Setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac lalu, akhirnya kerajaan membenarkan prasekolah dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun operasi mereka tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Kita sudah bersetuju dengan SOP yang dibentangkan mengenai cadangan pembukaan prasekolah dan tadika.
“SOP termasuk sewaktu pelajar datang dan pulang, mengenai cara mereka bermain dalam TADIKA, waktu makan semua lengkap, namun perincian SOP akan diumumkan Kementerian Pendidikan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini.
Ismail Sabri berkata, pembukaan keseluruhan prasekolah dan TADIKA itu membabitkan 6,216 prasekolah di bawah kendalian Kementerian Pendidikan serta 7,887 swasta.
“TADIKA di bawah Kementerian Perpaduan Negara pula sebanyak 1,781 sementara di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar 8,530,” katanya.
INFO TAMBAHAN
Persediaan Awal Untuk Anak-Anak
Antara persediaan awal yang ibu ayah perlu mula buat adalah:
Bercerita dan praktis (role play) :
✅Social distancing, apa dan bagaimana, kenapa perlu dan sebagainya.
✅Basuh tangan dengan sabun mengikut cara yang betul. Boleh ajar anak-anak basuh sabun setiap kali lepas makan atau main.
✅Cara bersin/batuk yang betul.
Perkara ini adalah #newnorm yang sangat memerlukan latihan yang berterusan. Jadi sangat digalakkan ibu ayah bantu siapkan anak-anak sebelum dihantar ke tadika nanti.
Antara keperluan yang mungkin perlu ada daripada sekarang:
✅Kids mask
✅Face sheild (tak wajib, tapi kalau ada, bagus)
✅Mini Hand Sanitizer
Insya-Allah kita sama-sama tunggu SOP rasmi daripada KPM nanti ya!
Sumber: Berita Harian
https://www.youtube.com/watch?v=I_Njtzm8d54
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kena Ruam Lampin, Bayi Jadi Tak Selesa. Jaga Kulitnya Elok-Elok Dengan Cara Ini!
Ada masanya si manja yang memakai lampin pasti akan mengalami ruam lampin terutamanya jika dipakai dalam tempoh masa yang lama. Untuk menjaga kesihatan kulit si manja, mama papa harus menitikberatkan kawasan lampin kerana bahagian ini mudah mengalami kerengsaan atau ruam.
Ia akan menyebabkan bayi merasa tak selesa dan merengek kerana ada masanya ruam lampin boleh menjadi teruk sehingga kulit melecet dan terluka. Sedih bila tengok anak merengek kerana rasa tak selesa apabila ruam lampin ini menyebabkan kegatalan atau rasa pedih.
Untuk memastikan kawasan lampin tidak terjadi ruam atau melecet, mama papa boleh lakukan beberapa cara ini:
- Pakaikan Seluar Yang Tipis & Tak Merengsakan
Fabrik yang terlalu tebal atau kesat jika dipakai terutamanya pada kawasan lampin akan menyebabkan si manja kerap berpeluh. Bagi memastikan anak rasa selesa, gunalah seluar tipis yang membolehkan aliran udara dan mengelak peluh terperap pada kawasan lampin. Apabila keadaan ini berterusan, ia akan menggalakkan terjadinya ruam lampin. Lebih teruk, mungkin sehingga si manja mendapat jangkitan kuman!
- Mandikan Anak
Basuh badan anak dan kawasan lampin dengan air bersih secara kerap. Tidak perlulah gunakan produk mandian secara berlebihan atau pilihlah yang diperbuat dari bahan organik supaya lebih selamat untuk kulit si manja. Pastikan selepas memandikan anak atau mencuci kawasan lampin anak, ia dilap kering. Apabila kawasan lampin tidak dilap kering dan kemudian dipakaikan lampin, inilah yang menyebabkan ruam lampin.
- Disiplin Amalkan Rutin Penjagaan Kulit
Nak jaga kulit si manja bukanlah sekadar dimandikan sahaja. Mama papa perlu disiplin dan konsisten mengamalkan rutin penjagaan kulit bermula daripada waktu mandi, pemilihan produk mandian sehinggalah selepas selesai mandi.
