Ibu bapa mana tidak mahu menjadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak mereka kan? Malah mesti kembang hati kalau diri kita dijadikan idola oleh semua permata hati kita. Sebenarnya kita semua mampu menjadi ibu bapa yang hebat. Kuncinya, sentiasa perbaiki diri dan tidak jemu menambah ilmu.
Bagaimanapun, sebagai ibu bapa kita juga tak terlepas dari melakukan kesilapan di depan anak-anak. Nak sama-sama mencipta kebahagiaan, amalkan tip menjadi ibu bapa terbaik untuk membentuk sahsiah anak-anak dari Prof Dr Muhaya
Cara mudah membentuk peribadi terpuji dan sahsiah anak-anak
Apabila sampai kepada ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang bermaksud “Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan”
Mintalah apa-apa sahaja hajat masa itu yang ada hubungkait dengan anak yang kita ingat tersebut. Habiskan bacaan Al-Fatihah.
Doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2) Pandang Wajahnya Semasa Dia Tidur, Ucapkan Bahawa, Ibu Nak (Nama Anak) Jadi Anak Yang Soleh Sayang!
Cuba amalkan (ada ustaz yang kata ini bermakna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
3) Semasa Bangun Solat Malam, Solatlah Hajat Di Sisinya
Ads
Maksudnya kita solat dalam bilik anak dan dekat dengan anak kita. Jika kita selalu buat dan kita beritahu anak kita yang kita sering doakannya, anak tersebut akan dapat merasakan satu ikatan kasih sayang yang hakiki.
Yang mana mereka dapat rasakan bahawa kita sangat sayangkannya dan mahu anak kita menjadi anak yang soleh/solehah. Anak juga akan tahu yang kita sering solat hajat untuknya.
4) Minta Dikasihani
Ucapkan setiap masa yang kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika anak-anak tidak menjadi anak yang soleh/solehah bermakna mereka tak sayangkan kita. Sudah tentulah kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5) Peluk Anak Selalu Walaupun Anak Sudah Besar, Sebagaimana Kita Menatang Anak Sewaktu Kecil
Serlahkah aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita berbangga mempunyai anak sepertinya.
Ads
6) Maafkan Anak Kita Setiap Masa Walaupun Perbuatannya Amat Melukakan Hati Kita
Muhasabah diri. Berkemungkinan kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak kita sebenarnya berpunca daripada dosa-dosa kita yang lampau.
7) Yang Penting Kita Jaga Tutur Kata
Jangan sekali-kali mengucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika ianya berlaku secara tidak sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk meminta maaf.
Mengakulah kepada anak kelemahan kita. Kita marah kerana kesalahan mereka. Bukan bermaksud membenci. Ceritalah dan nak buat macam drama pun boleh.
8) Amalkan Membaca Ayat 40 Surah Ibrahim Supaya Kita, Anak dan Zuriat Keturunan Kita Termasuk Dalam Golongan Orang-orang Yang Tetap Mendirikan Solat.
Ads
Wahai Tuhanku! Jadikan daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
9) Selalu Ingatkan Anak, Tak Guna Ada Pangkat, Belajar Tinggi Hatta Hafal Al-Quran Sekalipun Jika Tidak Mempunyai Peribadi Yang Mulia
Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10) Masa Basuh Beras, Niatkan; “Ya Allah, Lembutkanlah Hati Anak-anakku (Sebut Nama) Untuk Faham Agamanya Sebagaimana Engkau Lembutkan Beras Ini Menjadi Nasi”‘
Kenapa kita nak anak faham agama? Kerana anak yang tidak faham agama boleh membawa bersama ibu bapanya ke neraka.
Basuh beras lawan arah jam (macam orang tawaf) sambil selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Semasa melakukan perkara ini, hati jangan lalai, sentiasa ingat Allah selalu.
Amalan harian yang boleh dikatakan mampu dilakukan oleh semua ibu bapa. Cuma perlukan kesungguhan dan konsisten. Mungkin sekarang tidak nampak lagi, tapi setelah beberapa ketika, pasti kita tersenyum syukur mendapati sahsiah dan akhlak anak-anak kita sangat menyejukkan jiwa.
