Prasekolah & Tadika Dibuka Semula Mulai 1 Julai. Semua Wajib Ikut SOP!

Share

Setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac lalu, akhirnya kerajaan membenarkan prasekolah dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun operasi mereka tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kita sudah bersetuju dengan SOP yang dibentangkan mengenai cadangan pembukaan prasekolah dan tadika.

“SOP termasuk sewaktu pelajar datang dan pulang, mengenai cara mereka bermain dalam TADIKA, waktu makan semua lengkap, namun perincian SOP akan diumumkan Kementerian Pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pembukaan keseluruhan prasekolah dan TADIKA itu membabitkan 6,216 prasekolah di bawah kendalian Kementerian Pendidikan serta 7,887 swasta.

“TADIKA di bawah Kementerian Perpaduan Negara pula sebanyak 1,781 sementara di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar 8,530,” katanya.

INFO TAMBAHAN

Persediaan Awal Untuk Anak-Anak

Antara persediaan awal yang ibu ayah perlu mula buat adalah:

Bercerita dan praktis (role play) :
✅Social distancing, apa dan bagaimana, kenapa perlu dan sebagainya.
✅Basuh tangan dengan sabun mengikut cara yang betul. Boleh ajar anak-anak basuh sabun setiap kali lepas makan atau main.
✅Cara bersin/batuk yang betul.

Perkara ini adalah #newnorm yang sangat memerlukan latihan yang berterusan. Jadi sangat digalakkan ibu ayah bantu siapkan anak-anak sebelum dihantar ke tadika nanti.

Antara keperluan yang mungkin perlu ada daripada sekarang:

✅Kids mask
✅Face sheild (tak wajib, tapi kalau ada, bagus)
✅Mini Hand Sanitizer

Insya-Allah kita sama-sama tunggu SOP rasmi daripada KPM nanti ya!

Sumber: Berita Harian 

Published by
Wan Amalia Mohd Daud