Siapa yang tak nak memiliki otak yang cerdas serta dapat berfikir dengan cepat dan tepat,kan? Semua orang mahu! Sebaik mungkin kita cuba untuk mendapatkan tip terbaik.
Dengan pelbagai jenis makanan yang dijual sekarang, tak dinafikan ia boleh mempengaruhi anak-anak. Ternyata ibu bapa kena ambil berat mengenai pemakanan sekarang. Kena bertegas dan jangan bersikap sambil lewa.
Elakkan makanan ringan, pewarna yang tinggi, makanan segera, makanan tinggi kandungan garam dan yang ada bahan pengawet. Semua kategori makanan ini dikatakan dapat menjimatkan masa penyediaannya tapi kesan di sebaliknya sangat tidak elok untuk anak-anak dan diri kita sendiri.
Makanan Baik Untuk Otak
Ads
Bagaimanapun, dalam hal ini ramai dalam kalangan kita tak tahu makanan atau zat yang baik untuk otak terutama dalam menjaga fungsi serta kecerdasan otak.
Dengan makanan sihat, otak akan jadi lebih mudah untuk merakam serta mengolah informasi yang terakam dalam memori, lalu kemudiannya mengaitkan informasi tersebut.
Ads
Berdasarkan perkongsian Dr Otak/Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar, ada 12 jenis makanan yang boleh powerkan otak dan baik untuk diamalkan seisi keluarga.
Antaranya adalah ikan, telur, blueberries, avocado, bayam, dark chocolate, kekacang, minyak kelapa, kunyit, pegaga, plain atau greek yogurt.
Ads
Bagaimanapun jangan terikat pada makanan ini sahaja tapi masih ada lagi sumber makanan lain yang boleh diamalkan dan akan dikongsikan lagi. Sekurang-kurangnya jika tak dapat buat semua bolehlah diamalkan separuh daripadanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila berusia 6 bulan, anak-anak sudah boleh diperkenalkan dengan makanan pejal selain susu ibu atau susu formula. Namun bila sampai satu fasa, anak-anak mula menolak untuk makan atau makan dalam kadar yang sedikit sahaja.
Sebagai ibu, pastinya keadaan ini agak membimbangkan. Maklum sahaja risau si kecil tidak mendapat cukup nutrisi untuk tumbesaran mereka. Bagi ibu yang mempunyai masalah sebegini, pakar pemakanan, Fizah Sobrimenerangkan apa yang mungkin di alami oleh si kecil anda menerusi perkongsiannya di Facebook.
Soalan dari mommies
Puan Dietitian, anak saya umur 10 bulan, masa awal dulu saya suap apa je takde masalah semua makan, tapi sejak akhir ni selalu menolak..saya dah cuba tukar tekstur ada la dia makan lebih sikit tapi lepaatu taknak makan semula..macam mana saya nak anak saya makan banyak balik? Jawapan saya
1. Anak tengah tumbuh gigi kah?
Kalau tengah tumbuh gigi biasa untuk mereka taknak makanan biasa, tapi lebih ke arah makanan seperti finger foods yang boleh gigit gigit, atau makanan sejuk yang bantu dengan gatal gusi macam buah sejuk, kiub ais susu ibu dan lain lain.
Bagi baby masa…sementara tu boleh masukkan makanan yang saya sebutkan tadi dalam menu
2. Boleh cuba baby makan sendiri (baby led weaning)
Mungkin baby mula kurang minat terhadap makanan… Baby belajar melalui main
Dan jika anda tak bagi baby main baby akan bosan
Untuk menarik semula minat anak kepada makanan kita perlu bagi peluang anak ‘main’ masa makan.
Bukan main main buat rumah ke, main kejar kejar masa makan tapi bagi mereka explore makanan.
Makanan ada pelbagai tekstur, warna, rupa dan semua ini boleh kembangkan sensori anak dan tarik minat anak semula kepada makanan Caranya?
Mulakan teknik baby led weaning Traditional led weaning (tlw) vs
Baby led weaning (blw)
Mana method yang lagi baik waktu perkenalkan makanan pelengkap ke baby mommies?
Apa tu Traditional led weaning? Mommies sediakan makanan, mommies yang akan suap makanan ke anak dan akan berdasarkan clue dari anak samada anak kenyang, anak minat makanan tersebut atau anak tak suka
Traditional led weaning
Pros
– Lebih banyak anak yang makan dari lantai
– mommies boleh identify bila nak transition tekstur makanan
– risiko cekik (choking) rendah
– boleh kawal kuantiti makanan yang diambik oleh baby Cons TLW
– Anak boleh kurang minat kepada makanan sebab focus main adalah kepada lain..lebih lebih lagi jika waktu makan diiringi oleh gadget
– kurang peluang anak untuk mengembangkan motor skills
– sukar untuk mommies identify apakah makanan yang anak suka..perlu masak, beri dan trial and error baru boleh mengenalpasti makanan kesukaan
Apa pula Baby led weaning?