Sumber: www.myliferia.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“BoBoiBoyyyyy Kuasaaaa Duaaaaaa”, “Pika Pika Pika Chuuuuu” selalu bermain di bibir anak anda ketika menonton cerita kartun yang terkenal ni kan? Watak “Adventure” yang dibawa kedua-dua kartun ini boleh membuatkan anak anda turut sama beraksi di depan TV!
Tentu sekali anak anda akan seronok dan teruja bila berpeluang menyaksikan sendiri kartun kegemaran mereka secara “live” dan dapat melakukan aktiviti bersama-sama.
Bila dan di mana?
Buat pertama kalinya Sunway Velocity Mall akan membawa BoBoiBoy dan Pokémon ke Kuala Lumpur. Pengunjung juga dapat menyaksikan perarakan BoBoiBoy & Friends buat pertama kali di Malaysia. Mereka akan berada di Sunway Velocity Mall bermula 17 hinggga 26 Ogos di Main Atrium, Ground Floor.
Jangan lepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama BoBoiBoy & Friends dan Pikachu yang diminati ramai!
Aktiviti yang menyeronokkan!
Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan disediakan sepanjang 10 hari ini. Apa yang menarik sekitar acara ini ialah persembahan daripada kumpulan Bunkface pada 19 Ogos, 4 petang, tayangan episod khas Pokemon & BoBoiBoy pada setiap hari, pertandingan mewarna BoBoiBoy, pertandingan cosplay BoBoiBoy, pertarungan Kad Galaxy BoBoiBoy, Pokémon Meet & Greet dan BoBoiBoy Meet & Greet.
Selain daripada tu ada juga permainan arked Pokémon dan Puzzle Gergasi BoBoiBoy yang boleh dimain oleh semua peringkat umur!
Anda dan juga anak-anak anda berpeluang untuk bergambar bersama dengan Maskot Pokémon kegemaran semua.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sepanjang cuti sekolah pada bulan Ogos ini. Jangan sia-sia kan cuti sekolah anda begitu sahaja. Jumpa anda di sana! Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.sunwayvelocitymall.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Degil sungguh anak awak ni, saya ni berpuluh kali larang dia jangan buat” pernah tak kita mengeluarkan kata-kata sedemikian?
Mudah sungguh nak buruk sangka dengan anak yang “Strong Will” ni. Patut la sebab dari luaran memang mereka nampak macam
– degil
– susah dengar kata
– tak makan di pujuk
– suka melawan
– biadab
Tapi di dalam diri mereka ada ciri ciri anak yang paling taat sekali kalau pandai gali.
Yang sebenarnya mereka bukan suka sangat pun melawan mak ayah, cuma mereka tak berdaya nak melawan emosi membuak buak bila dengar perkataan “tidak”
Ini kerana anak Strong Will Allah dah jadikan ada Azam Yang Kuat. Sekali dia dah letak azam, dia akan kejar sampai dapat. Itu la kelebihan anak Strong Will ni.
Bertuah siapa ada anak begini, ini ciri ciri orang hebat. Tak mudah mengalah dan buat sesuatu kerja sampai berjaya.
Tapi awas!
Anak Strong Will ni mudah sangat jadi pemberontak;
– bila terlalu berkeras dengan dia
– bila tak percaya pada kemampuan dia
– bila paksa dia buat sesuatu yang dia tak suka
– bila selalu nampak keburukan dia
– bila dia rasa tidak di sayangi & di hargai
Itu la bibit bibit anak yang paling taat boleh jadi anak yang paling kuat memberontak.
Sesungguhnya anak yang hebat bukan sejak lahir terus hebat tapi di bentuk oleh mak ayah yang hebat.
Begitu juga la sebaliknya.
Wallahu A’lam,
– kita wajib kenal karakter dan personaliti anak sendiri
#PositiveParentingFhais
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bonding atau ikatan hubungan yang rapat antara anak dan ibu bapa secara fizikal dan psikologi amat penting bagi menjamin si kecil membesar dengan seimbang.
