Keibubapaan

Prestasi Cemerlang! Anak Puteri Sarah Dapat Markah Tinggi, Raih Pujian

Share

Bijaknya  Syaikhul! Semua subjek dapat 80 ke atas..pandai Puteri Sarah didik anak
Wow! Clever Boy! Paling wow Pendidikan Islam 100 dan Mandarin 90! Terbaik Puteri Sarah didik untuk kecemerlangan akademik!

Muat naik menerusi TikTok pelakon  Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39 atau dikenali juga sebagai Sarah meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Syaikhul Islam, berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam semua subjek. Malah semua subjek 80 markah ke atas!

Dia juga memberitahu bahawa Syaikhul telah berjaya mendapat gred A dalam semua subjek, termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Bahasa Mandarin. Lebih membanggakan lagi, anaknya yang berusia tujuh tahun itu mendapat markah penuh 100 peratus untuk subjek Pendidikan Islam.

 

“Hari ini saya datang untuk hari kad laporan Syaikhul Islam. Alhamdulillah, syukur sangat! Mama bangga dengan awak.”

Sarah juga sempat menitipkan pesanan kepada anaknya agar terus berusaha bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga dalam kehidupan secara keseluruhan.

“Awak kena belajar rajin-rajin, dan jangan lupa teruskan latihan bola sepak. Kena jadi anak yang baik, soleh, dan dengar cakap mama,” ujarnya.

Untuk rekod Puteri Sarah berkahwin dengan pengarah pengarah Syamsul Yusof bagaimanapun bercerai pada 14 Jun tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahayamata iaitui  Syaikhul dan seorang anak perempuan bernama Sumayyah yang berusia lima tahun.

NETIZEN KAGUM

Meninjau diruangan komen, rata-rata peminat Sarah memuji kecemerlangan anak sulungnya. Rata-rata mengucapkan tahniah dan kagum cara Sarah mendidik anak dengan markah yang cemerlang.

“Pandai weyhh. dahlah ensem, mak dia pandai didik.”

“Anak bijakkk “

“Alhamdulillah 🤲🏻.. tahniah syaikul.. semoga terus cemerlang dunia n akhirat.. Aamiin.”

 

@puterisarahliyanaSyaikhul’s Report card day! Alhamdulillah syukur 🤲🏻 i am a proud mama ❤️♬ original sound – By PSL

 

 

Sumber: Tiktok puterisarahliyana

Published by
Nor Yusoff