Mommies sediakan makanan tetapi hidang makanan tersebut ke anak
Anak yang makan sendiri, anak yang berhenti dari makan sendiri, anak main dengan makanan
Baby led weaning (BLW)
Pros BLW
– Anak belajar skill baru (focus,angkat makanan dan menyuap ke mulut)
– Anak makin minat waktu makan..sebab eating time is play time
– Senang untuk mengenal pasti makanan apa yang anak anda suka
Cons
– Lebih banyak lantai yang makan dari anak yang makan (antara umur 6-12bulan)
– jika fully BLW adalah lebih tinggi keberangkalian anak mendapat kurang dari keperluan sebab focus adalah main bukan makan
– risiko cekik (choking) adalah tinggi jika tidak memantau dengan baik
Kedua dua cara adalah berkesan untuk beri anak makan Yang penting 1. Mommies perlu mengawasi anak setiap kali waktu makan 2. Sediakan makanan yang lengkap dengan 3 komponen utama (carbohydrate, protein dan serat) walaupun amalkan TLW / BLW 3. Wujudkan kepelbagaian setiap hari (Kalau setiap hari bubur aje..walaupun BLW anak tetap akan bosan) Mommies kenal anak anda bagaimana…ada waktu TLW boleh ada waktu BLW boleh..ikut keadaan dan ikut kepada anak mommies ye..your the boss..hehehe
Harap membantu
Sekian
Dietitian Fizah Sobri
Ini adalah anak sulung ku dan anak bongsu ku sedang mengamalkan BLW..hmmmm ko rasa ke mana pergi makanan tu..
Anak yang sedang membesar dan masih bersekolah memerlukan makanan yang sihat untuk membantunya mengingati banyak perkara ketika belajar. Bantulah anak kecil kita dengan memberikan makanan yang sihat dan baik.
Sebagai panduan ibu dan ayah, tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah. Jom ikuti perkongsian Pn Hanis Athirah Rusli.
Pastikan 7 makanan ni sentiasa ada di rumah. Sentiasa diberi pada anak sebagai makanan harian.
Penting untuk otak anak, mudah fokus dan tajam ingatan.
1. Kurma
Mengandungi vitamin B6 yang penting untuk metabolisme otak, meningkatkan neurotransmiter yang berhubungan dengan konsentrasi dan fokus.
2. Kismis
Dalam kismis ada kandungan serat dan antioksidan yang juga membantu menjaga kesihatan otak dan memberikan kesan positif pada fokus tumpuan anak.
3. Air nabeez
Air nabeez ni merupakan air dibuat dengan rendaman kurma. Air ini memiliki manfaat yang sama dengan kurma itu sendiri iaitu memiliki kandungan nutrisi yang baik untuk otak dan menjaga konsentrasi.
4. Madu
Madu membantu memberikan tenaga yang seimbang dan mencegah keletihan yang boleh mengganggu fokus.
5. Habbatussauda’
Dalam habatussauda ni terkandung asam lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan dan kesihatan otak.
6. Minyak zaitun
Minyak zaitun memberikan nutrisi yang cukup kepada otak, memperbaiki konsentrasi dan kemampuan mental anak.
7. Kekacang
Kekacang seperti almond mengandungi lemak omega-3 dan vitamin E yang berguna untuk meningkatkan konsentrasi dan daya ingatan anak terhadap yang mereka pelajari.
Boleh cuba ya. InsyaAllah hasilnya luar biasa, bila amalkan makanan macam ni.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Ibu dengan bayi usia 8 bulan pasti ternanti-nantikan perkembangan bayi. Oleh itu, untuk pastikan bayi sihat, ibu tentu mahu bereksperimentasi dengan jenis, tekstur dan juga bentuk makanan baru untuk anak.
Jika anda ingin mendapatkan idea baru untuk makanan bayi, cuba baca artikel ini. Kami pasti ia dapat membantu anda dalam menyediakan makanan yang berkhasiat untuk si manja!
Bayi 8 bulan, usia terbaik untuk tambah bilangan makanan pejal
Melihat anak membesar merupakan satu perkara yang amat mengujakan buat ibu dan bapa.
Ketika anak menginjak ke umur 8 bulan, anak anda mungkin sedang cuba untuk buat semua benda dengan kaki dan tangan kecil milik mereka.
Bayi yang berumur 8 bulan mempunyai rasa ingin tahu yang menebal. Mereka akan mula mengembara sekeliling rumah kerana sudah lebih peka dengan keadaan persekitaran mereka.
Mereka juga sudah pandai melakukan pincer grasp – satu gerakan di mana anak anda akan menggunakan hujung jari telunjuk dan ibu jari sebagai ‘penyepit’ untuk mengambil makanan.
Berdasarkan kesemua perkembangan ini, anak anda kini sudah bersedia untuk makanan pejal!
Kajian juga ada menyatakan bahawa bayi yang mula makan makanan pejal semenjak berusia 6 bulan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat alergi ataupun asma.
Namun, sebagai ibu, anda perlu tahu bila anak anda sudah bersedia untuk makan makanan pejal.
Cuba periksa, adakah anak anda sudah boleh:
Angkat kepala sendiri?
Buka mulut ketika nampak makanan?
Makan makanan dari sudu dan masukkan ke dalam mulut?
Jika anak anda boleh melakukan semua di atas, anda sudah boleh beri bayi makan makanan pejal dengan selamat.
Makanan apa yang boleh diberi kepada bayi 8 bulan?
Pada usia ini, anak anda akan perlukan sebanyak 750 ke 900 kalori sehari. Namun, 400 hingga 500 kalori akan datang daripada susu ibu (lebih kurang 720 ml sehari).
Inilah masa yang paling sesuai untuk anda kenalkan makanan yang sihat kepada anak anda.
Anda boleh beri mereka makanan yang kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin dan mineral untuk membantu anak membesar dengan lebih sihat.
Selain itu, anda perlu ingat bahawa makanan bayi 8 bulan tidak perlu lumat atau hancur seperti makanan separa pejal sebelum ini.
Cuba rancang menu untuk anak anda menggunakan makanan berikut:
1. Buah buahan
Buah-buahan segar mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran anak.
Namun, daripada melenyek buah-buahan hingga hancur, cuba potong dalam bentuk kiub dan masak untuk lembutkan buah tersebut.
2. Sayur-sayuran
Sama seperti buah-buahan, sayur-sayuran juga boleh diberikan kepada bayi dalam kepingan kecil.
Jika anda ingin lembutkan lagi sayur tersebut, anda boleh cuba stim sayur sebelum beri kepada bayi.
3. Ikan
Ikan seperti ikan salmon dan tuna kaya dengan asid lemak omega 3 yang penting untuk perkembangan otak bayi.
4. Produk tenusu
Pasti anak anda akan rasa gembira setelah diperkenalkan dengan produk tenusu seperti keju dan yogurt.
Kedua-dua makanan ini mempunyai kalsium yang tinggi yang boleh membantu tumbesaran bayi.
5. Protein
Anda juga boleh beri anak anda makan makanan kaya dengan protein seperti ayam, ikan, telur, dan kekacang.
Masak dan buat puri atau potong kepada bahagian lebih kecil untuk mudahkan anak makan.
Beri anak anda makan finger food!
Finger food ialah makanan yang anda boleh makan tanpa menggunakan pisau, garpu, ataupun sudu. Selalunya, finger food boleh dimakan terus dengan tangan.
Disebabkan bayi sudah mula melakukan pincer grasp, cuba beri mereka makan finger food untuk merangsang fungsi motor mereka.
Antara makanan yang sesuai termasuklah pisang, roti bakar, pasta dan bijirin.
Selain itu, elakkan beri bayi makanan yang boleh meyebabkan bayi tercekik seperti hot dog, lobak merah yang tidak dimasak, buah anggur, blueberry atau kismis.
Walau bagaimanapun, ingat ya. Jangan sesekali tinggalkan anak seorang diri ketika makan walaupun anda pasti makanan telahpun dipotong sampai halus.
Tip untuk makanan bayi 8 bulan
1. Jangan tambah gula atau garam dalam makanan bayi 8 bulan
Buat masa ini, elakkan daripada tambah garam atau gula dalam makanan bayi. Garam dan gula boleh buatkan buah pinggang bayi stres.
2. Berikan sedikit tekstur pada makanan
Bayi lebih mudah untuk menyesuaikan diri kepada makanan pejal jika anda tidak memberikan makanan yang hancur kepada si manja.
Berikan sedikit tekstur pada makanan dan tinggalkan cebisan-cebisan yang sedikit besar untuk bayi.
3. Jangan lupa beri susu ibu
Bayi banyak bergantung kepada susu ibu ketika umur mereka bawah 1 tahun. Oleh itu, jangan lupa beri bayi minum susu ibu untuk cukupkan kalori seharian mereka.
4. Elakkan guna susu lembu
Susu lembu tidak mempunyai nutrisi yang sesuai untuk bayi bawah 1 tahun. Jika anda mahu beri anak anda minum susu lembu, tunggu sehingga mereka berumur 1 tahun ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.