Pelakon Raja Ilya yang hamil bayi perempuan dan dijangka bersalin pada Julai depan memilih kaedah melahirkan bayi dalam air di Perth, Australia.
“Di sini ada pilihan kalau nak bersalin secara normal, dalam air, di rumah dan lain-lain. Jadi, saya dan suami merancang kaedah melahirkan bayi dalam air menggunakan khidmat bidan saja tanpa doktor atau pergi hospital. Insya-Allah kalau tak ada sebarang komplikasi sewaktu nak melahirkan boleh teruskan kaedah ini.
“Melalui kaedah ini dia dibuat di pusat bersalin yang diuruskan oleh Midwife King Edward Hospital. Jadi, prosesnya hanya perlu membuat permohonan lapan bulan sebelum bersalin. Lagipun, tidak semua boleh melahirkan di situ. Mereka akan temuduga dahulu terutama dari segi kesihatan dan jarak dari rumah.
“Tapi, sejak penularan Covid-19 ini, saya hanya mengikuti kelas secara dalam talian saja. Minggu depan baru saya masuk kelas bersemuka dan cara penyusuan susu ibu pula. Apa ilmu yang ada berkenaan keibu bapaan saya pergi saja
“Proses berpantang nanti, Alhamdulillah saya sempat kenal ramai orang Malaysia di sini. Jadi ada seorang kakak ini akan bantu saya buat semua yang patut nanti.
“Disebabkan ‘due’ saya bersalin pada Julai, kebetulan di sini pula musim sejuk dan kebanyakannya basah dan ribut, jadi saya harap badan tak meragam.
“Setakat ini produk berpantang pun saya sudah dapat dari Malaysia seperti set bertungku, set berpantang, bengkung dan banyak lagi. Semua sudah tersedia,” katanya.
Raja Ilya dan suami, Trent Garrett berkahwin pada 23 Disember 2018.
Kredit: Hmetro
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!