Dr Putri Afzan Maria Zulkifli, Pengamal Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pengasas Kinderkaizen bagi mengetahui apakah kepentingan ikatan ini kepada anak dan ibu bapa sendiri.
Menurutnya, perhubungan antara ibu bapa dan anak adalah sangat penting bagi kerana ia membina asas kepada segala perhubungan yang bakal wujud dan menjadi sumber kepada pembentukan perasaan kasih sayang, keintiman sesebuah perhubungan, kepercayaan dan rasa selamat.
Keakraban ini adalah asas kepada pembentukan 90% daripada otak anak pada enam tahun pertamanya. Apakah antara bahagian yang terkandung dalam 90% itu? Ia adalah perkembangan seperti berikut;
1. Perkembangan yang melibatkan sensori yang menjadi permulaan kepada pembentukan otak.
2. Perkembangan emosi.
3. Perkembangan perhubungan rapat dengan anak.
4. Pembentukan memori.
Beliau juga mencadangkan ibu bapa untuk menonton filem INSIDE OUT yang banyak mendidik bagaimana emosi di proses dalam otak. Keempat-empat perkara yang disebut di atas perlu di bentuk dengan baik sebelum anak berumur lebih kurang tujuh tahun. Ia amat penting sebagai asas yang akan menunjangi pembentukan 10% lagi bahagian otak yang berkaitan dengan pembelajaran secara formal bermula dari anak berumur tujuh sehingga 23 tahun.
Kurang bonding punca hiperleksia
Apa dirisaukan ialah apabila ibu bapa terlalu sibuk mengawalkan perkembangan yang melibatkan bahagian 10% tadi (pembelajaran secara formal) pada waktu perkembangan yang 90% (sensori, emosi, hubungan erat ibu bapa dan anak serta pembentukan memori) belum terbentuk sepenuhnya.
Ini akan mewujudkan lompang-lompang di dalam otak yang akhirnya akan memberi kesan seperti ‘hiperleksia’ iaitu keadan di mana anak pandai akademik tetapi masih belum boleh mengurus emosi diri yang akhirnya dewasa menjadi orang yang tidak boleh menguruskan stres dan boleh menyumbang kepada masalah mental. Ibu bapa perlu sedar adalah jika anak sudah melepasi enam tahun pertama, bukan mudah untuk undur dan perbetulkan kesilapan ini kembali.
Kuasa pelukan
Secara fizikalnya, antara contoh yang boleh dikongsikan adalah kekerapan kita memeluk anak. Adakah anda tahu bilangan pelukan terbaik yang perlu kita lakukan setiap hari? Kajian menyatakan 17 pelukan. Virginia Satir (Pakar Terapis Kekeluargaan) menyatakan manusia memerlukan empat pelukan sehari untuk kekal hidup, lapan pelukan sehari untuk kekal berfungsi dan 12 pelukan sehari untuk tumbesaran yang melibatkan anak.
Pelukan penting kerana sentuhan dari pelukan itu membantu membina kepercayaan dan rasa selamat. Ini dibantu dengan adanya komunikasi yang positif, jujur dan menggalakkan seorang anak dalam perbualan. Pelukan juga sangat membantu meningkatkan penghasilan hormon oksitosin yang merawat perasaan berkaitan rasa keseorangan, terasing dan marah.
Bonding dari dalam kandungan
Bonding bersama anak sejak dari dalam kandungan lagi. Maka, sebab itu pentingnya ibu bapa menjaga emosi masing-masing untuk memastikan pengaliran darah dan pembentukan otak anak dalam kandungan adalah positif dari mula, bebas dari adanya penghasilan kortisol berlebihan yang mungkin akan memberi efek negatif.
Jika ibu hamil alami masalah gangguan emosi, ada kemungkinan ia boleh memberi efek negatif pada si anak. Dengan pengawalan emosi yang baik, ibu bapa di galakkan untuk banyak berbual dengan anak dalam kandungan sebagai usaha mewujudkan bonding dari awal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lain dari yang lain. Jika biasanya rombongan sekolah naik bas, lain pula kisahnya sebuah sekolah tadika di Kuantan yang membawa anak-anak muridnya menaiki kapal terbang untuk lawatan ke Kuala Lumpur.