Setiap ibu pasti teruja (dan sedikit risau) bila tiba masa nak ajar si manja beralih daripada pampers ke tandas. Fasa Potty training ini memang mencabar, tapi percayalah mama bila dilakukan dengan sabar dan kasih sayang, anak akan belajar dengan mudah dan yakin.
Proses Potty training bukan sekadar ajar anak “buang air” di tempat betul, tapi juga bantu mereka berdikari dan mengenali tubuh sendiri. Jom Pa&Ma kongsikan cara lembut dan berkesan untuk bantu si kecil melalui fasa penting ini.
Bila Masa Sesuai Nak Mula Toilet Training?
Tak semua anak sama, mama. Ada yang cepat belajar pada usia 18 bulan, ada juga yang baru bersedia selepas umur 3 tahun dan itu okey sangat.
Apa yang penting, mama tengok dulu tanda-tanda kesiapan anak sebelum mula Potty training:
Lampin mereka kering lebih lama daripada biasa (2-3 jam).
Mereka mula tunjukkan rasa tak selesa bila pampers basah.
Boleh beritahu mama bila nak “buang air”.
Dah pandai cuba buka seluar sendiri.
Suka tiru mama atau ayah pergi tandas.
Kalau si manja dah tunjuk beberapa tanda ini, inilah masanya mama perlahan-lahan ajak dia kenal dunia potty dan tandas dengan penuh keseronokan.
Langkah Demi Langkah: Cara Lembut Ajar Anak Guna Tandas
1. Kenalkan Potty Dulu
Jangan terus paksa anak duduk ya, mama. Biarkan dia tengok, sentuh atau main-main dengan potty tu dulu. Kadang-kadang, anak perlukan masa untuk rasa selesa.
Tip Pa&Ma: Pilih potty yang comel atau warna kegemaran anak supaya dia rasa lebih seronok dan bermotivasi untuk teruskan Potty training.
Ads
2. Cipta Rutin Tandas
Bina rutin tetap contohnya, ajak anak ke tandas selepas bangun tidur, selepas makan, dan sebelum tidur malam. Bila ada rutin, anak akan mula faham bila waktu sesuai nak ke tandas.
Tip Pa&Ma: Kalau anak tak berjaya kali pertama, jangan risau. Cuba lagi bila dia tenang. Yang penting, jangan marah.
3. Banjiri Anak Dengan Pujian
Walaupun anak cuma duduk di potty tanpa hasil, tetap puji dia, mama. “Pandainya adik duduk potty!” atau “Good job sayang, mama bangga.”
Pujian kecil boleh naikkan semangat anak untuk cuba lagi dalam proses Potty training.
4. Elak Marah Bila ‘Terlepas’
Kemalangan tu biasa, mama. Kadang-kadang anak terlalu leka bermain sampai terlupa. Kalau berlaku, jangan marah atau memalukan mereka. Sebaliknya, cakap lembut: “Tak apa sayang, nanti kita cuba lagi ya.”
Ads
Anak belajar lebih baik dalam suasana positif dan penuh kasih sayang.
5. Pilih Waktu Yang Tenang
Jangan mulakan bila anak baru masuk taska, baru dapat adik, atau tengah tak sihat. Waktu-waktu macam ini anak perlukan kestabilan emosi. Bila keadaan dah tenang, barulah mula perlahan-lahan.
Cabaran Mama, Solusinya Di Sini
Cabaran
Solusi Pa&Ma
Anak Takut Duduk Potty
Cuba duduk sama-sama, baca buku kecil atau nyanyi lagu ceria. Bila suasana tenang, anak akan rasa lebih yakin.
Anak Masih Nak Buang Dalam Pampers
Kalau dia hanya nak buang air besar dalam pampers, biarkan dulu. Lama-lama bila dia dah biasa duduk potty, barulah dia akan berani.
Terlalu Banyak ‘Accident’
Tak mengapa mama, itu tanda anak masih belajar. Ganti pampers dengan sabar, bersihkan dan terus beri galakan.
Tip Tambahan Dari Pa&Ma
Gunakan seluar mudah tanggal supaya anak cepat ke tandas bila perlu.
Simpan potty mudah alih kalau keluar rumah.
Libatkan anak biar dia pilih potty atau seluar dalam pertamanya sendiri.
Setiap kali anak berjaya, berikan ganjaran kecil seperti pelekat bintang atau high-five.
Kesimpulan: Nikmati Proses Potty Training, Bukan Keputusan
Perjalanan dari pampers ke tandas mungkin ambil masa seminggu, sebulan atau lebih. Tapi setiap langkah kecil itu satu kejayaan besar untuk anak dan untuk mama juga.
Jadi jangan bandingkan anak mama dengan anak orang lain. Percayalah, bila tiba masanya, anak mama akan berjaya tanpa perlu tekanan. Yang penting, teruskan kasih sayang, pujian dan kesabaran dalam proses Potty training.