Salah satu step by step untuk pastikan kesihatan kulit anak pada kawasan lampin, gunalah krim yang sesuai supaya kulitnya dilindungi dan tidak berlaku ruam.
Kalau mama papa sedang mencari-cari krim lampin yang terbaik untuk si manja, cubalah Cetaphil Baby Diaper Cream dengan Organic Calendula! Ia telah mendapat kelulusan klinikal dan ahli dermatologi serta telah diuji pada kulit bayi yang lembut.
Bagusnya krim lampin ini kerana ia mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti organic calendula yang diformulasikan sesuai untuk melembutkan dan melegakan kulit si manja. Selain itu, ia juga tidak mempunyai haruman, tidak menyebabkan iritasi serta bebas paraben. Paling best, Cetaphil Baby Diaper Cream dengan Organic Calendula sangat mudah digunakan!
Olesan Cetaphil Baby Diaper Cream dengan Organic Calendula pada kulit si manja akan memberi kelembutan serta melindungi kulit pada kawasan lampin dan punggungnya dari kebasahan yang menyebabkan ruam lampin. Krim lampin dari jenama yang diyakini ini diperbuat daripada ekstrak calendula organik yang memberi kelegaan pada kulit juga zinc oxide, vitamin B5 dan vitamin E.
Jangan tunggu lagi, mama papa kena dapatkan segera Cetaphil Baby Diaper Cream dengan Organic Calendula kerana ia memberi 5 perlindungan ini:
*Lembut
*Melegakan
*Hipoalergenik
*’Mengunci’ kelembapan kulit
*Melindungi kulit
Dengan 3 langkah mudah ini, mama papa dapat beri perlindungan dari kepala hingga kaki si manja!
Langkah 1: Bersihkan kulit si manja dengan lembut menggunakan Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo.
Langkah 2: Kulit si manja lebih lembut dan dilindungi dengan Cetaphil Baby Daily Lotion yang diperkaya dengan shea butter.
Langkah 3: Gunakan Cetaphil Baby Diaper Cream dengan Organic Calendula pada kawasan lampin si manja dengan kerap (setiap kali menukar lampin)
Untuk info lanjut tentang produk ini, layari; https://completecarewithcetaphil.com/diapercream
Produk ini boleh didapati di Shopee (Klik Disini)
#CetaphilBaby #5FoldBabyProtection #HealthyStartBabySkinDeserves #CetaphilBabyDiaperCream
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiba-Tiba Dia Dah Besar, Saya Rindu.” Gugur Air Mata Wany Hasrita ‘Throwback’ Momen Aishah Masa Baby
Penyanyi cantik, Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah atau mesra disapa sebagai Wany Hasrita mungkin jarang berkongsi tentang kehidupannya sebagai seorang ibu. Namun, kekuatan semangatnya mengharungi fasa berpantang dan membesarkan anak sendiri kerana terpaksa berjauhan dengan suami menjadi salah satu faktor dirinya dipilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Award 2024 – Best Mama Millennial yang diserikan oleh susu kambing Karihome.
Anak perempuan Wany yang diberi nama Aishah Al Iman kini sudah pun berusia satu tahun lebih dan membesar dalam persekitaran yang harmoni dan dipenuhi kasih sayang. Ketika ditanyakan tentang pengajaran yang dia dapat sejak bergelar ibu, Wany memberitahu banyak perkara yang dipelajari hari demi hari.
“Pengajaran yang paling besar ya? Secara spesifik, saya tak ingat sebab setiap hari saya akan belajar benda baru. Hari-hari belajar sebab akan ada pe’el baru anak saya tu tapi yang paling saya take note adalah jadual masa.
Kita kena adjust masa dan syukurlah bekerja dalam bidang seni ni saya dapat atur masa sendiri, ada kelonggaran. Jadi saya ada masa yang fleksibel untuk bersama anak.”
