Bukan kita saja, anak-anak kecil kita pun cukup sukakan mee kari. Kuah kari berlemak dengan sambal padu ala chinese style ini pasti buat anak-anak makan bertambah.

Hari Raya yang tinggal beberapa hari saja lagi, apa kata kita sediakan hidangan mee kari untuk anak-anak dan suami. Pasti tak cukup sepinggan dengan resipi perkongsian Cik Puan Julieta. 

Powernya Resipi Mee Kari Chinese Style Ni, Tambah Sambal Rasa Lagi Padu, Confirm Bertambah!


Anak bujang saya ni memang suka Mee Kari. Alhamdulillah rezeki. Saya sertakan sekali resepi.

Mee Kari Chinese Style

Bahan-bahan:
1 bungkus mee – celur
2 biji bwg besar – kisar
3 ulas bwg putih – kisar
2 biji bawang merah – kisar
2 batang serai – diketuk
2 bungkus kecil serbuk kari daging saya guna rempah cap O sedap.
1 mangkuk kecil cili kisar
l/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk besar santan fresh
Tauhu kering
Fish cake / Fish Ball
Hiasan
Telur rebus
Taugeh – celur
Sawi – celur
Sambal
Limau Nipis.
Kacang Panjang celur

Ads

Powernya Resipi Mee Kari Chinese Style Ni, Tambah Sambal Rasa Lagi Padu, Confirm Bertambah!

Sambal:-
Segengam cili kering kemudian rebus sekejap, bila dah masak @ kembang, blend bersama 1 biji bwg besar kemudian tumis sampai pecah minyak, taruh garam dan secubit gula.

Cara penyediaan kuah kari :-
Panaskan periuk, letak minyak dan goreng serai sebentar. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga wangi. Bila dah wangi agak keperangan, masukkan rempah kari yang telah di campur 1 mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak.

Ads

Powernya Resipi Mee Kari Chinese Style Ni, Tambah Sambal Rasa Lagi Padu, Confirm Bertambah!

Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak pastu masukkan santan. (Sukatan santan agak-agak jer, ikut selera nak kuah pekat atau cair) kju tadi taruh santan pekat fresh lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping.

Powernya Resipi Mee Kari Chinese Style Ni, Tambah Sambal Rasa Lagi Padu, Confirm Bertambah!

Ads

Biar kuah mendidih. Perasakan garam dan gula untuk seimbangkan rasa. Kalau hampa makan ajinomoto masukkan sekali. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu kering, okey dah siap…bismillah!

Menarik: Mee Celup Ala Thai, Perfect Aromanya, Membuka Selera, Makan Tak Cukup Sepinggan

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI