Bila anak menangis atau merengek-rengek antara cara paling mudah digunakan mama dan papa untuk menenangkan si manja adalah dengan memberi puting kosong. Mula-mula beri pada waktu malam sahaja tetapi lama kelamaan si kecil jadi ketagih dan mula menjadikan puting kosong sebagai satu keperluan pada bila-bila masa.

Tahukah anda puting kosong memberikan kesan yang negatif kepada perkembangan si kecil? Mama perlu mengkaji pro dan kontra kesan penggunaan puting ini sebelum memberikannya kepada si kecil.

Kesan negatif puting kosong

1.Apa yang membimbangkan pakar perubatan ialah jika puting kosong diberikan terlalu awal, bayi akan keliru membezakan puting ibunya dan puting kosong. Ini disebut nipple confussion.

Dibimbangi bayi akan lebih gemar dan selesa dengan puting kosong serta menolak puting payudara ibu. Ini boleh mengganggu amalan penyusuan ibu.

Ia dibuktikan dalam beberapa kajian, bagaimana penggunaan puting kosong mengganggu tabiat penyusuan susu ibu terutama jika diberikan kepada bayi yang berumur kurang daripada 6 minggu.

Pro & Kontra Bagi Puting Kosong Pada Anak. Terpulanglah Papa Mama Nak Bagi Atau Tak

IKLAN

2. Terdapat juga pendapat yang mengatakan amalan pemberian puting di kalangan bayi akan menyebabkan jangkitan kuman dalam telinga bayi (otitis media).

Dalam berita BBC mobile 20 Ogos 2008, Professor Steve Field, dari Royal College of GPs, United Kingdom memberitahu terdapat banyak bukti kajian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berumur bawah setahun yang menggunakan puting dikaitkan dengan jangkitan kuman pada telinga.

Ini bermakna bayi berumur kurang setahun yang menghisap puting kosong leih mudah mengalami masalah ini berbanding kanak-kanak lain. Namun amalan pemberian puting tak semestinya menyebabkan jangkitan kuman pada telinga.

Doktor menasihatkan kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan di bahagian rongga mulut dan hidung menghentikan penggunaan puting untuk sementara waktu.

3. Selain itu satu kajian dilakukan mendapati kanak-kanak yang mengamalkan penggunaan puting semasa kecil mengalami kerosakan struktur gigi apabila memasuki alam persekolahan.

British Dental Health Foundation mencadangkan “Jika boleh, elakkan menggunakan puting getah dan jangan biarkan bayi menghisap ibu jari. Ini akan menyebabkan masalah pembentukan gigi. Kanak-kanak ini mungkin memerlukan rawatan apabila dewasa.”

IKLAN

Oleh itu puting kosong tidak harus diberikan kepada kanak-kanak selepas berumur setahun kerana pada masa itu pembentukan gigi telah bermula. Bagi bayi yang berumur setahun ke
bawah, penggunaan puting tidak dianggap menjejaskan pembentukan gigi.

Kesan positif puting kosong

Bagaimanapun ramai ibu bapa beranggapan puting kosong sebagai penyelamat apabila bayi mereka menangis di tengah malam. Bayi akan selesa dan tenang ketika menghisapnya.

Pro & Kontra Bagi Puting Kosong Pada Anak. Terpulanglah Papa Mama Nak Bagi Atau Tak

IKLAN

Adakalanya puting kosong diberikan untuk menidurkan bayi yang susah tidur walaupun telah larut malam. Apa yang lebih penting dari itu, puting dikatakan mengurangkan risiko kejadian sudden infant death syndrom (SIDS).

SIDS ditakrifkan sebagai kematian yang tidak disangka dan mengejut pada bayi berusia setahun ke bawah, yang mana pembedahan autopsi tidak dapat menerangkan punca kematian.

Satu kajian meta-analisis dilakukan oleh American Pediatric Association dan diterbitkan dalam Journal Pediatrics pada Oktober 2005 menyokong kelebihan memberikan puting kosong kepada bayi berumur kurang daripada setahun.

Bagaimanapun pemberian puting dikatakan mengurangkan risiko SIDS masih tidak jelas. Tetapi pakar perubatan percaya bayi yang menghisap puting selalunya akan memastikan muka mereka mendongak ke atas dan ini mengurangkan risiko kematian.

Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Monash, Australia pada 2010 mencadangkan bahawa pemberian puting kosong boleh mengurangkan risiko SIDS kerana bayi akan menukarkan sleep patterns. Para saintis di situ percaya bahawa puting kosong akan menyebabkan bayi akan tdur secara ringan (light sleep) dan ini akan memudahkan mereka terjaga apabila merasa tidak selesa.

Apa pun semuanya terpulang kepada keputusan ibu bapa sendiri sama ada hendak memberikan bayi puting kosong atau tidak.

Sumber: drzubaidi.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI