Pendidikan seks adalah istilah digunakan untuk menjelaskan cara untuk menghormati dan menjaga maruah. Ia melibatkan isu berkaitan anatomi manusia. Jika ibu bapa tidak mengajar anak-anak, bimbang anak-anak akan tahu sendiri daripada sumber-sumber yang mungkin menjerumus mereka ke kancah tidak diingini.
Anak kecil perlu tahu tentang bahagian sulit pada tubuh mereka supaya mereka dapat mempertahankan diri dari manusia yang suka mengambil kesempatan. Jadi ibu bapa berperanan dalam mendidik anak-anak untuk mempertahankan diri mereka. Banyak gejala yang tidak diingini seperti ganguan Pedophilia (Perasaan suka kepada kanak-kanak) yang berlaku kepada kanak-kanak. Ikuti Perkongsian dari Puan ‘Azizah Mohamed di Facebooknya;
Pendidikan Seks: Apa peranan kita sebagai ibu bapa?
Selesai saya mandikan Asma’ tadi, Asma’ melaung,
“Ummi, Asma’ ada vagina lah!”
Wah. Terkejut juga saya. Nampaknya anak kecil ini sudah mula mengenali bahagian penting pada tubuhnya. Sambil saya pakaikan pampers, saya biarkan Asma’ bercerita.
“Asma’ girl. Sebab tu Asma’ ada vagina. Abang Uwais boy. Abang Uwais ada manis..”
“Abang Uwais ada penis..” Saya betulkan segera.
“Haa, penis. Manis tu yang Asma’ makan lepas tu tak boleh tidur. Silap pulak..
Ummi, orang lain tak boleh pegang vagina Asma’ kan? Asma’ pun tak boleh pegang penis orang. Kalau orang pegang vagina Asma’, nanti Asma beritahu ummi. Ummi! Dia pegang vagina Asma’!”
Panjang lebar Asma’ bercerita. Siap berlakon lagi. Tanda faham dan jelas apa yang saya sampaikan sebelum ini. Alhamdulillah.
“Betul tu Asma’. Good girl. Apa lagi yang orang lain tak boleh pegang?”
“Tak boleh pegang punggung Asma’! Kiss mulut pun tak boleh kan ummi?”
“Betul. Tak boleh kiss mulut. Keluarga Asma’, auntie-auntie boleh kiss pipi. Uncle-uncle boleh salam je. No kissing. Lagi satu, orang tak boleh pegang dada Asma’. Tu pun private part. No no area. Don’t look, don’t touch. Asma’ faham kan?”
“Ok ummi! Private part. No no no!”
Ini dialog saya dan anak saya, Asma’ yang kini berusia dua tahun setengah.
Realiti hari ini semakin membimbangkan. Anak kecil seawal usia lima enam tahun sudah cuba-cuba untuk bersentuhan. Meniru orang dewasa di sekeliling. Masuk sekolah rendah sekolah menengah, kes begini semakin serius dan sukar dikawal.
Maka apa peranan kita sebagai ibu bapa? Ajarkanlah anak kita asas pendidikan seks bermula seawal yang boleh. Malu? Segan? Letak tepi semua perasaan itu. Masa depan anak kita lebih utama.
Saya kongsikan sedikit asas didikan yang saya sampaikan kepada anak saya.
1. Ajarkan anak kita panggilan yang betul untuk merujuk kepada alat sulit.
Vagina/faraj. Penis/zakar. Dulu saya panggil flower dan bird. Nampak sopan kononnya. Rupanya cara saya salah. Bila ada sesuatu berlaku, kita mahu tahu apa yang berlaku secara tepat. Takkan mahu buat laporan polis ada orang sentuh flower anak kita?
Maka sejak ada anak, saya katakan pada Asma’, ‘wash your vagina’.
2. Ajarkan mereka bahagian tubuh yang tidak boleh disentuh.
Vagina/penis, punggung, dada, mulut. Saya pesan pada anak. This is your private part. Don’t let anyone touch it. Ummi walid mandikan Asma’ masa Asma’ kecil je. Nanti Asma’ dah besar Asma’ mandi sendiri. Orang lain tak boleh sentuh. Tak boleh tengok.
3. Sentuhan selamat dan tidak selamat. Dan minta pertolongan segera.
Ummi walid peluk Asma’, sebab kami sayang Asma’. This is safe. Tapi kalau sesiapa sentuh private part Asma’, jerit! Beritahu ummi atau walid dia pegang apa. Jangan diam je. Remember, no one should touch your private part.
4. Ajar anak rasa malu untuk mendedahkan tubuh.
Ini harus bermula daripada kecil. Selesai mandi saja terus pakaikan tuala dan baju. Jangan biasakan anak pusing keliling rumah tanpa baju. Kita tak tahu mata siapa yang memerhati. Kadangkala pemangsa berada di dalam rumah sendiri. Nauzubillah.
Seandainya hari ini semua ibu bapa mengambil bahagian dalam proses mendidik anak masing-masing, pasti esok ada peluang untuk dunia anak-anak kita bertambah baik. Inshaallah.
Ini ikhtiar kita sebelum melepaskan anak kepada dunia luar. Berusaha sekarang dan bertawakallah sesudahnya. Semoga Allah jaga anak, keluarga dan generasi kita daripada perkara yang merosakkan.
Ummu Asma’,
“It is easier to build strong children than to repair broken men.”
Melihat perkembangan anak adalah kepuasan bagi ibu dan ayah. Apatah lagi apabila apa yang diusahakan mula menunjukkan hasil positif.
Mac lalu, Aktres dan usahawan Wawa Zainal pernah berkongsi kepada sebuah akhbar yang anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar, 6 tahun mengalami masalah speech delay atau lambat bercakap.
“Attar masih belum lancar bercakap tetapi dia sudah menunjukkan banyak perubahan. Selepas hantar dia ke kelas terapi sejak tahun lalu, dari situ saya tengok perubahan dalam dirinya dan ada banyak peningkatan.
“Saya dapat kesan ketika dia berusia tiga tahun. Ketika itu dia hanya bercakap tiga ke empat patah saja dan banyak perkataan yang dia tak boleh cakap.
“Apabila buat pemeriksaan, doktor mengesahkan dia mengalami simptom lambat bercakap tapi bukan autisme. Itu perkara yang paling saya bimbangkan,” katanya.
Lebih menggembirakan Wawa juga apabila guru di sekolah anaknya memaklumkan Attar boleh meneruskan persekolahan di sekolah biasa tahun depan.
“Saya lega dan bersyukur apabila guru beritahu Attar boleh bersekolah di sekolah harian seperti kanak-kanak normal lain. Malah, di sekolah sekarang Attar juga sudah boleh bergaul dengan murid lain.
“Apatah lagi tahun depan dia akan masuk tahun satu. Saya berharap, dia akan terus menunjukkan peningkatan. Selain kelas terapi, saya dan suami juga akan sentiasa meluangkan masa bersamanya dengan mengajak dia bercakap. Bagi saya ini semua penting,” katanya
ATTAR MULA LANCAR BERCAKAP, SUKA BERTUTUR BAHASA INGGERIS
Hari ini, suami Wawa, aktor Aeril Zafrel berkongsi video di Instagram anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar, 6 sudah mula lancar bercakap. Cuma bapa ini berseloroh Attar hanya memilih untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Alhamdulillah Attar dah lancar sikit bercakap. Tapi tulah nak cakap English je.
Kita ni dah la broken English ?? Korang ada pengalaman anak-anak macam ni??
Para peminat melahirkan kesyukuran dan rasa gembira dengan perkembangan Attar.
BAGUSNYA ATTAR
“Actually utk ajar anak mula bercakap memang senang ajar dalam english sbb english satu suku kata. Bagusnya Attar ckp english..” @am0i_mieza
JUST COMMUNICATE
“Just communicate dgn english lambat ckp melayu x pe asalkan boleh bercakap tu alhamdulilah.” @khairulniezam83
JANGAN PAKSA, KENALKAN BM SLOWLY
“Dats great! Let him talk in English if he is more comfortable with it, don’t force. For Malay language, you can slowly introduce him. Lambat laun taulah ckp melayu..mcm my anak.” @abbylady5
ITS OK ATTAR, NANTI PANDAILAH CAKAP MELAYU
“Selalunya kids yg agak lewat untu bckp tu…bila dihantar ke sekolah yg memang speak in English mmg akan biasa cakap English bila dah pandai bckp. Melayunya kurang, But its ok Attar, nanti pandai lah cakap Melayu tu, kanak-kanak biasalah tu.” @sitinurkhalilah
Penting untuk kanak-kanak dapat dos yang tepat. Terlebih dos boleh membahayakan. Kurang dos buat ubat tidak berkesan. Nak tahu alat apa yang patut digunakan untuk beri ubat kepada anak?
