Lempeng antara resipi yang paling mudah disediakan malah paling praktikal untuk dibawa ketika travel. Ia mengenyangkan malah mendidik anak untuk makan sendiri. Selain lempeng pisang dan lempeng kelapa yang cukup popular, variasikan pelbagai aneka lempeng untuk menarik perhatian anak untuk makan.
Gunakan pelbagai jenis buah dan sayuran yang menarik agar anak makan lebih berselera. Aneka lempeng yang disediakan oleh ibu ini, Puan Norlaila Mohd Yusof boleh dicuba. Macam-macam jenis lempeng termasuk dragonfruits, oat dan kurma. Sedap.
Anak saya, Irfan suka sangat makan lempeng masa sarapan. Ibu pun rasa lempeng makanan paling senang nak buat dan mengenyangkan. Dan paling senang nak bawa bekal kalau ibu dan ayah keluar sarapan kat kedai.
Antara yang saya dah buat:
Lempeng dragonfruit
Lempeng avocado + kurma
Lempeng oat + kurma
Lempeng pisang
Lempeng oat + kismis
Nanti ibu nak cuba lempeng lain pulak. Lempeng labu, lempeng betik, lempeng keledek. Hidup lempeng!
Resepi:
Buah-buah lenyek dulu (macam kurma dan kismis saya rendam air panas dulu bagi lembut. Lepas tu lenyek).
Kalau nak tambah oat, rendam dulu oat. Terus campur bersama 1-2 sudu tepung gandum (unbleached).
Boleh campur air/susu full cream untuk cairkan adunan supaya senang melempeng. Susu full cream untuk baby 8 bulan ke atas.
Masak atas non stick pan. Sapu unsalted butter dulu sebelum tu. Wangi je bau.
Selamat mencuba.