bagai.
Tolong! MINUM AIR. Lebih kurang 2-3 liter sehari. Tak kisahlah air tu ada ais ke, sejuk ke, panas ke, suam ke. Yang mesti, minum air! Tak payah minum air akar kayu siap bersukat dengan sudu. American Society of Sport Medicine cakap, kalau air tu ada sedikit berperisa, dan sejuk, ia lebih sedap dan maknanya kita akan minum lebih banyak.
Dan yang paling penting, waktu berpantang ni tak ada bezanya dengan waktu lain dalam hidup kita. Hentikan petua dan mitos mengarut ni. Kenapa lah nak kompleks kan lagi hidup kita sedangkan ni hanya bab makan saja.
KALAU DAH MAKAN SECARA SIHAT SELAMA HIDUP NI, tak payah la dok kalut bila waktu berpantang. Teruskan saja apa amalan tu. Makan secara sihat tu kan RUTIN SEPANJANG HAYAT.
Saya dah berleter panjang dan membebel berjela ni. Tolong tepek status bab makan minum dalam pantang lepas bersalin ni pada mana-mana kengkawan kalian yang masih keliru. Sampaikan salam saya, katakan, meh lah keluar dari gua gelap gelita tu. Ni saya dah tunjuk jalan yang betul dah ni.
Ingat! Kita makan untuk kemandirian hidup. Cukup.
Sumber: Facebook DR. NINIE
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI