Sesekali tukar selera anak-anak, apa kata cuba menu potato baked. Menu ni bukan anak je yang suka, ibu ayah pun boleh tumpang sekali makan. Sesuai sangat untuk anak yang tak suka makan nasi, sebab ni pun dah mengenyangkan.
Cara nak buat potato baked pun mudah sangat. Memang berbaloi buat sendiri dan puas hati boleh makan banyak kali. Berikut resepi yang dikongsikan oleh Rozmaliza Omar
RESEPI POTATO BAKED
Bahan-bahan:
6 biji kentang saiz besar
4 sdb UHT whipped cream/ fresh milk
250 gm daging cincang
1 biji labu bawang besar – didadu
3 ulas bawang putih **
3 sdb butter
1 sdt oregano
1 kiub ayam
Cheddar cheese
Olive oil untuk menumis
Daun parsley dihiris kasar
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Cara-cara buat INTI:
1. Panaskan butter dan olive oil. Tumis bawang putih hingga layu.
2. Masukkan daging cincang dan goreng hingga airnya kering.
3. Masukkan bawang besar dadu.
4. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan kiub ayam. Gaul hingga rata. Angkat dan sejukkan
Cara-cara buat POTATO BAKED:
1. Cuci bersih kentang dan potong dua.
2. Bakar atau kukus hingga lembut dan boleh dicucuk. Sejukkan sebentar.
3. Korek isi kentang dan lecek isi yg dikorek td. Gaulkan bersama² inti hingga rata.
4. Masukkan daun parsley cincang, oregano dan uht whipped cream/ fresh milk. Gaul rata.
5. Masukkan inti kedalam kentang yg dikorek tadi, letakkan cheddar cheese atasnya. Bakar selama 15 minit api atas bawah hingga cheese cair.
Selamat mencuba
Kredit: Rozmaliza Omar
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI