Siapa yang tak nak memiliki otak yang cerdas serta dapat berfikir dengan cepat dan tepat,kan? Semua orang mahu! Sebaik mungkin kita cuba untuk mendapatkan tip terbaik.
Dengan pelbagai jenis makanan yang dijual sekarang, tak dinafikan ia boleh mempengaruhi anak-anak. Ternyata ibu bapa kena ambil berat mengenai pemakanan sekarang. Kena bertegas dan jangan bersikap sambil lewa.
Elakkan makanan ringan, pewarna yang tinggi, makanan segera, makanan tinggi kandungan garam dan yang ada bahan pengawet. Semua kategori makanan ini dikatakan dapat menjimatkan masa penyediaannya tapi kesan di sebaliknya sangat tidak elok untuk anak-anak dan diri kita sendiri.
Makanan Baik Untuk Otak
Bagaimanapun, dalam hal ini ramai dalam kalangan kita tak tahu makanan atau zat yang baik untuk otak terutama dalam menjaga fungsi serta kecerdasan otak.
Dengan makanan sihat, otak akan jadi lebih mudah untuk merakam serta mengolah informasi yang terakam dalam memori, lalu kemudiannya mengaitkan informasi tersebut.
Berdasarkan perkongsian Dr Otak/Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar, ada 12 jenis makanan yang boleh powerkan otak dan baik untuk diamalkan seisi keluarga.
Antaranya adalah ikan, telur, blueberries, avocado, bayam, dark chocolate, kekacang, minyak kelapa, kunyit, pegaga, plain atau greek yogurt.
Bagaimanapun jangan terikat pada makanan ini sahaja tapi masih ada lagi sumber makanan lain yang boleh diamalkan dan akan dikongsikan lagi. Sekurang-kurangnya jika tak dapat buat semua bolehlah diamalkan separuh daripadanya.
Sumber: DrRizal Abu Bakar
#DrOtak
#Neuroversiti
#UnleashYourBrainPower
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)