Ads
Ingat mama, bukan cepat atau lambat yang penting, tapi gembira dan yakin si manja dalam prosesnya. Setiap anak belajar dengan cara dan masa mereka sendiri.
Follow kami di semua platform untuk mendapatkan update terkini dan content-content video menarik di:
Selain menyimpan di Tabung Haji, kita juga kerap menyimpan wang di ASB untuk simpanan masa depan anak-anak. Pun begitu adakalanya dek kerana terpaksa ke bank, kita terlambat membuat simpanan setiap bulan.
Sebenarnya tak perlu ke bank pun, ini cara mudah simpan wang di ASB. Hanya buat simpanan di atas talian saja. Jom ikuti langkah demi langkah perkongsian Nurul Ashikin Che Darus ini. Mudah sangat!
Sebab ramai mintak share kan so harini Kak Kin share macam mana cara mudah nak saving tanpa perlu pergi ke bank atau pejabat pos lagi.
Tapi mesti lah hampa p buka akaun dulu tauu. Anak 6 bulan ke atas tak silap kakkin dah boleh buka akaun tak silap min RM100 ja kot hampa bawa p mana mana cawangan ASB terdekat. Lepas tu minta dia ajar sekali macam mana nak daftar online tu.
Dah daftar semua tu kena downloads APPS ASNB. Cara simpan tu kakkin share gambar kat bawah ni.
Semoga bermanfaat jom saving simpanan masa hadapan. Jangan risau asb ni bila bila masa kita nak guna duit boleh ja bawa keluar tau.
Rugi hampa tak manfaatkan ASB nii dpt duit free free jaa. Skit skit pun takpa janji dapat free dari simpan bawah katil.
Contoh simpan 200k dalam masa setahun hampa akan dapat dividen (16RIBU / 9RIBU pernah dpt 16k taun lps dpt skit 9k 😂) DIVIDEN ni tak sama tau setiap tahun ikut rate dia.
Ada tahun tinggi ada tahun rendah. Tapi bagi kakkin tak rugi pun sebab duit kakkin tak luak pun tapi makin beranak walau skit. Simpan 50k pun dah dapat 2k 3k dah setahun. ok what?
Tengok la cara kat bawah senang ja macam shopping kat shoppe ja pun. Semoga bermanfaat.
Pertanyaan lanjut lebih tetap contact Amanah Saham Nasional Berhad.
Wajib download Apps ni dulu, barulah boleh online transfer.
Dah buka apps tu masuk password akan keluar macam ni. Hampa just click ja, kakkin anak ramai kan, tekan lihat semua pastu nanti pilih la nak tambah duit kat anak mana.
So kakkin bagi contoh tambah duit kat abang ngah. Click tambah pelaburan tu.
Minimum RM100 tau boleh masuk. Maximum berapa pun boleh tak silap kakkin. Kalau nak masuk 3k 4k ka just tulis terus dekst jumlah tu. Ikut la step kakkin tulis 1 sampai 4 tuu. Senang ja hampa.
Ni bank-bank tersedia banyak lagi bank bawah tu ikut la hampa nak transfer dari bank mana click jaa. Cth kakkin guna cimb click.
Contoh masuk RM100 kan lepas tu tekan sahkan bawah sekali tu.
Pastu masuk la macam biasa hampa dok shopping online tu. Nak shopping shoppe tu teringat nak saving p cepat cepat boleh berjimat kan.
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasan tak bila kita buka tv anak kecil cepat je pergi berdiri depan tu. Bila dilarang terus ke belakang tapi lepas tu mula lah ke depan sampai menghalang orang yang ada dibelakang.
Sebenarnya ada sebab disebalik tabiat anak ini menurut Pakar Psikologi, Dr Rozanizam Zakaria yang dikongsikan petuaibu.com
“Ha, masuklah dalam tv tu!” ayat wajib mak ayah. Ibubapa yang mana pula tak pernah naik angin sebab anaknya ‘block’ view mereka.
Mungkin ramai yang terkejut kalau saya katakan bahawa perilaku tersebut sebenarnya menunjukkan anak anda ‘normal’ secara psikologi. Anda patut bersyukur dan bukannya mengamuk.
Apa yang ramai tidak tahu ialah, sebenarnya perilaku tersebut ialah sebahagian daripada fenomena dipanggil ‘EGOCENTRISM’ menurut Piaget Cognitive Model.
Menurut Piaget (1896-1980), kanak-kanak memahami dunia sekeliling mengikut fasa-fasa yang bertahap. Pada usia kanak-kanak 2 hingga 7 tahun, fasa ini dipanggil PREOPERATIONAL.anak berdiri tengok TV, anak menonton TV, anak tengok TV lama, sebab anak tengok TV berdiri, jangan tengok TV lama
Egocentrism merupakan salah satu komponen pada fasa ini, dimana kanak-kanak merasakan mereka adalah ‘centre of the universe’.
Pandangan mereka terhad kepada pandangan peribadi dan tidak boleh modify pandangan tersebut berdasarkan pandangan orang lain. Hitam kata dia, hitamlah. Tak kira kita explain macam mana yang itu sebenarnya kelabu.
Pada pandangan kanak-kanak, ‘kalau saya nampak, orang lain mesti nampak juga!’ (Sebab tu saya duduk depan tv, saya mana tau saya block view mak ngan ayah!)
Egocentrism tidak sama dengan sifat ‘selfish’, ia hanya antara fasa pembentukan ‘personal view’. Ada banyak lagi fasa yang mereka lalui sebelum kognitif mereka matang sebelum dewasa.
‘Kalau biar, rabun mata nanti doktor..’
Posting ini bukan bermakna kita tidak boleh menegur. Cuma saya ambil specifically contoh anak berdiri di hadapan tv ini untuk membawa ibu bapa memahami bahawa ada perilaku anak-anak ialah petanda perkembangan emosi dan kognitif mereka.
Beza melihat anak berbuat sesuatu kerana ‘nakal’ dan berbuat sesuatu kerana sifat ‘semulajadi kanak-kanak’yang menjadi sebahagian dari perkembangan usia mereka.
Oleh itu, jangan sebarangan mengkritik, menghentam dan memarahi anak-anak. Tindakan kita dalam mendisiplinkan anak-anak MESTI sejajar dengan tahap perkembangan mereka.
Ini yang kita selalu silap. Terutama kalau ada anak lebih dari 2,3 orang. Kita hentam sama rata yang umur 3 tahun kena marah sebab yang sama dengan apa yang umur 7 tahun buat. Padahal tahap kematangan emosi, kognitif dan sosial mereka tidak sama.anak berdiri tengok TV, anak menonton TV, anak tengok TV lama, sebab anak tengok TV berdiri, jangan tengok TV lama
SEBAB ITULAH, Rasulullah menggariskan tarbiyyah anak-anak berdasarkan tahap umur. Umur 7 tahun suruh solat, 10 tahun baru rotan (Hadis Hasan, Riwayat Abu Daud). Begitu juga dalam hal mengasingkan tidur dan sebagainya.
Ada fasanya yang perlu difahami oleh ibu bapa. Banyak lagi perilaku anak-anak yang sebenarnya hanya mencerminkan tahap perkembangan mereka dan bukannya petanda ‘nakal’.
Sumber: Dr Rozanizam Zakaria
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak lelaki kita sebenarnya cukup istimewa. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang mempunyai anak lelaki ramai, teramatlah beruntung. Sama seperti anak perempuan, anak lelaki juga punya kelebihan.
Pun begitu dalam mendidik anak lelaki, janganlah dibezakan dengan anak perempuan. Didikan perlu sama rata supaya baik anak lelaki mahupun perempuan menerima didikan yang sama bila mereka besar kelak.
Menurut Dr Taufiq Razif, jangan tersalah mendidik anak lelaki. Biar anak lelaki kita kental dan kuat jiwanya untuk membesar kelak. Beberapa kesalahan kita dalam mendidik anak lelaki ini mak ayah perlu tahu. Elakkan!
5 kesalahan terbesar dalam mendidik anak lelaki
1. Ingat emosi anak lelaki lebih kuat daripada anak perempuan
Kajian menunjukkan otak bayi lelaki lebih terkesan dengan tekanan ibunya ( maternal depression) di dalam rahim dibandingkan bayi perempuan
2. Ingat kemas rumah dan kerja rumah bukan tugas anak lelaki
Anak lelaki atau perempuan dua duanya wajib dilatih untuk membuat kerja rumah sejak daripada kecil.
Anak yang disuapkan semuanya akan menjadi raja tetapi anak yang dilatih menjadi hamba akan menjadi manusia yang bertimbangrasa
3. Tak bagi anak lelaki menangis dan tunjuk emosinya sama sekali
” Eh awak kan anak lelaki. Mana boleh menangis! ”
Jangan tuan puan. Anak lelaki atau anak perempuan ada hak untuk ekspresikan emosi yang dirasakan. Jangan sampai emosi itu terpendam dan makan anak kita daripada dalam!
4. Letak harapan dan bebanan terlalu besar pada anak lelaki
Anak lelaki juga ada ‘limit’ nya. Walaupun mereka harapan keluarga mereka juga boleh ‘patah’ jika terlalu dibebankan dengan tanggungjawab yang keterlaluan.
5. Selalu berkasar dan terlalu berkeras dengan anak lelaki
Anak lelaki memang perlukan ‘playful aggression’ seperti bertinju dan bergomol dengan ayahnya sebagai salah satu cara untuk perkembangan emosi dan otaknya.
Cuma jika mak ayah terlalu berkasar dan keras seperti menengking, menjerkah dan mendisiplinkan dengan cara yang terlalu keras, anak lelaki pun boleh patah!
Ketahui kebenaran sebenar tentang diet ibu menyusu — adakah makanan pedas, kopi atau brokoli benar-benar menjejaskan bayi? Pakar pediatrik menjelaskan mitos, fakta dan panduan selamat untuk ibu yang ingin menyusu dengan yakin.