Raut Wajah Yang Seiras
Semasa ditanyakan tentang persamaan yang boleh dilihat pada Aishah dengan dirinya, Wany memberitahu mungkin dari segi raut wajah mereka berdua. Kata pelantun lagu Cinta Hatiku ini lagi, hal ini turut diakui oleh ibunya, Norita Jaafar kerana setiap kali melihat Wany bermain atau duduk berhampiran dengan Aishah, dia akan mengatakan yang wajah mereka saling tak tumpah.
“Itu menurut ibu saya lah, tapi kalau orang luar kata mereka anak saya lebih banyak mengikut raut wajah suami saya. Ada dua pendapat yang berbeza di situ tapi kalau tanya tentang perangai, dia seorang yang kalau nakkan sesuatu tu, dia nak juga.
Kalau tak dapat, mulalah dia akan keluarkan high pitch dia, Bila dia geram, dia akan mula keluarkan high pitch tu. Jadi sekarang saya tengah belajar nak tenangkan dia.”
Tambah Wany lagi, antara hal yang dia pelajari sebagai ibu adalah bagaimana untuk berkomunikasi dan menjaga tutur kata di hadapan anak kerana mereka sangat mudah ‘menyerap’ apa saja yang dilihat atau didengari. Wany turut mengatakan jika ibu ayah bercakap dengan nada rendah, anak-anak pun akan menjadi tenang.
“Saya sangat amazed, kanak-kanak cepat tangkap. Macam span, serap semua benda. Saya akui hal itu.”
Tidak Letakkan Sebarang Harapan Pada Orang
Apabila diminta untuk mengulas tentang peranan suami dan orang sekeliling tentang bantuan atau semangat untuk menjadi ibu baharu, Wany mengatakan dia melangkah ke dunia keibubapaan tanpa sebarang jangkaan.
“Saya cakap pada diri saya untuk tidak berharap pada manusia sama ada ibu atau suami saya. In the end of the day, ini adalah anak kita dan kitalah yang kena jaga. Kalau ada yang membantu, itu bonus.
Saya ada seorang kenalan yang berdepan dengan post partum depression kerana meletakkan harapan pada orang lain yang dirinya akan dibantu orang lain tapi end up dia terpaksa uruskan sendiri dan memberi impak kepadanya.
Jadi, saya katakan pada diri sendiri untuk tidak meletakkan expectation pada orang lain terutamanya ibu saya. Kali terakhir dia uruskan anak kecil adalah waktu saya dulu yang mana sekarang saya dah pun berusia 31 tahun jadi saya tak boleh harapkan ibu untuk jaga anak saya.”
Kata Wany lagi, pada ketika dirinya tidak meletakkan sebarang harapan tapi dibantu oleh ibu dan suaminya, dia merasa sangat bersyukur dan berterima kasih di atas keprihatinan mereka.
“Bercakap tentang sokongan dari suami, sekecil-kecil dia berterima kasih kerana saya menjaga anak pun sudah memdai buat saya tapi dah tentulah dia membantu lebih dari itu. Ibu saya pula, memang banyak membantu sepanjang saya membesarkan Aishah.”
Rasa Bersalah Keluar Outstation
Pernah ke Wany rasa bersalah pada anak? Menurut isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun ini, ketika pertama kali terpaksa bekerja di luar kawasan di Pulau Pinang, dia ada rasa bersalah. Namun, kini dia tidak terlalu memikirkan dan tidak merasa bersalah sekiranya keluar bekerja.
“Bila keluar bekerja, umpama me time untuk saya. Pada pendapat saya sendiri, me time itu perlu untuk saya. Ketika saya keluar bekerja adalah waktunya saya memberi ruang kepada diri sendiri. Mom guilt tu tak ada dah, awal-awal hari tu saja saya rasa bersalah.
Bila kita dah biasa bekerja, takkan ada rasa bersalah tapi tidaklah ambil kesempatan sampai bercuti atau tinggalkan anak lama-lama. Yang tu tak patutlah pada saya, kita kena berpada-pada.”
Gugur Air Mata Seorang Ibu
Ketika menonton video throwback sepanjang Aishah Al Iman membesar, ternyata Wany tidak dapat menahan air matanya. mengakui masa cepat berlalu, dia berharap untuk meluangkan lebih masa dengan anak perempuannya itu.
