
Setiap ibu pasti teruja (dan sedikit risau) bila tiba masa nak ajar si manja beralih daripada pampers ke tandas. Fasa Potty training ini memang mencabar, tapi percayalah mama bila dilakukan dengan sabar dan kasih sayang, anak akan belajar dengan mudah dan yakin.
Proses Potty training bukan sekadar ajar anak “buang air” di tempat betul, tapi juga bantu mereka berdikari dan mengenali tubuh sendiri. Jom Pa&Ma kongsikan cara lembut dan berkesan untuk bantu si kecil melalui fasa penting ini.
Tak semua anak sama, mama. Ada yang cepat belajar pada usia 18 bulan, ada juga yang baru bersedia selepas umur 3 tahun dan itu okey sangat.
Apa yang penting, mama tengok dulu tanda-tanda kesiapan anak sebelum mula Potty training
:Kalau si manja dah tunjuk beberapa tanda ini, inilah masanya mama perlahan-lahan ajak dia kenal dunia potty dan tandas dengan penuh keseronokan.
Jangan terus paksa anak duduk ya, mama. Biarkan dia tengok, sentuh atau main-main dengan potty tu dulu. Kadang-kadang, anak perlukan masa untuk rasa selesa.
Tip Pa&Ma: Pilih potty yang comel atau warna kegemaran anak supaya dia rasa lebih seronok dan bermotivasi untuk teruskan Potty training.
Bina rutin tetap contohnya, ajak anak ke tandas selepas bangun tidur, selepas makan, dan sebelum tidur malam. Bila ada rutin, anak akan mula faham bila waktu sesuai nak ke tandas.
Tip Pa&Ma: Kalau anak tak berjaya kali pertama, jangan risau. Cuba lagi bila dia tenang. Yang penting, jangan marah.
Walaupun anak cuma duduk di potty tanpa hasil, tetap puji dia, mama. “Pandainya adik duduk potty!” atau “Good job sayang, mama bangga.”
Pujian kecil boleh naikkan semangat anak untuk cuba lagi dalam proses Potty training.
Kemalangan tu biasa, mama. Kadang-kadang anak terlalu leka bermain sampai terlupa. Kalau berlaku, jangan marah atau memalukan mereka. Sebaliknya, cakap lembut: “Tak apa sayang, nanti kita cuba lagi ya.”
Anak belajar lebih baik dalam suasana positif dan penuh kasih sayang.
Jangan mulakan bila anak baru masuk taska, baru dapat adik, atau tengah tak sihat. Waktu-waktu macam ini anak perlukan kestabilan emosi. Bila keadaan dah tenang, barulah mula perlahan-lahan.
| Cabaran | Solusi Pa&Ma |
|---|---|
| Anak Takut Duduk Potty | Cuba duduk sama-sama, baca buku kecil atau nyanyi lagu ceria. Bila suasana tenang, anak akan rasa lebih yakin. |
| Anak Masih Nak Buang Dalam Pampers | Kalau dia hanya nak buang air besar dalam pampers, biarkan dulu. Lama-lama bila dia dah biasa duduk potty, barulah dia akan berani. |
| Terlalu Banyak ‘Accident’ | Tak mengapa mama, itu tanda anak masih belajar. Ganti pampers dengan sabar, bersihkan dan terus beri galakan. |
Perjalanan dari pampers ke tandas mungkin ambil masa seminggu, sebulan atau lebih. Tapi setiap langkah kecil itu satu kejayaan besar untuk anak dan untuk mama juga.
Jadi jangan bandingkan anak mama dengan anak orang lain. Percayalah, bila tiba masanya, anak mama akan berjaya tanpa perlu tekanan. Yang penting, teruskan kasih sayang, pujian dan kesabaran dalam proses Potty training.
Ingat mama, bukan cepat atau lambat yang penting, tapi gembira dan yakin si manja dalam prosesnya. Setiap anak belajar dengan cara dan masa mereka sendiri.
Follow kami di semua platform untuk mendapatkan update terkini dan content-content video menarik di:
Facebook:
https://www.facebook.com/share/17QBmH14Bo/?mibextid=wwXIfr
Instagram:
https://www.instagram.com/majalahpama?igsh=MTcxeWdwMG96Y3p6bw==
Tiktok:
https://www.tiktok.com/@pama.my?_t=ZS-90P0HOD5DSa&_r=1
YouTube:
https://youtube.com/@pamaofficial?si=c7NxPEcctbZkDQxl