“Praktis Teknik Pernafasan Kurangkan Kesakitan Bersalin” Ustazah Fatimah Syarha Kongsi Amalan Mudahkan Bersalin

Share

Selepas genap sembilan bulan kehamilan, proses melahirkan bayi antara detik yang paling digeruni oleh ibu hamil. Macam-macam cerita pengalaman orang lain bersalin memberikan sedikit gambaran bagaimana proses melahirkan anak akan berlaku.

Namun tak dinafikan sedikit sebanyak cerita pengalaman orang lain itu ada yang menakutkan sesetengah ibu walaupun sudah diketahui setiap ibu akan melalui pengalaman berbeza-beza.

Selain daripada mendengar pengalaman orang lain, ada juga yang menuntut ilmu persediaan melahirkan bayi daripada doktor dan jururawat melalui kelas antenatal dianjurkan hospital.

Biasanya bakal ibu akan diajar teknik pernafasan yang betul bagi membantu memudahkan proses melahirkan bayi.

Bagi yang bakal bersalin tak lama lagi, mungkin boleh juga mempraktiskan apa yang dikongsi oleh Ustazah Fatimah Syarha, penceramah dan penulis buku motivasi yang baharu melahirkan anak keenamnya pada 9 April lalu.

Ustazah Fatimah telah berkongsi di Instagramnya amalan melalui proses bersalin yang mudah dengan izin Allah SWT.

Teknik Pernafasan Kurangkan Kesakitan Bersalin

 “Dr, bagus teknik pernafasannya,” kata doktor pakar pada suami saya.

“Alhamdulillah, dia study kuat pasal tu,” balas suami saya.

Walaupun saya masih lemah nak berkongsi, namun saya risau andai ada ibu-ibu yang nak masuk labour room tapi tak sempat prepare ilmu teknik pernafasan ni dulu. Boleh google. Misalnya di sini: https://www.youtube.com/watch?v=bYw5v6smUIE

Sementara pengalaman di ‘labour room’ masih segar, ada 1 ilmu penting juga saya nak kongsi bila di labour room:

1. Tukar dalam minda perkataan contraction kepada ‘bantuan Allah’.

Masa contraction berlaku, fokus dalam minda, “Alhamdulillah, tq Allah yang pengasih penyayang.”
Fokus, “ini nikmat bantuan Allah. Allah sedang tolong bukaan rahim. Baby akan segera keluar. Senyum. Sebut Alhamdulillah lagi.”

2. Dunia luar berusaha, dunia dalam bergantung pada Allah sepenuhnya.

Kita memang perlu berusaha sejak SEBELUM bersalin lagi, lengkapkan ruh, jasad, mental dan emosi. (Saya banyak kongsi dalam buku saya #berjuangurusemosi)

Namun, bila kita SEDANG berada di labour room, jangan guna banyak sangat strategi kritik diri dan menyesal kerana kita mungkin KURANG siapkan semua tu.

Bimbang, emosi sedih menguasai. Fokus, Hasbunallah wanikmal wakeel.

Dunia luar memang kita perlu berusaha, namun dunia dalam, kita optimis bertawakkal dengan Allah sepenuhnya, bukan dengan usaha kita sedikitpun.

Allah boleh bantu kita dengan kun fayakun. Senyumlah atas nikmat ada bantuan Allah! Allah pasti tunaikan apa jua bentuk baik sangka kita padaNya. Yakin!

3. Praktis teknis pernafasan yang betul saaaangat membantu MENGURANGKAN (bukan menghilangkan) kesakitan yang very powerful tu. InsyAllah.

Selamat berjuang semua bakal ibu. Ingat Allah selalu sayang

Penulis buku motivasi Berjuang Urus Emosi ini turut bersyukur kerana dengan izin-Nya proses melahirkan anak berlaku secara normal tanpa induce, tidak digunting, tidak dijahit dan tanpa mengambil sebarang ubat tahan sakit.

Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN 

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di toko.ideaktiv.com

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Published by
Hasnita Sawal