1. Picagari (syringe) sesuai untuk beri ubat kepada kanak-kanak sejak dari bayi. Ia ada senggatan untuk ukur dos dengan tepat. Pastikan nombor di senggat jelas kelihatan. Pancut ubat dengan perlahan dan terkawal ke arah dalam pipi untuk elakkan bayi tersedak.
2. Penitis (dropper) juga sesuai untuk bayi. Konsepnya sama dengan picagari. Ada senggatan untuk mengukur dos. Biasanya satu picitan dropper sudah dibuat untuk mengukur satu dos. Tapi semak dahulu jumlah dos sebelum beri kepada bayi/anak.
3. Dosage cup pula sesuai untuk kanak-kanak yang sudah boleh minum dari cawan. Ia boleh ukur ubat dengan jumlah yang lebih besar. Senggatan di dosage cup mungkin tunjuk ispadu dalam ml atau mengikut ukuran sudu.
4. Yang terakhir dan paling biasa digunakan adalah sudu. Guna sudu mudah, tapi ada risiko dos kurang tepat. Sukatan untuk sudu: 1 sudu besar = 15 ml 1/2 sudu besar = 7.5 ml 1 sudu teh = 5 ml 1/2 sudu teh = 2.5 ml
Pemilihan alat pendosan yang betul dapat memastikan ubat diberi dalam dos yang tepat. Selain itu, ia akan memudahkan proses pemberian ubat dan mengurangkan risiko ubat tertumpah sewaktu ubat diberikan.
Cuba perhatikan, zaman sekarang zaman semua hendak CEPAT. Kita ada perkhidmatan fast food. Drive Thru Service. Jimat masa makan dalam kereta sahaja.
Ada perkhidmatan grab car, grab food. Dari segi pengangkutan semua kalau boleh hendak naik LRT jika kerja di kota raya KL. Sebab hendak cepat mengelak jem.
Dan ada juga ibu bapa berlumba-lumba supaya perkembangan anak mereka cepat.
Cepat BACA
Cepat TULIS
Pendek kata kalau lambat seolah olah kita ini tewas. Tapi benar ke kita tewas?
Yang peliknya ibu bapa masih lagi tidak mahu anak main kotor.
Bagi pakai sarung kaki tangan sejak bayi.
Tidak bagi anak jatuh.
Tidak bagi anak buat kerja rumah.
Tapi hendak CEPAT.
Baiklah sebenarnya tidak salah jika kita hendak cepat tapi perlulah bertempat.
Memahami fitrah perkembangan si cilik terutama pada umur kritikal 0 hingga 5 tahun amatlah penting.
Mahukan anak kenal abc dan membaca pada umur 4 tahun sedangkan otak yang memproses maklumat membaca hanya bersedia pada umur 7 tahun. Ada anak sudah boleh tapi bukan semua anak ya.
Beri peluang untuk anak tingkatkan kemampuan mereka dan yang paling penting Asas Perkembangan itu perlu KUAT.
Jadi rumah yang dibina tidak roboh.
Antara tips dari sumber bacaan Mummy Nurul bagaimana ingin terus menjadi guru pertama buat si cilik ialah
– Ibu ayah perlu menjadi rakan kongsi yang bagus. Saling bekerjasama. Bila ibu penat si ayah perlu bantu.
– Jangan tunjuk emosi marah depan anak. A big NO. Anak senang copy paste ibu ayah.
– Penyumbang terbesar kepada emosi anak selalunya si ibu. Ayah kena pandai jaga hati ibu jika mahu anak membesar dengan baik.
Persaingan dalam memahami perkembangan anak-anak ialah satu persaingan yang sihat dan baik. Maka tidak salah mahu cepat asalkan dengan asas yang betul.
**Mahu dapatkan keperluan bayi pada harga yang berbaloi, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan niat untuk menunjuk itu adalah penjelasan usahawan Anes Ayunie apabila membeli emas seberat 15 kilogram yang dianggarkan bernilai RM2.5 juta di TikTok baru-baru...