“Saya tak nak ubah apa-apa tapi kalau dapat saya nak luangkan lebih banyak masa dengan dia sebab tiba-tiba dia dah besar. Masa tu sangat cepat berjalan, tiba-tiba dia dah ‘masam’. Saya sangat rindukan masa dia baru lahir, ketika usianya satu dan dua bulan.
Sekarang pun saya sentiasa rindukan dia, tetapi masa memang cepat berjalan. Kalau boleh masa diundurkan, saya nak luangkan masa bermain dengan dia terutamanya waktu dia tengah belajar nak pusingkan badan. Masa mata dia terkebil-kebil tengok siling, tak tahu nak buat apa. Saya rindu masa tu.”
Impian Wany terhadap Aishah Al Iman hanyalah mahukan yang baik-baik saja buat cinta hatinya itu. Wany turut mendoakan yang terbaik untuk anaknya dan berharap Aishah dapat melalui semua cabaran dalam hidup dengan semangat yang kuat.
“Impian saya, nak yang baik-baik jelah untuk dia. Saya tahu dia akan lalui banyak benda nak membesar ni. Sekolah cabarannya lain, di universiti cabarannya lain. Bercinta dan berkahwin pun cabarannya lain. Itu semua sebagai manusia kena tempuh semua itu, saya cuma harapkan dia kuat dan keras luar dan dalam.
Awak adalah anugerah terindah dalam hidup Ibu dan Ibu belajar banyak benda melalui awak. Jaga Ibu dan selalulah buat baik dengan orang sekeliling.”
Tonton video Wany Hasrita di sini:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Dengar Kata, Suami Makin Romantik. Waktu Memasak, ‘Baca-Baca’ Sikit
Selain rasa masakan yang sedap, salah satu tip untuk menjadikan makanan yang kita sediakan untuk anak-anak haruslah berkat. Bermula dengan bahan mentah yang dibeli oleh si ayah sehinggalah ketika proses ibu memasaknya. Rahsia air tangan ibu selain kepakaran menyediakan hidangan yang enak adalah amalan yang dibuatnya semasa di dapur.
Semasa ibu memasak, ibu boleh memohon kepada Tuhan segala apa yang dihajati melalui masakan yang akan dihidangkan kepada suami dan anak-anak. Inilah masa yang sesuai untuk membacakan doa dan zikir pada masakan.
Malah pesanan mak-mak kita dulu katanya, ‘air tangan ibu sangat berkuasa untuk mengikat kasih sayang anak-anak dan juga suami. Oleh, jika anak isteri yang bekerjaya dan sibuk , ibu-ibu tetap kena curi masa memasak untuk ahli keluarga.
Menyedari betapa berkesannya air tangan, anda yang bergelar ibu perlu ambil peluang menggunakan waktu memasak untuk mencipta kesejahteraan fizikal dan mental keluarga. Malah memberi suapan kepada mulut anak dengan tangan membawa kesan yang mendalam kepada diri anak.
Artikel Menarik: [Anak Kenyang & Tinggi Protein, Sediakan Egg Muffins Dengan Pasta Ni!]
Memang tidak ada kajian saintifik yang menjelaskan kehebatan air tangan seorang ibu, tetapi ia boleh dijelaskan melalui kaedah rohaniah.
11 ZIKIR DAN DOA SEMASA MEMASAK YANG BOLEH DIAMALKAN OLEH IBU-IBU
- Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.
2.Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
3.Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
4.Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
5.Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”
6.Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
7.Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
- Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.
9.Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.
Artikel Menarik: [Bukan Biasa-Biasa, Tapi Cek Mek Molek Inti Special Untuk Bayi. Awesome!]
10.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.
11.Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Moga ibu-ibu muhasabah diri untuk memasak buat ahli keluarga. Dengan air tangan ibu-ibu yang penuh kasih sayang semasa memasakan serta disulami zikir dan doa akan menjadikan akhlak anak-anak terpuji. Doa dan zikir ini juga boleh dipraktikkan kepada suami supaya rumah tangga harmoni dan penuh kasih sayang.
Sumber: www.tvceramah.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI